Tuesday, December 10, 2013

Perancangan


Assalammualaikum..
eh dah hari Selasa la..
kalau hari Selasa ni kat kawasan rumah saya.., petang kang ade pasar malam..
Masa Pasar Malam tu lah masa anak-anak saya beli Takoyaki.. beli ayam goreng uncle Bob.
Walaupun dah de makanan untuk makan malam.

Rabu kan Cuti umum..
sempena Birthday Sultan Selangor.
En Abah kerja opis KL.. tak cuti,
tapi saya ajak dia amik cuti Ari Rabu.. hihihi..

Alasan bercuti ni kekonon nak luangkan masa bersama satu keluarga..
Pastu malam tadi saya ajak en abah bawak anak-anak jenjalan.

entah la tak tau nak pergi mana..
antara plan yang terlintas di pikiran;


  • Pergi jenjalan 1 day trip Ke Genting Highlands
  • Pergi bermalam 2 hari 1 malam ke Genting Highland  *Nampak penatnya short trip cenggini
  • Pergi melepak ke Taman Tasik Bandar Seri Permaisuri  *nampak macam bosannya plan yang ini
  • melepak kat indoor playground Giant
  • melepak kat taman KLCC dan mandi-manda sikit kat kolam KLCC 
  • melepak kat pantai, tapi tanak kat PD kata en abah  *apekah ??  

buntu lah nak jenjalan bawak anak-anak ni..
memang saya dan en abah jammed nak memikirkan destinasi yang sesuai..
macam plan nak bercuti-cuti ke luar negara..
bukannya saya tak teringin nak pergi.. naaakkkk sangat pergi..

tapi en abah tak minat nak pergi bercuti macam tu..
saya rase saya bole agak kot reason en abah tanak pergi tu..
en abah ni kalau nak ke  mana-mana.. takkan nak di tinggalkan anak-anaknya tu..
anak-anak pulak aktif.. lasak kemain..
bile anak melasak, susah woh nak kontrol.. bila penat layan anak lasak..,
tak pasal laki bini yang bergaduh .. sorang ke sana sorang ke sini..

bila dah macam tu, percutian yang kita bayar mahal-mahal,
terus jadi macam takde gunanye buang duit macam tu..
moralnya yang saya dapat macam ni,
nak bercuti seronok-seronok ke luar negara tu memang boleh ..
tapi mase anak-anak dah besar remaja sok..
alah!, kot masa tu makcik ni terketar-ketar tangan seret luggage kat airport.. hukhukhuk..

dah nenek-nenek baru merasa nak pergi London...
uwan dungun haziq ziyad lagi terer melancong dari ibu tau..
cerite pasal london paris tu kacang aje kat uwan.. pfffttttt.. sedih makcik ni meratap nasib...









8 comments:

Unknown said...

yeeeyy esok cuti kan..mmg blom palan nak g mana

Fara said...

aah kan jammed otak nk pikir nak bawa anak gi mana. nak gi jalan oversea mcm ita kata la. memang tak kot buat masa ni. anak2 susah nk di kawal. nnt mood mama papa melayang.

idea g genting tu cam ok kot. fara suka bawa anak2 g tempat yg dorang boleh main n happy2.

lizz said...

Pergi genting best jugak tu...tapi skang musim hujan bertambah sejuk pulakkan...kalo tak kemana bawak anak2 pergi jenjalan main2 kat playground tak pun bawak anak berkelah pun ok jugak tu...

Khir Khalid said...

Jalan2 cari makan pun best asalkan jngn jalan2 cari pasal sudah lah hahaa.. Slmt bercuti & berhibur.. :)

Unknown said...

nk jgk pegi londonnnn.. tggu lah sok2 mama depa ni ada duit berketui blh lah plan pi sana..hukhuk

Anonymous said...

pergi la genting kak zu..hehehe

ietams said...

fara & izan,
seronok kalu ari cuti kan.. tapi tak tau mane nak pegi kann terus buntu..


lizz,
musim2 ujan ni macam tak sesuai kan kalu nak panjat genting

khir,
terima kasih.. selamat beristirehat

fiza,
Jom mimpi ke london.. huhuhu tu je yg mampu..

shirah,
kalu ke genting sejuk beku la nanti ujan-ujan ni..

wantie said...

ni yang jeles ni. dapat cuti tatkala org kat sini kena tercongok kat office.