info yang saya dapat hasil googled dari sini
TAHUKAH anda, badan manusia memerlukan bakteria yang sihat untuk kesihatan saluran pencernaan. Ramai yang maklum dengan fakta ini dan kerana itu, ramai yang mengamalkan makan atau minum minuman yogurt yang diperbuat daripada bakteria baik yang baik untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.
Yogurt dapat membantu memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.
Yogurt berkuasa untuk meningkatkan protein dan kalsium untuk tumbesaran tulang manusia. Ia juga membantu mencegah osteoporosis. Pemakanan yang mencukupi membantu mencegah dan merawat penyakit ini, dengan membekalkan kalsium dan vitamin D, yang amat penting untuk kesihatan tulang.
Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.
meh la minum yogurt.. bagus utk perut anda..
takyah risau pinggang lari lepas beranak.. menten pinggang 27 yuu
wakakaka stetmen up diri sendiri tak menahan! bagus kene pelempang..
saya tengah tension ni.. boring ade..
yang paling tak tahan,, saya rinduu kat mak dan abah saya...
tiap kali nak berbuka, saya nangis..
betul-betul punya rindu nak balik berbuka bersama mak dan abah saya. UWAAAA!!!..
saper nak sponsor saya balik kampung??
meh derma duit kat saya sikit..
saya tengah miskin ni..
ingat orang lain je boleh takde duit??
--entry sangap saya--
5 comments:
yoget shedappppp dimkn begitu saja,,,
ko windu makabah ko ke? sama ler.... nak balik tp......aku pun sama misekin weiiiiiii... uwaaaaaaaa
uwaaa!! jom nangis sama-sama puan...
yogurt mmg terbaik specially for women !..
kesian kat kwn2 aku..sabar yer puan2...
pernah baca kat mana ntah, mengikut cara pemakanan islam, tenusu tak sesuai di campur dengan buah buahan.
Jika guna susu kelapa sawit tu tak per. sebab dari sumber yg sama. kalau sumber tenusu kalau boleh elakkan dari bercampur dengan buah dan daging.
sebab tu la saya tak amalkan yougurt ni.
Post a Comment