PUTRAJAYA 30 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
Pahang bakal menjadi negeri sumber
pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia
berikutan penemuan pertambahan rizab minyak
di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.
Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak
kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung
Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas
salah satu usaha sama minyak dan gas atau
Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri
daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin
Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.
Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut,
medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah
isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah
menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121031/dn_01/Pahang-pengeluar-minyak-gas#ixzz2ArcfFGlC
© Utusan Melayu (M) Bhd
tambah lagi satu kawasan kat malaysia ni yang ada minyak.
kalau harga minyak naik melampau lagi lepas ni
macam tak berapa munasabah.
rasa macam tak best aje tiap kali bayar duit untuk isi minyak...
minyak mahal kan.. pening pikir duit manjang habis cepat.
dah le trafik manjang aje sesak tak kira waktu..
wahai pihak berwajib, sila la fikirkan masalah kenaikan segala-galanya ini.
oh jangan di lupa kan sekali,
sila fikirkan sekali masalah kesesakan lalu lintas.
jangan asyik nak fikirkan masalah nak speed trap.. nak saman sane sini.. nak cukai itu ini ..
susah hidup rakyat tuan hamba tau yang benarnya..