Tuesday, July 30, 2013

suasana yang bakal menjelang

amacam persiapan raya?
dah siap shopping raya ke?
dah settle ke kuih raya?

lemau betul saya bulan ramadhan tahun 2013 ni.
satu bende aktiviti saya sejak 2 menjak ni lansung tak ber update.
saya anak beranak macam biase.. bila raya ni.. persiapan biasa-biasa aje..
janji ade duit untuk tampung duit minyak dan toll.
tahun ni turn ganu kampung en. abah.. memang banyak guna duit perjalanan pergi dan balik.
apesal ler dapat orang ganu ni kann.. padan muka jalan jauh²

so, bulan puasa tahun ni.. saya kasi chance kat en. abah berbuka bersama adik beradik dia
dari minggu pertama hingga ke minggu kedua..
berderet la belah dia.. minggu pertama ke rumah acik (akak en abah) kat taman midah
minggu kedua rumah ayahngah (abg en abah) kat pdg jawa.

walaupun saya tau menu bekalan saya masak bertungkuslumus
yg dibawa kesana tak dimakan lansung, saya tetap tidak bertangan kosong kesana..
saya tetap kekalkan prestasi mithali saya
masa ke tmn midah saya bekal mee goreng, dan mihun singapore ke pdg jawa.

dan cuti hujung minggu di minggu ketiga bulan ramadhan.. kebetulan jumaat cuti nuzul quran..
itulah peluang terbaik saya balik ke air hitam..
kampung terindah suasana gemilang lagi terbilang kemeriahannya..
adik beradik yang harmoni dan penuh kasih sayang.
nak lagi best. along saya suggestkan kami sekuluarga berbuka puasa beramai-ramai di kedai...
wahh! inilah moment yang paling happening.. gile best!.. hakhakhakhak...



tugas membooking kedai dan pemilihan lokasi kedai diserahkan pada along saya.
dia yang paling pakar.
menu kami hari tu di buat untuk 4 hidang.
antara menunya adalah.. jenjengjejengg...;
siakap masak 3 rasa.. sotong goreng tepung, tomyam campur, sup ayam, sup daging, sup sayur,
kailan ikan masin, air fresh orange dan tembikai.
total yang kami bayar share 4 beradik RM340.00.
kedai Mat Zain, lokasi kedai terletak bertentangan dgn sek men Dato' Mansur Bahau.


memang licin semua lauk pauk di sapu bersih oleh kami-kami semua.
memag sedap & lazat masakannya.

malamnya saya, kaklong dan kakngah saya beserta anak-anak buah saya..
buat biskut raya.. hahaha lagi heaven.
meriah buat kuih raya bila ramai-ramai ni. enjoy!


untuk saya, untuk mak saya dan untuk kak long saya.
excited weh!
ziyad manje-manje ibu.. dah haus agaknya..
minta susu.. berenti la sebentar...


dan ucapan dari saya.. bershopping raya biarlah berpada-pada yer..
esok saya cuti.. nak pi shopping raya..
tak tau kemana arah tujuan. sogo kot? jusco kot? entah ler..
tengok le nanti..












5 comments:

Anonymous said...

ni mmg betul2 raya ni ! hehehe

wantie said...

tu..dia berderet kuih raya.. gotong royong reramai memang best

Anonymous said...

Hi! I really liked your forum, especially this section. I just signed up and immediately decided to introduce myself, if I'm wrong section, ask the moderators to move the topic to the right place, hopefully it will take me well... My name is Jack, me 34 years, humourist and serious man in one person. Ssory for my English.

Ena said...

berbuka puasa bersama keluarga beramai2 adalah sangat best kan.. tp minggu depan in shaa Allah ada peluang tu.. rindunya rasa.. yelah org kata kemeriahan dan keseronokan tu tak sama mesti kita lebih hepi belah keluarga kita.. tp keluarga mertua juga menjadi keutamaan seorang isteri selepas suaminya..lepas tu baru utk keluarga sendiri.. hehe..
eh! syoknya kuih raya tu dah siap! mintak sebalang? hahah..

ena pun org ganu gak.. ;P

Unknown said...

singgah malam kt cni