Monday, December 31, 2012

short trip Holiday

berjaya jugak hasrat saya untuk pergi bercuti sekeluarga..
jumaat malam lepas balik kerja saya
balik kampung mak abah saya di bahau.
sabtu pagi kami join rombongan bertunang ke ayer molek, Melaka,.

usai majlis bertunang, keluarga saya, keluarga busu jamil saya dan mak abah adik bungsu saya
pergi ronda-ronda melaka.. Best giler.
nak kene masuk cerita Melaka ni nanti..
sebab banyak gambar.. tak boleh nak buat sekarang.. mcm tak sempat.
ni pun amik kesempatan kejap update blog pasal trip percutian pendek saya..heee..


haziq heboh mintak tidur hotel cuti-cuti..
pegi melaka aritu tu pun berzikir
"hari ni kite tidur hotel yer?? tidur hotel eh..???"
bile kate tak tidur hotel, kita balik rumah kite.."ala.....kenapa..???" jawab si haziq.

sudahnya, lepas saya menyolek ainun bertunang semalam,
en. abah terus booking hotel.
Hotel Equitorial Bangi-Putrajaya destinasi pilihan kami..
hahahahahaha.. best giler!
pi cuti-cuti dekat-dekat rumah aje...

lepas je urusan check in, kami anak beranak terus tukar uniform swimming.


haziq sorang je ade swimmingware..
saya, en. abah & ziyad pakai baju swimming baru beli.
pakat kelam kabut membeli baju renang kat jusco Bkt Tinggi.
perghh! mahal giler..
nasib baik jusco dah ade jual baju renang muslimah..terus saya sambar size XL!!... hahaha..
idak le melekat terus ke body.. bio gedebos-gedebos takpe! 
takde la menyeksi melekat-lekat bila keluar dari kolam kan..


malamnya pulak kami keluar makan.
gigih meng googled nak cari tempat mkn kat Bangi.
name je kami ni duduk area klang valley, kawasan Bangi pun tak berapa arif, 
mana tau ade makanan best ape.
saya ajak en. abah amik dinner buffet je malam tu sebenarnya, en abah ajak keluar makan.
lagi murah katenye. Bahekkk! saya menurut perintah Tuan..!


makanya kami memilih ana ikan bakar petai untuk makan malam.
servis nya cepat dan sedap.
harga??
lagi murah kalau makan kat melaka.. hahahaha.. tapi sedap
gak..




balik dari dinner, kami bergambar serba sedikit kat lobby sementara tunggu bell boy
parking kan kereta..


buffet sarapan paginya kami belum try lagi,
tengah tunggu maharaja dan tengku mahkota bangun bersiap le ni,
jap gi kiteorg pergi belasah sarapan pagi..
lepas ni baru review..

jumpa lagi yer! nak pi mamam jap...








Friday, December 28, 2012

tahun 2012

tahun 2012..
insya allah umur panjang berjumpa kita lagi di tahun 2013,
tinggal beberapa hari je lagi nak ke tahun baru.

so apa pencapaian yang kita dapat di tahun 2012?

saya?
'
'
'
saya dapat lagi anak lelaki di tahun 2012.. yeyyyy!
walaupun agak berdebar-debar menanti kelahirannya... suatu masa yang lalu,
tapi kehadiran ziyad macam lebih melengkapi lagi kuarga kecik saya.. (*___^)V

sejak ada ziyad, abg long dah boleh independent dan boleh di harap
dan yang paling mengkagumkan lagi
en. abah lowered sikit hangin dengan haziq.. kekekeke...
bagus ziyad! kalau abah nak marah-marah abg long, adik ziyad protect abg long tau..
kalau abah marah² ibu tak tentu pasal, jom kita lari bertiga.. muahahaha..ops!

tapi kalau abg long & adik ziyad kena marah dgn ibu, apesal semua nak pelok ibu nihh??
rimas ibu di buatnya..

saya sentiasa doakan agar kami sekuarga sentiasa berbahagia, aman dan damai,
di lapangkan rezki..
di berikan kesihatan yang baik sentiasa,
di berikan sihat tubuh badan





#Dua hero yang bikin gamat seisi rumah!... haihh..!


