Friday, September 27, 2013

Common Disease?



anak-anak saya demam panas 13hb Sept lepas,
masa saya masih di pejabat di hari 13hb tu, pukul 4ptg..
principal Kindy anak² saya telefon, minta saya balik
ambil Ziyad bawa balik.. sebab suhu badan Ziyad panas sangat.
teachernye risau, sebab takde bekal ape-ape ubat pun.

sebab takde pula simptom² demam malam tu ke pagi tu ke..
happy & cergas je nampaknya si ziyad tu.
mujur mase tu kerja-kerja dah banyak settled.

kebetulan en abah pun balik awal,
elok sangat, boleh terus bawak anak pergi klinik.
pilihan klinik sebenarnye lebih kan nak ke Klinik Mano & surgeri kat Bdr Tasik Selatan.

tapi bila timbang tolak bagai, tak jadi nak pergi klinik Mano..
sebab weekdays, petang-petang, MRR2 agak kepadatan kesesakan lalulintasnya.
sudahnya saya pilih ke Klinik Qistina kat pinggiran Putra Permai.
ala.. senang cerita Putra Permai tu EQuiene Park.
klinik tu sebelah je dengan Butik Moms Little Ones, Pusat Laktasi & Gedung Penyusuan Ibu
dan berdekatan sangat dengan Giant Equine Park tu.

kebetulan haziq komplen tekak nya tak berapa sedap, macam perit-perit.
hah senang, sekali dua beradik jumpa doktor,
cek aje ape yg patut.
bila cek, hah hambek! tinggi gak demam dorang.
ziyad 38.9°c, abg long haziq 38°c.

demam ziyad berpanjangan sampai hari Selasa,
abg long Haziq pun kejap ok kejap tak..
Isnin memang dia cuti tak sekolah.
Hari Selasa abg long pergi kelas aje.. tengahri dah jemput balik rumah.
kejap panas kejap reda.. saya & en abah bergilir-gilir cuti.

Hari Rabu, Khamis saya hantar je Haziq dan Ziyad ke kindy dari pagi hingga petang,
masa petang Khamis tu en abah jemput budak-budak, nurse kat Kindy tu bagitau
*(kindy haziq ziyad memang ade seorang nurse)
yang Ziyad ni kene HFMD (Hand Foot Mouth Disease).
sebab hari Khamsi tu, nampak ziyad ade rashes (ruam) kat bawah mulut, dalam mulut ade ulser.
dan sebiji dua rashes kat kaki & tangan.

en abah terus sampaikan ape yg nurse cakap kat saya sesampainya dirumah,
terus kami return pergi ke klinik qistina tu,
Doktor pun inform kat saya, ziyad dah nak recovery dah..
bila ditanya berapa lama nak kena kuarantin,, doktor cakap lagi seminggu..
huhuhu..

Hari Jumaat, en abah cuti.. saya kerja.
jumaat tu terus saya apply cuti siap-siap.
Isnin sampai Rabu. Senang!. rekod kita lagi bagus apply cuti formal mcm ni
daripada kerap ambik EL kan..

Isninnya hari tu (23/9/13) nampak dah memang hilang ruam kat tangan kaki..
cuma tinggal 2-3 biji.. Selasa nya saya cuti lagi.. saje nak monitor ..
alhamdulillah ziyad tak teruk sangat kene HFMD ni..
spot rashes tu tak berapa banyak,, kecik² dan sikit aje..
tak melarat sampai ke peha & lengan..

saya rasa Ziyad tak melarat HFMD tu sebab dia kuat minum air & BF la..
sebab saya googled banyak baby yg HFMD tu besar² spot rashes nye.. seram lak tengok!
ziyad punya rashes kecik² mcm jerawat pasir kat muka tu je. dan tompok kecik je.

dan akhirnya dapat le saya datang kerja hari Rabu tu macam biasa.
Syukur!
ada baby ni best kan,
tapi dalam tempoh dia nak besar tu,
ibu yg bekerja ni nak kena sentiasa bersedia dgn EL & AL. Betul kan kawan-kawan???


*EL= Emergency Leave
*AL=Annual Leave



"Hai.. saya Ad Iyad.. Adikkk"
*ayat biasa introduction diri si ziyad.




1 comment:

wantie said...

bestnya kindy ada nurse. memang kesihatan di pantau la yer.

moga dorang cepat sembuh .