Sunday, October 21, 2012

REd Warriors tunjuk taring

...berbaloi kelantan umum cuti peristiwa 21 Okt 12 kan dengan kemenangan
Kelantan mengalahkan ATM semalam..


Shah Alam: Ledakan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-95
masa tambahan memastikan kejuaraan trebel buat Kelantan musim ini
selepas menewaskan Tentera 3-2 pada aksi final Piala Malaysia
penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Ia menggamatkan lebih 70,000 penyokong setia The Red Warriors
yang membentuk 'Gelombang Merah' untuk meraikan musim paling
cemerlang Kelantan yang turut menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Kejayaan itu sekaligus meranapkan impian Tentera menjulang
Piala Malaysia buat kali pertama.
Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke-43 selepas percubaan leret
Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan gagal diselamatkan
 penjaga gol Tentera, Farizal Harun meskipun ia kelihatan tidak begitu berbahaya.

Dua minit selepas babak kedua bersambung, jurulatih Kelantan,
Bojan Hodak terpaksa melakukan pertukaran awal memasukkan
Rizal Fahmi Rosid menggantikan S Subramaniam yang cedera.

baca lebih lanjut di Bharian.com.my

1 comment:

wantie said...

fuyoo....

entry bang sang pengulas sukan. cayaklah...

kami suami isteri layan je. sebab kelantan pun sokong ATM pun sokong. sape yang jaring goal. jerit jerit . tak de pilih bulu..