#ziyad si budak manja tapi ego & pemalu.


#abg long haziq yang tak sudah² perasan macho, tak boleh dekat², pelok², cium², gambar²,
dah besar lah kononnya tu


dan saya doakan diri saya sentiasa di berikan tenaga yang kuat dan tinggikan kesabaran saya
dalam menghadapi cabaran mendidik, menjaga & membesarkan anak-anak saya. Amin.


dan pesanan saya untuk en. abah,
"bang, belanja kiteorang holiday tahun baru ni??
bosan la duduk rumah yang bersepah ni.."
#gigih iols warnakan tulisan merah pesanan ni.. wakakaka...

2012 umur 32,
2013?...,


33 lorr!.
.
.
.
.
.
.
.
selamat berhujung minggu & tahun baru untuk semua...!




.....


















Wednesday, December 26, 2012

cuti krismas

kami bercuti kat puchong..
hahaha,
saya dan en. abah amik cuti senin.
esok dah keje..
kejap je rasa.
mula balik dah rutin jalan jammed sana sini


Sunday, December 23, 2012

menyibuk shopping Raya krismas

hari sabtu kami jenjalan ke KL.
takde motif juga yang benarnye.. eh!ade motif yang benarnya.
mau mencari booster seat utk haziq. dia sekarang dok berebut duduk car seat dengan adiknya.
pening betul emaknya nak bawa mereka berbincang.
malas nak pegi kedai-kedai online shop, sebab fikir kalau pergi mall yang ade membership club,
beli barang boleh dapat point, bila banyak dpt point boleh redeem voucher sok-sok ke nanti kan..
oleh yang demikian, SOGO adalah tempat yang terbaik.

memang terus tuju ke tempat carseat,
tapi sepanjang perjalanan ke ruangan carseat tu, pandang kiri kanan baju-baju kanak-kanak dan bayi 
semedang ade 70% diskaun.
dah booking kaler & model booster yang di kehendaki,
saya ajak en abah dan anak-anak pergi cari baju bebudak.
oh memang heaven!
saiz-saiz semua ngam dapat kat bahgian diskaun-diskaun hebat.
baju-baju dorang yang sedia ada memang banyak yg dah mengecik.
elok sangat le pergi ke SOGO ni kan.
boleh le memborong baju-baju dorang banyak sikit.
\
budak ni hati besar.
semangat nak jalan tu kemain, tapi malu lebih..
jalan sipu-sipu sambil memaut kerusi




ambik gambar kat sebelah
pokok krismes.
amik feel bakar kayu api ..

saya pun dapat gak sambar selai dua baju sendiri.
jadi la... gambar baju tu kene blur sikit, sebab i is malu.. hihihihihi.. (baju murah jerr)

orang tak berapa ramai sangat bershopping. Mungkin faktor hari Sabtu yg tak dpt beg plastik kot.
tapi saya memang suka pergi shopping mall hari sabtu.
tak serabut sangat bila orang tak padat sangat. 

sape pergi Ariani? saya pun ade menyibuk kat dlm Ariani semalam.. hakhakhakhak...
siapa tanak beli tudung Ariani RM10 khen.. harus ai terjah uolzz...
#peminat barang murah le katakannya .....    kannn..
.
.
.
.
.
.
.

selamat berhujung minggu semua.!








Friday, December 21, 2012

Aktiviti apa

selamat berhujung minggu semua!
so apa plan anda cuti hujung minggu ni?
saya plan mau berehat-rehat & meluangkan masa dengan suami dan anak-anak.
arrggghhh!letihnya la hai sekarang ni.
bila kerja banyak, komitmen pun lebih, tumpuan lagi harus lebih.
bila ade cuti 2 hari ni memang betul-betul indah untuk berehat walau rumah dah taraf tongkang pecah. hiks!


sesiapa yang poket tengah tebal bolehla pergi membeli belah..
tapi jangan lupa yer.. berjimat cermat amalan mulia ketika shopping
sekian dari saya, 
.
.
ibu dua anak
.
.
peace!










