Monday, January 28, 2013

Restoran Juvita, Kanchong Darat, Banting

assalammualaikum..,
saya  bersiaran di office ni... hak3x..
orang lain cuti hari ni,
saya kerje.. huhuhuhu..
sumitomo singapore le ni!
tak approve kan cuti alternate sempena thaipusam.
tah hape hape le dorang ni.. dengki kat orang mesia.. bluweekk!







muka kene ceria walau kene kerja hari ni..
sekurang2nya hari ni saya boleh prepare dokumen-dokumen yg nak di audit esok lusa tulat langkat.



meh saya nak cerita tempat makan best,
tempat letaknya kat banting.
memang tak jauh pun dari pekan Banting,
dan -+ tak jauh dari pantai Morib.
nama kedainya restoran Juvita, tomyam seafood ikan bakar
rating yang saya bagi kat menu kedai ni full star..
hahaha.. gile semangat saya bagi rating terbaik kat kedai ni.

alamat kedai ni;
Restoran Juvita
Jalan Kenanga, Kanchong Darat, Banting, Selangor

pada sesiapa yang berpandukan GPS, boleh la setkan koordinatnya seperti gambar bawah ni,

kalau tak terang tulisan dalam gambar, jangan risau.. saya boleh taip...
Longitude E 101  29    20.7
Latitude N  2    47   41.9
#lepas ni boleh set dan terus sampai kat kedainya yer..


ni signboard kedai Juvita ni..
signboard yg macam ni kita akan nampak kalau datang dari Pantai Morib.
kalau dari pekan Banting pulak kita nampak signboardnya besar sikit,
jangan risau.. mesti nampak punya nama kedai Juvita tu belah kanan.

kat sini ade menu Western, ikan bakar, seafood.
semuanya sedap & terbaik.. hahahaha..iols Over!

mase saya pergi ni, sebenarnya jumaat malam minggu lepas.
memang tak planning, saya satu keluarga pergi lansung tak berhias.
anak² dengan baju tidur.
saya & en abah dengan baju kerja.
masa saya balik kerja, ambik en abah kat rumah dan together-gether jemput anak² kat kindy..,
bukak henpon
pergi surfing kat pakcik google Seafood Best,
maka terjumpa lah dengan restoran Juvita Banting ni.
semua review Bombastic.. maka hati pun tertawan..
ajak serba sikit dengan muka suci murni pujuk rayu en. abah, maka tercapailah impian nan satu...
jauh pun jauh la.. tapi tetap dalam negeri Selangor.. kire orait lah kan..
puchong-banting apedehalnya kan..

reason pergi makan kat sini sebenarnya sebab saya ketensenan tahap maksima dengan kerja² office,
dengan orang² office
dan semuanya la yang berkaitan dgn office la kirenye hari tu! huh! mencik!
pada hemat diri yg tensen aritu,
kalau makan seafood & protein ni buleh mententeramkan jiwa raga yg kelam.
tah mane dapat teori ni pun entah le makcik ni??!    #sokasokahatisendirirasabetul


style kedai ni,
kalau sesiapa yang nak makan seafood boleh pergi penjuru sudut tu pilih-pilih ikan ke sotong ke ketam ke pepahat ke, kerang ke.. pastu timbang..
mase timbang tu boleh cakap la nak masak ape kan si seafood² tersebut.
dalam masa 8-10 minit hidangan dah siap.

gambar bawah ni adalah menu yang kami order,
haziq ambik nasi goreng pattaya.

#eh terselit pulak gambar ziyad tengah lena nyenyak tido..

 
oh kat situ ade otak-otak juga.. otak² tu pon sedap!
menu westernnye special.. sebab dia guna pinggan yg sizzling mee punye pan..
dari dapur hingga kan ke meja makan, menu western tu tetap berasap..
sesiapa nak makan bende² sizzling pun ade..tapi kami tak order..
ha ni ikan bakar,
kami amik ikan kerapu. buat bakar.
ade ikan siakap.. tapi dia nya harga dah siap² letak RM40 seekor.
sebab kebesaran ikan tu padan la dgn regenye..
kami tak ambik, takut tak mampu nak habiskan.. besar tu ikannya.\cukup la ikan kerapu..
itupun dah macam senak perut nak menghabiskan... hahahaha..

