Monday, August 26, 2013

completed! 1y6m imunisasi

fuhh lega betul bila dah completed dah
injection imunisasi ziyad..walaupun minggu depan dia dah 1thn 7bln..hihihi..
raya kan.. delay le..jadinya..
sabtu aritu kami ke pusrawi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 23, 2013

hilang Palestin di peta Google



petang-petang ni mata berat je..
tangan pun gatal menggoogle. saje-saje taip peta Mesir., tetiba nampak Israel dalam peta tu.
ehh?? manenye Negara Palestin?? Gaza ade. tapi nama negara dalam peta tu negara Israel??

over sangat eh Google.. sampai bersekongkol lenyapkan Palestin di dalam Peta.
eh tak boleh kata ape gak.. dah Google ni memang Israel punya. Dia mesti
claim dia punya hak dia punya suka la kan..



Tips untuk kuruskan Lengan


saya nak sharekan tips yang bagus sangat untuk orang² yang bermasalah lengan besar macam saya ni..
huhuhu.. i is sedih tau.. bila orang jumpa saya je,.. cakap saya gemuk..
mase ni kan.. orang bukan nampak baju saya saiz S, seluar jean saya saiz 27 pun.
tak guna pon saiz kecik tu tersarung kat badan saya kalau lengan itu besar..
tetap gemuk jelas kelihatannya.. uwaaaa!
jom kekawan kita sama-sama berusaha.., hiyyyahhhh!!..


1. Angkat berat
Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

2. Makanan
Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

3. Minum banyak air
Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

4. Aerobik
Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah. Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.



5. Boxing
Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

6. Push-up
Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan. Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.

Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!

Tips ini adalah di copypaste dari Kevinzahri.com

Tuesday, August 20, 2013

Monday, August 19, 2013

selepas seminggu berlalu...




salam isnin..
ada yang masih cuti raya ke hari ni?
saya dah start kerja hari ni..
en abah pun kerja..
anak anak pun dah sekolah kat kindy hari ni..
mood bangun subuh tadi?... semua lemauu..
termasuk le yours truly..
lemau macam minta hempok kepale je bangun pagi tadi....
sabtu petang pukul 6 lebih lebih kot kami selamat sampai
di rumah sendiri.
tengah tengah en abah berhangkut barang dari kereta ke dalam rumah
dgn lenggok manje saya minta ihsan en abah
snapkan gambo saya dah sampai rumah..



walau lantai porch saya penuh dgn sampah2 daun kering... kisah ape la kan..
janji gambo saya dan ziyad menjadik..
selamat bekerja utk diri sendiri dan semua..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, August 5, 2013

Downtown Mines


sabtu malam, kami ke downtown Mines,
nak cari tudung raya..
cari tudung bawal je.. bukan pakai untuk raya sangat pon..
lebih cari untuk tudung bawak pegi kerja je yang sebenarnya..
cadang nak beli 10 helai tudung bawal plain tu..
tapi sebab pilihan warna dah tak banyak.. dapat lah 6 helai..
okey! dah siap dah persiapan diri saya nak raya.

#rumah tak kemas lagi .. silap-silap balik kampung sok main tinggal je rumah selerak gitu..


Jelly Bunny, Bdr Kinrara


baju raya saya dah ade..
kasut raya saya takde lagi.. fikir punya fikir..
malas nak pergi tempat lain.. pegi aje la kat belakang rumah..
belakang rumah je Jelly Bunny ni ha.. bagus gak.. takyah nak berhangkut ke KLCC bagai sebabkan nak cari JellyBunny semata.
jalan kaki je belakang rumah dah jumpa.
sekarang lagi best tengah sale..

tu ha saya di penjuru tengah sakan memilih.. hihihi.. suka sangat!
tapi tulah.. kasut yang saya minat byk saiz utk saya dah habis..


ni dua beradik duduk senyap-senyap di penjuru ni.. tak tau ape diaorang godek tah..

maka dapatla satu beg cenggini membeli...
syukur alhamdulillah ..

macam nak makan je bau wangi kasut jelly bunny ni..
kekawan.. sape nak datang raya rumah sok jgn lupa pegi shopping kasut eh kat sini..






