Thursday, October 18, 2012

Kuswadinata kritikal, tiada harapan hidup

Kuala Lumpur - Pelakon veteran Kuswadinata, 74,
berada dalam keadaam tenat di Hospital Ampang di sini akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kalenjar sejak beberapa tajun lalu.

Menurut  anak bongsunya Rizal, keaadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

"sejak di masukkan ke wad (Hospital AMpang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan.

"Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.

"Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunanikan segala kehendaknya. Saya sekalurga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.

marilah kita doakan yang terbaik untuk Kuswadinata...

*kredit pada myNewsHub. Tq.

2 comments:

wantie said...

oh abang kus..
minat dengan dia ni. hensem plak tu masa memuda dulu.

semoga Allah kuatkan semangatnya dan cepat sembuh.

MayaYunus said...

semoga pak kus diberi kesihatan yg baik, insya allah