it is true that the present is coloured by the past. It is also true we can choose the colours of the future..
Wednesday, January 30, 2013
Monday, January 28, 2013
Restoran Juvita, Kanchong Darat, Banting
- kerapu ikan bakar,
- udang butter
- sotong goreng tepung
- pepahat masak pedas
- nasi putih 2
- nagi goreng pattaya
- otak-otak
Sunday, January 27, 2013
diaper babylove murah di carrefoure cuma 3 hari
belek2 kosmo nampak iklan diaper.
babylove diaper murah gila.
semangat le amik gambo
sebab nak ajak en abah ke carrefoure.
bila tunjuk kan gambonya ni..
tak pasal mak datin ni kena syarahan free.
datok sorang ni memang terer bagi syarahan.
bila dah kene syarah cenggitu.
tertunduk pilu la makcik ni..
eh pikir2 betul juga.
nak kejarkan harga diaper kat carrefoure
kat sri petaling letaknya agak jauh dari rumah
yg bebrapa kilometer jaraknya.
20kilo kot? ke lebih lagi..?
(tak masuk lg bila jammed)
pastu bandingkan harganya
yg murah rm3 dari harga yg di jual
dek giant yg cuma 3km dari rumah.
so.. mana lagi murah?
pegi ke carrefoure.. redah jammed..
pastu beli sebungkus aje??
dalam situasi yg nampak saya cerdik
nak ngejarkan diaper murah..
kunun bijak berbelanja la kunun..
ropenye..
terlebih cerdik le iols yang benornya..
kekekeke..
sebab tu perempuan ni dijadikan
pasangan lelaki..kan.
tak semestinya perempuan ni bijak sangat..
dalam bijak2 nye tu singkat juga pemikirannya.
hak3x..
Friday, January 25, 2013
12 RabiulAwal 1434H
Monday, January 21, 2013
Resepi Udang Milo
dah ade idea nak masak ape petang ni hari ni??
jom kita try menu baru yg simple,
mase tengah belek-belek majalah NONA,
saya terjumpa pula satu menu yg mcm senang aje kalau kita nak buat,
meh tengok bahan²nya;
1 mangkuk udang
2 sudu besar serbuk Milo
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap
sedikit lada hitam
lepas dah tengok bahan²nya, meh kite tengok Cara-cara membuatnya;
Panaskan mentega dan minyak
Masukkan udang, garam, kicap dan lada hitam
Tutupkan api, masukkan gula dan serbuk milo.
boleh terus di hidang.
Thursday, January 17, 2013
Bibir Itu..,
Wednesday, January 16, 2013
WW. Frank Zamboni
Tuesday, January 8, 2013
trip to melaka
mase ni kami tengah berenti solat kat masjid air molek..
psstt.. takkan nak jenjalan kelek anak kecik berbaju kurung... huishhh susah..
Thursday, January 3, 2013
khasiat Cuka Kurma, khasiat Cuka Epal
Khasiat Cuka Kurma, Khasiat Cuka Epal
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).
Khasiat Cuka Epal
- Melambatkan proses penuaan dan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid tinggi menyebabkan mengantuk dan malas.
- Mengimbangi kolesterol dalam darah
- Meningkatkan metabolisma badan, memecahkan lemak serta membantu menurunkan berat badan.
- Membantu menghilangkan jerawat kerana fungsi sebagai anti bakteria, mengimbangi pH kulit dan menyerap lebihan minyak.
- Membantu pemasalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut , buang toksid
- Walau bersifat asid, tetapi dapat mengalkalikan badan , sesuai untuk penghidap gastrik
- Mengawal tekanan darah tinggi dan gout
-Membersihkan buah pinggang
- Menghilangkan sakit tekak, batuk, athma dan resdung
- Memberi kesan baik pada rambut kerana mengimbagi pH level dan membunuh bakteria-membantu masalah rambut gugur dan kelemumur
- Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan kepenatan selepas bersenam
- Meningkatkan sistem imun badan
- Mencegah alergik
- Meningkatkan daya ingatan
- Membuang selulit
Jom kita amalkan pemakanan yang sihat dan mengikut cara Islam..,