Monday, May 27, 2013

Dataran Shah Alam


cuti sekolah pertengahan tahun dah bermula..
apa plan korang semua?
saya takde plan heibat-heibat.
cumenye hujung bulan Jun nanti baru ade plan cuti-cuti ke Langkawi.. insyaallah.

cuti wesak haritu, tak kemana-mana.
MIL saya datang bermalam di rumah saya..
memang takde aktiviti ape pon..
biasa-biasa aje.. paling kuat pun pergi rumah SIL kat tmn Midah Cheras aje.. mihmihmih..

Ahad tak kemana-mana..
uii rumah dah lawa berkilat, tak rasa sakit hati pon nak duduk rumah..
oh rumahku syurgaku..
utk tidak menghampakan anak-anak,
saya pujuk en abah bawak kami melepak cuci-cuci mata
bawak bebudak riadah.
asal-asal nak melepak kat tmn tasik Shah ALam.
tetiba en abah menyinggah Plaza Alam Sentral..
pegi tapau Air Cool Blog.
sekalinya si haziq bijak, dia pau en abah tutty fruity.. hak3x..


dan tetiba aje kami melepak di Dataran Shah Alam,... Peace yo!
kes malas dah nak pandu kereta ke depan ke taman tasik.
dok lepak kat Dataran ni takde orang.. enjoy aje kami melepak..
sambil tengok air pancuran.. seronott sangat!

eh ziyad! comeynya possing gitu?? ibu geget karang baru tau

saya dan pipi yang mengembang dgn mekar

layankan anak bujang hat sulong berpossing menikmati pemandangan yang indah..

haloh haloh haloh abg longg.. handsomenye la hai


en abah nak tumpang comel ziyad ke?? tau le copy paste.. mencik!

manje ibu! apesal cepat sgt dah besar nihh???
meh ibu gigit gigit..

saya dan anak-anak..


dan di akhiri dgn gambar bajet hawt kami berdua.







Rakuzen Japanese Restaurant Subang Jaya

Rakuzen Japanese Restaurant
No.15, Jalan SS15/5A
47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5880 4717


office saya buat farewell party utk mamat yang dok tengah-tengah dlm gambar bawah ni..
bosan yang benornya pi makan kat RAkuzen ni..
asyiknya la pergi makan² kat sini kalau ade apa² occasion...pfttt series jemu!
tapi sebabkan mamat jepun ni  dah nak balik jepun,
kite respek dia ikut je la idea nak makan kat Rakuzen ni.
bukan kene bayo pun.. tadahkan aje la perut ni kann




gitu gini makan..
makan-makan sembang sembang..
makanan jepun, itu aje la pun..
letak hiasan cantik-cantik ..pastu rege kemain mahal.



berakhir juga makan-makan itu di hari itu..
lega..
sebagai kenang-kenangan, saya ajak mereka semua bergambar-gambar.
ini aje la pon rakyat-rakyat opis..
secotet aje makhluknya,..
orang tengok pon macam tak caye.
pejabat ape la ko ni kerja makcik oi? sikit sangat orang dalam opis.
eh.. ko jangan weh.. pi google Diamond Tools Sumitomo,
banyak la info ko boleh dapat.. pasal opis iols..















dan ini regenye RM741.25 termasuk tax.
over regenye..
kalau sendiri sendiri nak pergi makan kat sini memang tak akan ler saya ni.
baik masak sendiri aje kat rumah..
puas hati makan la seberapa banyak & berapa kali tambahnya pun.
sedap lagi amik buffet kat hotel..
banyak choice & boleh buat kenyang  perut suka hati.

tak pe la.. sesekali opis belanja kan..


#entry monday blues.. tak tau ape tah di merabankan..




Saturday, May 25, 2013

sayang Ibu

memula haziq main tekan tekan taip taip
anto icon ke whatssap abahnya (guna hp ibu)
tetiba nampak dia gigih taip taip..;

"aizat haziq sayang ibu"...
walaupon banyak beno space yg abg long
buat pade setiap perkataan..
hati ibu besar sangat bace ayat abg long...
suka suka sukaaaa sangat... ha3x...
#gigih ibu capture kan screen..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 22, 2013

Park Wan Kyu & OST






Born in 1973, he debuted as Boohwal's vocalist. His first album was a compilation of Boohwal's songs "Aesop's Brush" (이솝의 붓). He was the voice of Boohwal's 5th album "Discovery of Fire" (불의 발견) released in 1997. He made his name known with the title song "Lonely Night" as with his clear voice & strong vocal.

