Penyelidik dari Persatuan Kanser Amerika Syarikat di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi beratus-ratus antioksida semula jadi lain yang ditemui dalam minuman terbabit.
Persatuan itu berkata ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum atau mengambil minuman keras.
Keputusan turut mengesahkan kajian sebelum ini kira-kira dua tahun lalu oleh sekumpulan penyelidik lain yang mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus, lapor American Journal of Epidoemiology.
Pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer, kata Daily Mail.
Bagaimanapun, mengambilnya terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan mereka kerana dibimbangi kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mempunyai bayi yang kecil. – Agensi
#macam-macam pulak kebaikan kan keburukan kopi ni kan.
amik lebih kang terlebih kafein, bahaye juga..
bile tengok info atas ni dah macam bagus pulak amik kopi ni sampai 4 cawan sehari?? oouuwwhh..
adik kompiuss..
berita dari sini.
3 comments:
suke gak kopi..tp tak la sampai 4 kali sehari..cukup la sekali..
tu dia.. sampai 4 cawan sehari. ternak kafein la jawabnya. hahaha..
tak pe kita prevent kanser cara lain lah
tq share even KA x minat kopi lah
Post a Comment