Belanja Raya 2013 - SOGO


hari Rabu, 31hb Julai lepas. saya dan en abah ambik cuti..
semata nak ke SOGO shopping raya.
plan asal nak pergi berdating berdua aje. tanpa anak-anak.
tetiba selasa malam, dua beradik tu merayu minta ihsan nak ikut pegi shopping raya.
halohalohaloh kesiannya la pulak dengar rayuan bebudak ni.
hati memang layu la bile dengar dorang berdua berduet merayu nak ikut.

seawal pagi rabu tu. kemas-kemas.. siap-siap.. packing air dan nasi bekalan ziyad.
haziq puasa. so takde ape nak di bekal utk haziq.
gitu gini keluar rumah lepas zuhur gak..
sampai KL pukul 2ptg.. wahhh ... sesak lalulintas...
sepanjang perjalanan dari masjid negara nak ke SOGO.
mesti dorang sama arah tujuan nye dengan kami.. mau shopping di SOGO.

dapat masuk SOGO.. dalam 2.30ptg kot.. sesak woh orang..
saya ajak en abah beli set sushi dan air-airan.. standby untuk berbuka karang. elok beli awal-awal.
kang kalo beli petang-petang bersesak dengan orang..
seb baik mood en abah bagus hari ni.. walau tak bangun sahur ikutkan aje kata saya.


maka bermulalah penjelajahan kami mencari dan membeli baju-baju anak².
bukan baju raya aje.. termasuk sekali baju tidur raya..
Ehhh?? baju tidur raya pun ada.. hakhakhakhak..

ambil sana sini.. gitu gini..
maka dapatlah sebakul baju bebudak dua beradik ni,


dah penat.. kami lepak di playland kanak-kanak ni..
ziyad isi minyak kejap.. tapi tak lama mana pun nyusu nya.. tak menahan hati nya nak join abg longnya
tengok movie.

tu dorang berdua..
elok je duduk berdua menonton.

ibu dan abahnya duduk tepi mandangkan aje anak-anak di dalam..



lepas pukul 8 lebih misi menysopping bersambung semula..
licin bersih sushi-sushi dan Yakult 10 botol
kali ni.. kami ke level lelaki pula.. cari baju raya en abah.
suka nya saya, en abah dah habis pantang... dia dah beli baju kaler lain dari hitam & blueblack dah...
fuHH! lega giler saya.. kalau idakkk.. rasa macam nak muntah bila membasuh & menyidai baju beliau..
balik-balik kaler hitamm.. kaler blue blackkk... MUAKKK hakuu!

dah settled semua, haziq minta makan..
maka naiklah kami anak beranak ke tingkat atas.. lvl 6 kott.. level fourdcourtnya tu.
clear.. takda orang..
maka, kami makan dengan aman damai sambil menikmati deruan air pancuran di sebelah meja kami.
menu saya mihun soto & nasi ayam.. saya & en abah cuit-cuit sket je..
selebihnya dua beradik tu yang makan.
oh! ni muka taukeh yang tengah pusing kepala kenangkan duit yang dah beliau keluarkan sepanjang hari ni...
takpe bang.. setahun sekali je...sila redhakan ye sayang!..

inilah hasil yang dapat dirembat..di hari itu..
dah berapa kali tumbang stroller ni dek tak dapat menampung keberatan plastik-plastik yang di gantung tu..
kesian stroller ni.. kamu jadi mangsa kami... huhuhu

baju raya saya takde dalam SOGO.. kalau ade hat-hat murah dlm sogo ni..
memang senang semuanya kat sogo je membeli.

sebabkan kami punya hasil tangkapan tu dapat la jumlah melebihi dari RM500 per resit,
kami nya parking dapat harga Flat rate RM5.
parking kat SOGO tutup pukul 3pagi.

bila dah dapat harga flat rate parking RM5 tu, saya dan en abah tak terus balik ke rumah malam tu.
kami teruh menjelajah keluar sogo.. ke area kain baju tu. Jalan TAR la kot..
nak cari kurung readymade saya...
dari satu kedai ke satu kedai.. alhamdulillah dapat gak baju raya saya 2 pasang.
kat Maya Silk tu ha... kira okey la.. kain sedap.. corak baju boleh tahan sepanjang zaman..
banyak je baju readymade yang berbeading segala tu.. tapi saya tak minat..
sebab serasanya macam dah baju pengantin pulak kalau pakai baju merelit gitu..
kain cotton tu pun banyak.. tapi yg macam saya cakap tu la.. takdak yang memenuhi minat saya.

syukur la dah jumpa baju untuk saya.. kalau takk.. jenuh nak mencari dan memikir mane le nak cari baju raya ni ha.. kain banyak kat rumah ade 4 pasang tak berjahit.
niatnya nak jahit sendiri.. tapi entah bila..

sekarang tunggu nak cari tudung raya.. malas nak pergi Ariani.. raya kali ni takde bajek utk tudung mahal².
tunggu ujung tahun nanti la kot baru jumpe Ariani tu..
kami kat KL pukul 1-2 pagi.. penuh dengan umat manusia..
dorang ni tak tidur ke??
makanya tepat 2.30pagi sampai ke rumah ku syurga ku..
esok bangun pagi wenggg je kepala..
bebudak okey pulak sporting..