It was told that Kim Tae Won was told of Park Wan Kyu, and heard him singing in an American base camp inside of Seoul, singing Led Zeppelin's "Black Dog." His voice amazed Kim Tae Won who invited him to sing for Boohwal which was looking for a new vocal at the time.


Lonely Night is one of a "must" song in every Boohwal's concert. Despite having had so many vocals over the years, no body could ever sing "Lonely Night" as Park Wan Kyu did.
He only stayed with Boohwal for less than a year, and released his first solo album in 1999 titled "1000 Years of Love" (천년지애). The title song, "Love of 1000 Years" really highlighted his high toned voice.


His second album "Vigorous Hunting (엽기발랄) was released in 2000, with the title song "After Love" (사랑한 후에). The album did not give as good a result as the previous album, despite the good quality. The changes in Korean music industry is among the reasons to it, as well as the economic downturn started in late 1990'.


The following albums he released did not make much difference: 3rd Album (2002) "It's Now or Never", 4th Album (2006) "Exodus", and 1999-2006 "Best Album". For me, it's quite a question mark why he excluded his time in Boohwal in his "Best Album". His relationship with Kim Tae Won, the leader of Boohwal, remained good and in tact though. They enjoy fishing together, and in fact, the song "Lonely Night" was composed and written by Kim Tae Won during one of his fishing journeys.


He also works a lot with the musician Kim Kyung-Ho (김경호); he did some featuring for Kim Kyung-Ho's album, including a duet remake of Boohwal's "Story of You and the Rain" (비와 당신의 이야기) in 2009. Other than that, Park Wan Kyu also sung some drama OST and appeared in Musicals such as "Maria" and "Jesus Christ".

sumber adalah di googled.

saya tengah minat gile dgn Park Wan Kyu sekarang ni..
suara dia.. fuhhh mesmerizing sungguh!
serak-serak basah gitu... memang terbaik.

beliau banyak juga nyanyi utk OST² drama korea yang hebat²,
contoh terdekat yg melakat kat saya lagu OST Princess' Man.. , One Day OF Love..


Park Wan Kyu..
boleh tahan kan.. idok le nampak jambu sangat...mcm artis-artis KPOP masa kini..

Monday, May 20, 2013

Semakin hebat wanita mencantikkan diri..,



meh sini saya nak share kata-kata mutiara
yang saya ambil dari majalah DARA keluaran 1 Mei 2013


“Semakin hebat seorang wanita mencantikkan rupa wajahnya,
semakin kuranglah dia mencantikkan rumahnya”


ha.. ko!
seram dengar ayat-ayat ni kan..
so kekawan.. sape sape punye dressing yang pakai sebat aje macam saya ni,
toksah gaduh diri tak lawa.. hahahahahaha (gelak secara besar berdekah-dekah)



Friday, May 17, 2013

Acer & Intel "PLAYsure Redefined" Party


hai semuaaaa... salam Jumaat..
meh sat tengok video best nihhh,



very the kewl kannnn???
best giler..

nampak tak watak utama si lelaki yg pakai spek tu??
dok ke hulu hilir bawak ade satu barang tu?

haaa..
itulah dia produk baru Acer.. name gadjet yg terkini Acer sekarang di beri nama
Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™,
Ultrabook™ di inspired dari Intel



baru nak launch 22 May ni..

cepat korang.. sila dapatkan bende yang paling best ni...
cirinya memang menarik tertarik ko memang Da Bomb la.. sebab beliau ini sungguh
•   Ultraportable  - boleh di bawa kemana
•    Detachable - melekapp aje
•    Touch Centric  - boleh main swipe sana sini aje skrin.. sentuhnya.. hebat!!






gelap..


baru pukul 11.30.
kat luar gelap macam malam..
kejap lagi hujan lebat la ni kannn



Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 15, 2013

Cuti Sekolah Bulan Mac 2013


dah bulan Mei dah sekarang..
baru hegeh-hegeh nak update story cuti sekolah term 1, Mac lalu... punye lah berkurun.

plan saya nak amik cuti seminggu terus bawak anak-anak bercuti.
takde plan heibat-heibat ke mana-mana pon.
saya plan bercuti di kampung halaman saya yang indah lagi permai itu sahaja.
meluangkan masa bersama-sama mak abah dan adik bongsu saya..
tambahan pulak along (abg sulong) saya sekarang dah pindah duduk rumah beliau sendiri di bdr SeriJempol.
berdekatan aje dgn Ayer Hitam, kampung saya.. 10~15minit perjalanan kereta sahaja.