Tuesday, December 18, 2012

Kopi kurangkan risiko kanser mulut

 
 
London: Mengambil sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko kanser mulut sehingga 50 peratus disebabkan kesan perlindungannya, tanpa mengira sama ada pengguna terbabit adalah seorang perokok atau kaki minuman keras.

Penyelidik dari Persatuan Kanser Amerika Syarikat di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi beratus-ratus antioksida semula jadi lain yang ditemui dalam minuman terbabit.

Persatuan itu berkata ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum atau mengambil minuman keras.


Keputusan turut mengesahkan kajian sebelum ini kira-kira dua tahun lalu oleh sekumpulan penyelidik lain yang mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus, lapor American Journal of Epidoemiology.

Pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer, kata Daily Mail.

Bagaimanapun, mengambilnya terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan mereka kerana dibimbangi kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mempunyai bayi yang kecil. – Agensi



#macam-macam pulak kebaikan kan keburukan kopi ni kan.
amik lebih kang terlebih kafein, bahaye juga..
bile tengok info atas ni dah macam bagus pulak amik kopi ni sampai 4 cawan sehari?? oouuwwhh..
adik kompiuss..



berita dari sini.

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012?





Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
 
 
 
#sejauh mana kebenarannya wallahu 'alam.
apa yg lebih baik kalau benar ia bakal terjadi sekurang-kurangnya kita dah bersedia dan tau, kan..?.
 
 
info adalah di googled. tq!

Monday, December 17, 2012

dekorasi langsir di ruang tamu


hari ni hari isnin di minggu kedua terakhir dalam tahun 2012.
kejap nya hari hari berlalu.
keadaan cuaca pun tak menentu sekarang.
dengan kesihatan saya pun tak menentu dua tiga hari ni. uhuk! *sedih
kita demam dari jumaat malam lepas. seb baik dah ok petang semalam. alhamdulillah.

ujung-ujung tahun ni masing2 ade yang tengah nunggu bonus kan.. best le korangg..
boleh fikir ape yang nak di beli nanti-nanti.
saya?
memang ade bonus. tapi semuanya dah ade yang menanti komitmennya.
utk pujuk hati dari memikir sen tak berapa mewah tahun ni..,

meh join saya cari idea untuk langsir baru meh.,

<>
<>
<>
<>
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
<>
<>
<>
<>
.
.
.
















cantik-cantik kan??
gambar ni semua hasil google an saya.
dekat setiap gambar ade watermark homepagenya, sila pergi ke sana utk lebih lanjut,
ada baaanyakk lagi gambar langsir yg cantik-cantik.

anda dah dapat idea nak tukar langsir gaya dan warna yang macamne?
yey! silalah bertukar langsir sekarang...

kalau tukar lawa² nanti jgn lupa share dgn saya yer! saya pun mau kongsi tengok kecantikan & kejelitaan langsir anda.. jangan di lupa in saya yerr...










 

Friday, December 14, 2012

layan korea

ade yang tengah boikot KPOP eh hari ni??
ni semua gara-gara referee bagi kad kat Fadhli Shas semalam kan..
iols tak boikot la KPOP sebab referee tu bukan org korea selatan pun.
dia memang orang korea.. tapi orang korea utara. takde kene mengena la dgn KPOP kirenye.. ^_____^
tumpang lalu ye cek cek pemboikot kpop.. iols tak boikot, buleh le melayan drama korea,
hakhakhakhak..


malam tadi,
sambil masak bubur ziyad, masak sambal (lauk utk esok),
siap buat laksa, saya bukak drama korea online.. ngehngehngeh..
gigih haku sambil potong bawang tengok cerita.. tengok jam lorr dah pukul 1 pagi.
huii malam jumaat kul 1 pagi iols dating dgn Yoo Choon..,
ape nak buat Mising You ni setiap Rabu Khamis.
cerita baru sangat lagi. walaupun tengok online, tetap gak kene tunggu siarannya.
cerita online ni pun bergantung pada
orang-orang aka manusia yang download utk di sharingkan to semua juga kan...


untuk team harimau malaya yg lawan thailand malam tadi
saya ucapkan tahniah & terima kasih pada usaha penat lelah anda bertarung!
insyaallah ade rezki di masa yang lain pula menang kan..
2 tahun lagi menang kot?? ...heeeee..

