ini gambar jelita lah sangat saya. >^__^<
yakni tuan punye belog
eh! eh! gambar jelita tuan belog lagi..
pernah dengar tak peraduan Gerbang Cinta Utusan Malaysia?
saya pun first time tau pasal peraduan ni tau.. peraduan ni kan boleh menang sponsor utk kahwin.
Sasaran mereka sudah tentunya ganjaran lumayan yang keseluruhannya bernilai lebih RM300,000 termasuk sebuah kereta, pakej perkahwinan lengkap, barang kemas, barang elektrik, set sofa, rawatan spa dan pakej bulan madu. Hah! saper taknak weh.. kite nak kahwin grand-grand tak payah pening pikir pasal duit.
duit mas kahwin & hantaran je la nak kena pikir. tapi itu pengantin lelaki punya masalah.
hahahaha.. untung kan jadi pompuan ?? heaven ...
okey, di pendekkan cerita, 14haribulan Julai yang lalu,
saya dapat invitation kenduri kahwin dari bapa sedara saya.
anak daranya punye majlis kahwin.
lokasi persandingan dekat kampung Pengantin KL.
tu yang macam pelik, rumah pak sedara saya ni kat senawang, pehal pulak majlis sanding kat KL.
rupa-rupanya, wani (anak pak sedara belah abah yakni sepupu saya)
menang tempat kelima peraduan gerbang cinta musim ke-3 ni..
so, majlis kahwinnya ni full sponsored.
RM50,000 ngko jumlah sponsornya! mana nak dapat ??
dapat lagi sekuter sebiji.. dapat lagi voucher rawatan spa, lagi dapat pakej bulan madu..
memang terbaik la masuk peraduan ni.
saya dan along dah siap cakap dgn adik bongsu saya. sok kalau dah ade calon, masuk peraduan ni.
dapat lagi sekuter sebiji.. dapat lagi voucher rawatan spa, lagi dapat pakej bulan madu..
memang terbaik la masuk peraduan ni.
saya dan along dah siap cakap dgn adik bongsu saya. sok kalau dah ade calon, masuk peraduan ni.
sepatutnya wani tu tahun depan dijangka lansungnya akad & sanding.
tapi dek kerana dah menang RM50k sponsor majlis, takyah ler nak tempoh-tempoh kan.
tahun ni la nikahnya..ni yg orang kate, baru je habis belajo terus nikah. hahaha.. untung ko wani!
makanya mak, abah, adik, along sefamili dan saya sefamili beramai-ramai
menuju ke setapak.
sampai-sampai, pengantin tengah bersantap.
kami pun terus menyantap (eh ade ke vocab menyantap dlm kamus dewan?.. bantai le labu..)
tapi kan lauk pauk katering ni sedap giler!
setimbun nasik dan lauk pauk penuh pinggan saya.
famili saya semua bahan kan saya tau mase tu.
pinggan saya punye isi boleh buat makan untuk dua orang. *sila pejam mata dan bayangkan*
yer saya memang naga sekarang, harap maklum.
eh punye ler panjang mukadimahnya... hihihi (sengaja)
mari kite layan gambar yg super banyak ni.,
ni adik bungsu saya dan ziyad saya yg dah melasak.
adik saya single and available.
berminat? hah meh isik borang
ziyad mata kuyu melampau kan mase ni.. sebab dia baru je sehari elok demam.
susut kan badannya. siyan manje ibu.
ni gambar kami.
dan pengantin itulah pemenang tempat kelima peraduan gerbang cinta utusan malaysia musim ke-3.
nama mereka Amir & Norsyazwani.
along saya pun excited nak bergambar. tapi sebab dia pemalu mase tu... makanya anak-anak daranya sahaje mewakilkan along dan kak long saya.
eh! eh! en. abah tu buat ape tu? malu sangat ke duduk sebelah perantin...
inilah sepupu saya. wani.. si pengantin pempuan. dah besar dah kamu yer..
dulu akak tengok ko kanak-kanak ribena aje..
eh! haziq ade sekali la..
nampak hensem pulak anak bujang sulung saya ni.. ewah!
puji anak sendiri nampak?? saper lagi nak puji kalau tak emaknya kann..
tudung biru tu anak buah saya.. nana. baru darjah 5 yer..jangan gatal2 nak isi borang. hahahaha..
yg comel pakai tudung pepel tu adik nana, athirah.
dan baju biru paling depan, haziq anak saya yg sulong..
ok wani, kak siti ucapkan... huk huk *batuk*
bukan ape.. memang dorang adik beradik panggil saya kak siti.
Kata dorang saya ni muka macam siti nurhaliza. Takpe la korang..
ai suka je korang cakap macam tu selalu kat akak.
Doa tu weh! banyak kali cakap macam tu betul-betul muka siti dapat kat akak..
hakhakhakhakhakhak *gelak setan*
eh sambung lik ucap... akak ucapkan selamat pengantin baru yer..
dewan ni kan letak nya kat tingkat paling atas tau.
jangan risau yer.. ade escalator. Toksah susah nak panjat tangga.
di luar dewan ade tempat untuk lepak-lepak.
makanya mari ler kite bergambar
gambar atas: dari kiri abah saya. abah ni memang tak boleh duduk diam tau. cepat aje nak bangun.
sebelah abah saya haziq.. sepesen tok ki.. cepat aje nak bangun bile org snap gambo.
sebelah haziq thirah(tudung pepel) dan nana(tudung biru)
gambar bawah: dari kiri thirah, kak long saya (wife along saya dan mak bebudak dua orang tudung pepel & biru) dan hujung paling kanan adalah bonda tercinta saya.
beliau le ratu yang saya pos kan hadiah besday seprais hari tu..
yer! inilah sebahagian cucu-cucu atok ki.
kakak sulong bebudak ni ade kat asrama.
tinggal anak-anak angah saya lagi ade kat ganu.
cucu mak abah saya ade 9 orang.
6 pempuan, 3 lelaki.
bila pula saya nak dapat pempuan pulak ni kan.
dah de dua hero ni.. series tak terkejar saya..
pak-pak sedara saya jumpa kat kenduri ni dah perli-perli aje saya dan en abah
dulu masa haziq sorang, "eh Baru sorang?? lain mane??"
sekarang dah dua, "laaa... baru dua?? mana lagi..??"
perit woh telinga.
ayat selamat kite orang.,.. belum mampu lagi nak ramai.... hihihihi..
3 comments:
WAH.. GRAND GILLERRRRRRRRRRRRRR
KALAU MCM NI LE, kami ckp untung berkandaq
amboi mmg best kalu kawin sponsor, KA dulu2 semua sponsor diri sendiri hehehe
Post a Comment