yang menguatkan hati saya untuk bercuti seminggu panjang tu sebenarnya berpunca dari mak saya.
mak saya sepatutnya ada appointment pembedahan katarak mata 26hb Mac.
sekalinya seminggu sebelum tarikh temujanji tu
along saya tipon bagitau ops appointment tu telah di postpone ke tarikh yang lain.
makanya saya kansel kan cuti seminggu saya.. saya pendek kan cuti.
cukup la bercuti 2 hari aje (sayang cuti)
sabtu, 23/3/13 petang lepas maghrib baru bergerak dari rumah saya.
wahhh! series kagum dgn diri sendiri berjaya memandu sendiri kereta bersama anak-anak tanpa encik suami yang di cintai pulang ke kampung..

mula-mula en abah macam berat hati nak lepaskan kami bertiga pulang ke kampung tanpa en abah.. berjauhan dari beliau.. sabtu sampai selasa. uii lama gak tu!

puncanya en abah tak dapat cuti. sebab takde sape superior yg tinggal kat department nya..
lelain bijak bertindak awal-awal. dah 2-3 bulan sebelum cuti sekolah lagi dah dorang dah siap hambik cuti.
makanya en abah kene berkorban tidak ikut saya dan anak-anak bercuti..
(hakhakhak.. kasik gelak kat dia tinggal sensorang.. 4h3mlm)

sepatutnya sabtu pagi-pagi dah gerak.. boleh sampai awal kat kampung.
sekalinya hari tu dari pagi bawak ke petang hujan selebat-lebatnya pulaknya hai.. berdentam dentum guruh
sama naik dgn kilat & ribut. uiii ngeri gak..
sampai pokok depan rumah sayapun  tumbang kene tiup dek angin kuat.
tunggu punya tunggu lepas maghrib gak baru saya keluar rumah menuju ke kampung.
selamat sampai ke mahligai syahdu mak abah saya tepat jam 10.00 malam..
wahhhh! terer lah ibu haziq ziyad.. ni ade chance boleh balik kampung bertiga je ni nanti-nanti.

bebudak happy giler bila sampai kampung.. ke eksaited tan mereka jelas terserlahnya..
sebelum tidur, saya ajak anak-anak bergambo sebab nak pi whatssap kan gambo kami
wish good night kat en abah tersayang..


"Good night abahhh"
semua sporting.. buat pejam-pejam mata possing..
eh kemain lawo headband ibu ha!.. kwang..kwang..kwang..


bangun pagi, tinjau meja makan kat dapo, dah terhidang koleh steel abah saya.
woh spesel nya.. abah saya dah siap bancuh air teh susu untuk saya..
bile slurrrppp, uh! lazat tak terkata wohh..
melekat kasih sayang air tangan abah saya kat tekak iolzz.. kikikiki...

take 5 kejap..

yeyyyss!.. ini diaa...
buah tangan mak tercinta saya pulak..
Soto with extra sambal kicap
hoh! heaven sangat-sangat la terbestnya dah tua-tua ni di manja-manja cenggini..
akak sayang mak abah banyak baaaaaanyakkkkkk23x sanggattt tak terkata tau!



bebudak dua beradik duduk kampung cergas tak terkata..
bangun pagipagi subuh, minta mandi, sarap.. main.. tidur.. main lagi, makan ..dan bla.bla..bla..
ikut cakap dan memang menenangkan hati sungguh.
memang boleh sangat² kalau nak repeat balik kampung bertiga macam ni..


lepas kenyang perut suka hati,
saya terus memunggah plastik-plastik hitam saya bekal bawak dari rumah saya..
ade 4 beg plastik hitam saya bawa..
isi dalam plastik ni segala bende kain baju saya, en abah, haziq yang lama-lama dan tak pakai

makanya projek membakar segala bende baju bajan itu selesai dgn selamatnya.
orang kata tak elok bakar kain baju kan?
abis tu dah nak di apakan baju bajan ini..
kalu nak simpan bertahun-tahun pun dah tak cukup tempat kat rumah tu..
nak derma kat rumah kebajikan pon dorang tak mau...
baju kalu ade value mcm segala bende Zara ke Mark & Spens ke
AX ke boleh le gak kalu nak di pre-love sale..ni kalau setakat beli baju Jasko after 80% diskaun,
toksah mimpi le nak berlagak kaya... hahaha..
moh la saya membakarkan kamu wahai baju bajannn..


petang-petang, saya melepak kat belakang rumah.
amik angin petang dgn mak abah dan anak-anak saya..
cak!.. ni mak saya..