.
.
.





















Thursday, December 13, 2012

Kasut dan Malu



#ni kasut saya!
kesian budak kecik ni. dah pandai jalan sana sini (jalan berpaut)
tapi bila keluar rumah pi jenjalan, takde kasut.
sedih bebeno nampaknya.
ziyad ni kan kalau tak lebih pemalunya dah memang buleh dah jalan.
ni 1..2..3.. langkah je terus dia duduk tutup muka malu.. *blush
kelakar la sangat tengok dia berjalan.
tapi bila tang naik turun tangga idak le pulak dia malu.. haisshh..


kasut tu saya beli kat AEON Midvalley
brand Tenderly.
gigih pergi midvalley semata nak cari kasut ziyad aje kannn..
alasan nak berjalan je yg benornye.
en. abah tak tahan saya dan haziq dok berzikir ajak ke midvalley nak cari kasut ziyad.
ahaks!..
-
-
-
yang sebenar-benarnya nak pergi makan-makan kat foodcourt Midvalley aje pon.
tapi dek kerana berzamannya kami tak perg Midvalley ni..i,
hinggakan very the kampung.COM kami dua laki bini mase tu,
sekali sampai, ..."EH MANA FOODCOURTNYAA??!!"..
series gayat kami, Midvalley yg dulu sikit punye happeningnya foodcourtnya tu dah takde dah sekarang ni..
jalan kedepan sampai le ke habisan area tu, mencari-cari dimanakah letaknya si foodcourt midvalley..
rupenye ade je tepi tu dia tulis
Midvalley tgh menambahbaikkan tempat lain utk dijadikan tempat baru foodcourt nya. (dalam BI tulisannya)












Tuesday, December 11, 2012

Melepak....

Selangor cuti hari ni.
Saya dok rumah dengan anak-anak aje..
Plan nak gi jenjalan, lepas basuh porch tadi, flat kepenatan, pffttt...
Melepak aje lerr kite..


Thursday, December 6, 2012

30 Nov – 2 Dec 2012: Maternity & Children Expo



Siapa pergi expo kat MidValley last week?
saya pergi tau..
berasak asak meredah,

to be save kami pergi menaiki viva.
senang nak cilok.
tu yg bagus nya ada keter kecik.
dah le boleh isi minyak RM20, siap tahan guna seminggu.
bila jalan jammed melampau, boleh je impit sana sikit,
impit sini sikit dah lepas jalan sikit. hakhakhakhak..

tujuan utama nak pegi expo ni nak cari reusable ice pack.
biasanye expo-expo ni boleh dpt harge murah.
betul tau! tahun lepas saya dapat beli nursing bra murah.
tengok Mamypoko tu kalau tak silap rege RM30lebih je kot..
sebab size M dah takde kan, takde le kami beriya tengok rege.
nampak la harge di pamer RM30, tapi tak sure utk berapa pcs/pack punya.

saya sekuarga ni sebenarnye alergik kat tempat crowded macam expo-expo ni.
ape taknya yg sulong dan si kecik tu buleh tahan ligat.
letih gak nak handle.
manakan si haziq tak sudah-sudah feeling naruto
si ziyad tak sudah-sudah feeling dah expert berjalan.

nak lagi best saya dan en. abah jenis hangin.
eh tapi en abah lagi over berhangin. *hangintahhapahapa
seb baik saya ni dalam pada amuk-amukan tu
masih lagi boleh sabar light-light.
anak-anak memang semua di bawah kawalan ibunya.

saya betul kagum pada orang-orang yg
gigih datang expo-expo macam ni..
niat di hati mau gak join segala pertandingan yang di anjur masa tu.
tapi bile dah tetibe saya dan en abah buat aksi haku haku hengko hengko...,
toksah banyak cerita... moh kita berhangkut balik.. kekekeke...

ini aje lah yang berjaya di beli,
Autumz Reusable Ice Pack - RM15
murah kan RM15 aje..

gambar di googled. tq!





balik sampai rumah terus rasa menyesal kenapa beli satu aje??!
nak pergi lagi memang tak la kan..
ape da...


 ziyad pun tidur dengan jayanya setelah berhempas pulas mengamuk..

abg long haziq macam biasa berangan jadi
askar menembak penjahat-penjahat.. grrr...

aircond pun dah tak terasa dah convention ctr MidValley masa ni..
betul-betul ramai pengunjung.






