Kalau nak tau.. Seafood ni kan all time favourite untuk saya dan favourite en Suami saya juga. Alhamdulillah takde alahan mau pun penyakit yang membuatkan kami kene pantang makan Seafood ataupun seafood ni dalam Bahasa Melayunya nya makanan laut.
Bila dapat peluang untuk hadir ke Seafood buffet dinner di Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur Malaysia haritu, laju-laju terus jawap setuju nak join kat Yana.. Tenkiu
Yana! Lebiusomachhilahh!
lepas habis kerja, dengan tak mandi petangnya.. bergegas balik dari office untuk ambil en abah
dan jemput anak-anak dari Kindy
dan terus transit mereka ke Sg Besi rumah Mak Ngah Kak ida (sepupu saya) tenkiu so much kak ida!
bila dah ambik bebudak dari kindy, tak semena-mena hujan turun selebat²nya...
amboiii hujann.. sabotaj ke hape nii..??
sebab saya tak mandi la ni kot.. di turunkan hujan bagi badan saya tak berpeluh..
boleh feel sejuk² fresh² kan.. terus muka tampak berseri² ala² che ta *ehhh???
*muka manyak senyummm demi nak makan banyak²... hahahahaha..
alhamdulillah walaupun hujan lebat, en abah berjaya mengharungi lalulintas dengan cepat dan lancar.
pukul 6.15pm kami berdua dah terpacak kat area lobby hotel Park Royal...
main entrance of the Chatz Brasserie Park Royal Kuala Lumpur Malaysia.
entrance nye pun dah nampak cozy² kan,
*model of the Chatz Brasserie* pffftt...
meh kita baca.. apa yang ada kat buffet seafood ni jom...
tapi, tak best la kalau setakat bace aje kan...
sambil kita membaca tu sambil la kita merayau pusing² tengok sekeliling..
uii daging tuu!!...
suka tak? suka tak??? ermmmmmm yummy nya nampak daging² yang di potong tu..
tanak daging takpe.. kita layan udang ni... wahhhhh!! memerah ko kan udang...
tiram beserta udang-udangan.. semuanya boleh di makan begitu sahaja..
yang tadi tak cukup Segarr??
jangan gaduh gaduh.., pergi sebelah sikit dari udang tadi..
cer tangguk je udang yang ada dalam akuarium ni..
ada dua pilihan akuarium, sama ada nak pilih udang harimau di akuarium kanan?
ataupun udang galah di akuarium belah kiri..
dah siap tangguk.. meh kite rebus dia dalam sup berempah herba chinese style
yang ada dalam periuk kat dapur tu..
siapa kata tak boleh nak makan ikan bakar kat sini..
ade lah medan ikan bakar kat sini.. macam-macam jenis ikan ade kat sini.
boleh pilih ikan yang mana nak di bakar, pastu boleh suruhkan aje chef tu bakarkan..
10 ke 15 minit boleh siap di makan.
mee goreng pun ada tau..
pada yang tak suka mee goreng.. boleh pergi ke belah sini.
ni mee station, ada pilihan mee sup dan juga mee kari.
siput sedut masak lemak cili padi pun ada kat sini.
mase saya ambik siput ni, ade sorang mamat omputih ni khayal berdiri di sebelah saya dan tengok aje saya.
impress sangat² dia kat saya boleh makan siput ni katanye..
hai lah omputih ni, rugi tau kalau tak pandai makan siput ni! bila saya ajak dia join makan siput ni, menggeleng sambil cakap dia geli nak makan. Haiishhh!..
memang la u sangat rugi tau i tell yuu omputehh...
hujung satu sudut tu di sediakan juice bar.
Yang mana kita bebas untuk memilih sendiri mana² buah²an atau sayur²an yang ada untuk di buat jus.
yang paling bestnya, "it's UNLIMITED".
pergi lah berkali² ambik, jus ni termasuk dalam harga pakej buffet ni.
sebabkan harga avocado sebiji RM4~RM5,
dengan suka hatinya saya memilih jus avocado campur mangga.
bila keterujaan yang melampau..terus tak sempat saya nak ambik gambar jus saya..
cepat sangat disedut habis licin.. hahaha.. terpaksa lah saya menggunakan khdimat pakcik google.
lebih kurang macam ni la bentuk rupa si jus avocado campur mangga.. pekat likat dan jelas serat² jusnya.
nasib baik saya sempat snap gambar makanan saya,
ade rojak buah juga.
sos nya saya puji.. sedap² rasa..
tak pedas sangat dan tak terlalu manis sangat.
ampun ya... kualiti gambar tak bagus sangat.
susah juga amik gambar dengan gadjet yang bukan kita punya.. hahaha..
bimbo sangat tak pandai guna.. pasal bimbo tak reti guna gadjet ni nanti² kite cerita lain eh..
saya dan
kak nora tengah asyik menjamu selera..
bila dah kenyang.. muka terus berseri²..
nak tips cover perut paling best dari saya tak?? hakhakhak...
bila perut dah ke depan, kita ambik je barang apa² je yang berbentuk besar macam fail kertas..
lepas tu jadikan lah fail itu sebagai cover perut kita bila kita amik gambar..
maka impak kurus terus jelas kelihatan di gambar..
kami blogger perempuan yang Happy go Lucky! Yeyyy...
takkan ambik gambar blogger perempuan aje kan..
jom bergambar beramai-ramai....
boleh refer lokasi hotel tu kat gambar map di bawah ni;
The Seafood Buffet Dinner is available on:
Friday and Saturday, 6:30 pm to 10:30 pm
RM98++ per adult, RM49++ per child.
For reservations or enquiries, please call +60 3 2782 8301 or email
chatz.prkul@parkroyalhotels.com.
Terms and conditions:
Prices quoted are subject to service charge and prevailing government tax.