saya manja mak saya.. walau org nampak saya macam patut jadi anak manje sebab saya anak pompuan tunggal dlm famili saya..
tapi sikit pun tak pernah saya rasa saya ni anak manja..
sikit pun tak pernah mak abah saya memanjakan saya.huhuhu sedih.
ape aje yang tak di suruhnya..
semuanya di suruh.. mase kecik-kecik dulu selalu saya samakan diri saya ni macam Cinderella..
dari celik mata sampai tutup mata setiap hari kene buat kerja-kerja rumah.
gila weh.. penat tu! budak sekolah kecik toet cenggini dah handle segala bende kerja-kerja rumah..

bila hari isnin tu, saya ajak mak & adik bongsu saya perji jeram serting Ulu..
kekonon nak berkubang kat jeram. sebab anak-anak along saya tido kampung..
seronok gile bile ade anak-anak buah join tido kampung dgn saya macam ni.
kebetulan adik bongsu saya tgh free petang senin tu.

seronok gile kite org..
sekalinya bila dah sampai jeram, tak sempat keluar kereta pon lagi
hujan menderu-deru turun dengan lebat.  haisshhh ape ni??
tunggu dlm 10-15minit dok memasing dalam kereta.
memang taknampak ura-ura nak berenti pon hujannya ni.. makanya moh le kite balik rumah balik..
mandi aje lah dalam bilik air mak.. hahahahaha..

selasa, hari last saya di kampung.
saya ikut hantar mak saya check up mata kat hospital Kuala Pilah.
lepas check up saya terus balik KL..

series mencabar bawak ziyad pergi hospital..
dah le tanak di pegang waima di dukung..
dia nak berlari, melompat manjat... berjalan suka suka hati sendiri.
siap bising lak mulutnya tu.. memang berpeluh-peluh betul makcik ni nak urus si ziyad.

habis check up settled, saya ajak mak saya jenjalan rumah pak sedara saya kat senawang jaya.
lama saya tak pegi rumah cik saya tu..

dan selamat sampai ke rumah ku syurga ku kepangkuan suami tercinta tepat jam 4.30petang.
very the penattt..
en. abah ajak sambung cuti.. nak bawak bebudak jenjalan katanya..

memang saya sambung cuti khamis jumaat tu.
tapi ..
bukan cuti pergi jenjalan..
cuti jaga anak-anak demam... huhuhuhu..
komfem bebudak tu penat sangat bermain kat kampung sampai demam demam..
memang best cuti lama kat kampung.. enjoy sangat












WW. Kawaii



alololo comeynya Takeshita-san pakai jersey Malaysia ni..
sporting lak tu, saya suruh dia pakai, sebab nak amik gambo, dia ikutkan aje.

jersey malaysia kami seofis bagi sempena farewell gift utk beliau.
Takeshita-san dah nak balik Japang..
suka dia dapat jersey Malaysia..hihihihi..

Takeshita-san,..
Gambare ne!!



Tuesday, May 14, 2013

sibuk is busy


takde nak bebel panjang. .
nak letak gambar jer..

tajuk entry busy is sibuk...  eceh!
sibuk lah sangatt nya kann...

nak cube rajin updet  blog..
mane tau ade iklan  nuffy melekat.
bole menabung buat beli roti.

roti kan dah  naik rega..
kite kene jimat cermattt..
# eh kalo tabung penuh melimpah ruah nanti bole beli pakej holiday lak...

wakakakaka....
psttt2x... pn sob... gelak tu kaverkaver yerr...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 13, 2013

Helikopter



membeli pensel warna, pensel, pemadam, pengorek pensel adalah rutin saya sekarang ni.
beli barang-barang tu semua beli yang murah² je..
dah takyah la nak beli yang mahal-mahal.

bukannya haziq tak pandai minta stationery yang ade brand.
peberet brand stationerynya 'Faber Castell'..
sorry, ibu tak dapat nak belikan barang² yg mahal cenggitu buat masa ni yer sayang..

kalau dah tak reti nak jaga & protect dari di haru birukan oleh adik beliau,
jangan harap ibunya nak belikan stationery yang RM10 ke atas.. itu janji saya pada Haziq.

dah kalau setiap seminggu sekali kene beli segala mende stationery tu,
rabak gak rasenye kalo nak beli sentiasa rege belas puluh ringgit tu..

so Haziq yg ibu sayang sangat, sila disiplin kan diri, sayangi kaler, pensel, kertas..
kesian juga dgn haziq yang sentiasa di kacau & disabotaj dek ziyad adiknya tu..

ziyad memang suka hilangkan & kemburkan barang² abg long haziq..
bersabar aje la abg long dgn kerenah adiknye itu.

so tiap malam, saya kene tongkatkan kelopak mata dari tertutup
utk layankan haziq melukis.. huhuhuhu..
(mata ni memang nak tertutup aje kalau ade peluang)

dan hasilnya...,
yadaa.,yada..yadaaa.....


dia lukis helikopter tuuu..
tanpa copy paste segala rujukan maupun props..
100% dari imaginasi beliau...




wohh! ibunya sungguh kagum..
syabbas haziq..

eh buat iklan jap..
 Puan Maya.. apesal blog mu ai tak boleh nak bukak ni??
cer cek eh.. mmg xde pe keluar bila ai bukak..
dah seminggu ai tak jenguk n baca blog anda.. huhuhu...