menu kami makan;
  • kerapu ikan bakar,
  • udang butter
  • sotong goreng tepung
  • pepahat masak pedas
  • nasi putih 2
  • nagi goreng pattaya
  • otak-otak

inilah gambar makanan kami di malam itu serba sedikit..
series en. abah tak terror amik gambo malam tu..
langsung tak menggiurkan jadinya gambar makanan² ni.
walau ape pun,
yang penting sekali semuanya memang sedap & Baaaa...nyak giler portion menu² ni..
kami duduk lepak kedai ni dalam 3 jam..
jenuh nak habiskan.. hahahahaha..
dari mula Maharaja Lawak Mega start sampai la habis MLM tu, kami tetap ade lagi.

dalam gambar ni nampak macam sikit-sikit je kan semuanya..
tapi series ketahuilah, pinggan yang paling besar tu mangkuk nasi tambah utk kenduri kawin punya saiz.
yg pinggan² lain tu adalah bersamaan dgn saiz mangkuk nasi tambah yg kita pakai kat rumah.

jumlah Air yang kami order sebanyak 8 gelas. Giler bukannn..?
1 gelas epal+asam boi
1 gelas tembikai laici
1 gelas tongkat ali
1 gelas air suam
4 gelas limau Ais

total kesuluran harga kami makan di malam itu;
RM70.00


murah ke tak murah rege tu??
pandai-pandai fikir sendiri..


dan teori saya makan seafood boleh mententeramkan jiwa saya yang kelam itu memang amat berkesan.
hahahaha.. betul-betul membuatkan saya lupa terus tentang masalah office.
dah kenyang, balik rumah terus terlelap sepanjang perjalanan.
sedar-sedar eh dah sampai rumah..
series lupe ape yang berlaku di office siang tadi..

lorr! dekat je.. kalau dari puchong nak ke banting,
dalam 40km+- je.. ikut jalan ecquine park-putrajaya-(lalu depan simpang nak ke paya indah wetland)dengkil-banting.. tanpa tol.

kalau ikut SKVE dekat juga.. tapi kene tol.
kalau ikut KESAS lagi hazab! dah le jauh.. bertol tol lagi..


























11 comments:

MayaYunus said...

murah nooo regenya puan...best gak klu nk ajak en azri tp apakan daya dia sorg yg bkn rti nak g survey tempat makan hat best
paling koman pi kat bagan lalang je le tu pun 2 tahun sekali....oooo hazabbbb

MayaYunus said...

murah nooo regenya puan...best gak klu nk ajak en azri tp apakan daya dia sorg yg bkn rti nak g survey tempat makan hat best
paling koman pi kat bagan lalang je le tu pun 2 tahun sekali....oooo hazabbbb

ietams said...

sila pergi cek puan.
sedap segar dan murah

wantie said...

kalau makanannya sedap. bertol tol tol tol tol pun sanggup redah.

Anonymous said...

nampak sedap tu.. len kali boleh cuba kat sini

aCik Anie said...

murah sgtttttttttt..
boleh terjah ni

ietams said...

wantie, KA, CikANi,
memang termurah yang TERsangat!
sila lah beramai-ramai terjah.
sedap dan murah semestinya

Unknown said...

mcm mahal pon ye jgk kot..kita tk pnh sekali pon makan pahat..tk reti nk mkn seafood2 yg jrg jumpa ni..hehe

... said...

My review pergi last week! Makanan so-so je. Service lembab! Order sejam baru dpt makan. Pastu nak bayar, lembab gak! Bil lak boleh hilang kat kaunter... Pendek kata, tak best langsung!

Anonymous said...

Makanan nye ada yg sedap ada yg kureng..harga mmg bptutan.tp Kalau ditanya brpa bintang nak bagi utk service, bukan kan bintang,tahi bintang pun xde..elok2 kita dtg lapar nak makan tp jd badmood,geramm. cust dduk dkat bjam2 pn xambik2 order lagi.pkerja punyala rmai bila kita panggil wat dek je.nk ckp xprsan sy ni xdela kecik mana??mcm kite ni dtg mintak makanan free.pnh sy mintak sruh bungkus sbb mknn yg sy order xhbis(takkan nk buang mmbazir) tapi dia suh kita pegi bungkus kat kaunter sdri.jadi sjk dr tu sy kurg nk jejak juvita lagi sbb boleh menaikkan kemarahan sy. Ni pglaman sy ttg JUVITA.

Anonymous said...

Btol tu setuju..service nye menaikkan kan kmarahan org yg dtg utk makan.