Review Mee Tarik Warisan Asli


mula-mula kita jaja gambar dulu..,

mee yg saya bungkus ni adalah Mee Sup Pedas
harga RM7.00.
dalamnya ade sebatang daun park choy dan secubit daging (nampak kan dalam gambar?)
kuahnya ada 3 inci minyak di atas permukaan.

rasanya??
biasa biasa aje.. tak sedap sangat dan tak la tak sedap sangat
pedasnya??
pedas lagi maggie asam laksa.. ahaks!
so kite kategorikannya 'Biasa-biasa' aje.
ikut pendapat saya RM7 ni tak berapa padan.
macam mahal.. kalau letak RM5 ~ RM6 lagi molek kot?
habis makan terus burrrppp...! sendawa rasa maggie? ape cer??..

waktu menunggu order setengah jam.
lepas habis makan lepas sejam dah lapor balik. Acaner??!

eh dah lunch hour!
so hari ni menu ape pulak yer..
jom makan..!


*update alamat (kalau sesiapa yg berminat nak try);
Mee Tarik Warisan
51a, jln tasik utama 3,
medan niaga tasik damai,
...
sg. besi
017 8768960














Wednesday, December 5, 2012

mee tarik warisan asli

saje nak try makan mee tarik yg dok
glemer sekarang. tak tau lg sedap ke tak.

my first pendapat saya is
servis melampau lambat. hahaha...

rasa sedap ke tak sedap ke
nanti karang lepas makan baru info balik


Tuesday, December 4, 2012

Cerita Nuffnang saya



*masih takde mood nak mengarang entry blog. tapi hati tetap rasa nak update blog*

bila dah bosan sangat duduk kat depan pc.
ngadap depan tengok komputer,
ngadap kiri nampak bos *bosan
ngadap kanan *ank dara tgh angau nak kahwin pun rasa jammed.

series rasa migrain dok kat opis ni.. hahahaha..
dalam kepala dok ingat bantal tilam kat rumah
fikiran dok membayangkan sedapnya baring-baring golek-golek kat tilam.

sudahnya pegi sign in nuffnang kejap.
bile tengok CPUV sendiri rasa seronok juga..
blog sendu-sendu pun ada juga dpt seposen dua posen.
syukur, rezki..





p/s:bila la dapat tengok ratus ratus metered kat page kite ni eh..
ermmmm...! susah gak jadi orang tak popular ni khennn..,








Monday, December 3, 2012

Monday Blues



tak tau nak cerita ape..
padahal banyak bende nak story mori..
cumenye mood tak mari.


gambar kami 3 beranak,



kalau jumpa kekawan ke jiran tetangga ke,
mesti orang rajin tanya haziq dengki tak adiknya?
syukur jawap saya haziq tak pernah dengki adiknya.
tapiii...!! adiknya yang suka dengki abang longnya, percayalah!!

soklan terbaru yg sentiasa terdengar di telinga saya sekarang ni pula,
"eh dah kurus la awak sekarang ni.."

mana tak kurusnya.. ,
saya kena jaga 3 hero-hero kesayangan.
makan? minum? mandi? tidur? berak? pakai baju? melompat-lompat?
ape je yang tak di jaganya kan..

saya pening gila la hari ni..
dah macam mabuk-mabuk nak muntah je dah,
mesti sebab tak cukup tidur ni.. haiihhh..










Saturday, December 1, 2012

kerusi pertama Palestin di PBB


Syukur!


buat julung kalinya kerusi yg mempunyai nama Palestin 
di bawa masuk ke PBB.

sumber diambil dari FB Aman Palestin Mesir. tq.

p/s: walaupun Palestin dah di masukkan dlm PBB ni, saya tetap harapkan
mudah-mudahanPalestin terus berada dalam keadaan berwaspada sentiasa,
bukan boleh caya sangat Israel & amerika ni..
takut dalam senyap dia susun strategi lain pulak.
takut nanti tetiba ade lagi serangan