Friday, May 10, 2013

Korea Strawberry dan Politik newsfeed terhebat


eh hari ni dah hari Jumaat..
topik hangat sepanjang minggu ni adalah topik Pilihanraya dan politik.. hai laaahhh..
kalau tengok newsfeed Fesbuk lagi hangat...
macam-macammm..

yg over emosi & meroyan ramai lah sangatnya kan..
mane yang isu² melampau related to b4 and afta pilihanraya,
memang sakit hati baca dan, ada yg dah sedia tau boleh jadi bertambah tau ...(baguss..bule tambah ilmu)
yang jenis tak tau tu pulak konfiden diri betul..
kutuk yang bukan-bukan tegakkan benang yang dah lentok kene banjir..

#eh over melalut pulakk..

ha lupa nak ucap Tahniah pada PM & barisan Nasional..
di atas kemenangan mereka di PRU13 yang lalu...
tahniah juga di atas pelancaran GST 6% anda yang dikenekan ke atas kami
sejurus selepas pilihanraya....
syabas Malaysia!..
kerahkan aje la duit rakyat yang seposen dua posen tuu utk pembangunan Malaysia.
(ehhh... kalo 10sen kali 1juta dah dapat berapa dah tu..senang dan mewah hidup org² kaya IPP)..


lunch ape tengahri ni yer..
perut dah kenyang sebenarnya ni..
tapi selera tetap ada rasa nak makan. dah acaner?
se tupperware nasi dah selamat dah ade dalam perot.
bila belek-belek gambar, eh ternampak lak gamba setoberi ni..
ermmm... sedappnyeee!
saya suka beli strawberry korea.. sebab strawberry ni manis.
kalo beli yang bukan Korea punya, Allah masamnye la haii..

ingat tau.. kalau nak makan setoberi manis kat Malaysia ni,
pilih strawberry dari Korea. ai gerenti yuuu! memang manis (manis buah) & tak masam..



Wednesday, May 8, 2013

CPUV - IRONMAN 3


mula-mula nak cakap,.. SAYANG ketat ketat Ironman 3 punya iklan.. hihihihi..



saja je tepek buat-buat kenangannn..
jadilah, kann...
ironman punn ironmannn lahhhh..
kurang-kurang nak juga kamu melekat kat blog kite..
*walaupun seciput aje... ^_-







pandai nak manja...

ziyad pandai nak manja dgn tokwannya.
atoknya duduk penjuru situ
dia pon keseng2 mengimpit. alololo comey die...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 5, 2013

PRU13


adik bongsu saya,bertugas di sek keb sg lui, N.sembilan



sempat ambik gambar sendiri..
berlatarbelakangkan barisan pengundi di saluran 2..
saya dah siap cabut undi..saluran saya di saluran 3.
masa ni saluran 3 tak berapa ramai ponn..
kat sek keb ayer hitam, negri sembilan ade 3 saluran aje..
saluran 1 utk peringkat umur yang tertua-tua yd ada di kawasan,
saluran 2 golongan pertengahan.umur.
saluran 3 golongan muda-muda


kagum dengan atok ni..
semangat undi dia tebal.. walaupun kesihatan idak la berapa kuat..
turun hadirkan diri untuk mengundi.

golongan yang hanya pandai bermain kata-kata?? manakah dikau??
ada mendaftar takkk?? silap-silap umo dah 30-40 pun tak daftar pon lagiii... caakapp aje pandai.
action takdak.



saya dan pak sedara saya..
amik gambo berlatarbelakangkan bilik gerakan Barisan Nasional.
hihihi...mak saya org kuat BN. Saya?
tak kuat mane-mana ponnn..
amik gambar ni utk props aje...


kite dah sudah ngundiii...
yeyyy suka sangat sangattt....
rasa lega betul
bila dah selesai tunaikan tanggungjawab
ke atas negara Malaysia tercinta..
adik bungsu saya jd penyelia
pusat mengundi kat sekolah kebangsaan sg lui.
along saya pula jadi jurutunjuk SPR...
saya seorang je la ngundi kat air hitam.
seb baik ada pak sedara undi kat sini..
ade gak kawannn...



Published with Blogger-droid v2.0.10