Thursday, June 7, 2012

teh halba ??

 
tengok gigih tak gigih makcik ni nak membooster kan diri..
siap bawak halba ke opis, buat minuman harian tiap masa.
awal-awal dulu tekak macam menolak-nolak je minum air rendaman halba ni.
tapi dek kerana dah hari-hari minum, dah jadi tepu dah tekak dgn rasa air halba ni.

meh kita tengok serba sedikit khasiat & kandungan halba ni;

Biji: Dekoksi atau infusi biji digunakan sebagai afrodisiak, diuretik, laksatif, pembuka selera, dan toknik; untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merawat  batuk, bengkak hati atau limpa, bengkak kaki atau tangan kerana kesejukkan, bronkitis, busung, demam panas, diabetes, hernia, impoten, konstipasi, masalah ginjal atau punding kencing, masalah kolesterol, putus haid, radang sendi, radang urat, sakit dada, sakit dalam perut, sakit otot, dan telinga berdesing, dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk; dibuat ubat pupuk pada lecuran, randang sendi, sakit perut, dan ulser. Biji direbus dan ditumbuk halus dan ditampal pada bengkak, bisul, hernia, lebam, dan luka. Biji rebus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.

Kandungan: Biji – 7.8% air, 46.5% karbohidrat, 28% protein, 6% lemak, 8% fiber, 0.5-2% diosgenin, colin, lesitin, minyak esen, musilaj, nukleoal bumin, oleoresin, protein, sotolon, trigonelin, triptofan, vatamin B1, B2, B3. Minyak halba mengandungi 30 sebatian (antaranya anilin, asid dodekanoik, asid heptanoik, dihidroaktinidiolid, dihidrobenzofuran, difenilamin, elemen, eugenol, heptanal, 2-heptanon, heksadekan, 1-heksadeken, 1-heksanol, heksilfuran, kalamenen, kalaren, kamfor, pentadekan, tetradekan, dan timol).

info adalah di googled. ^__^
 # tulisan yang dibesarkan tu lah yg menjadikan semangat saya membara-bara nak minumnya tu..

5 comments:

wantie said...

tak pe dik. usaha tu tanda kejayaan. Kalau kita berusaha Allah pasti membantu.

Cyda Acme said...

adehhh .... akak pernah gak minum dulu, teh halba. huhhhh sungguh takleh tahan rasanya huhuuh

Unknown said...

air jgn lupa minum skrgnya 3 liter sehari..hihihi..

Izzatul Azma said...

Hehe kita orang pempuan biasalah kak, teruk pahit mcm mna sekalipun kalau khasiat dia tu besar mesti boleh telan punya :)

ietams said...

insyaallah kak wanti..

kite dah tak rasa dah cemane rase tak sedapnye tu kak dot..dah lali kot..

setiap hari lebih dari 3ltr dah minumnya fiza.. haus semedang.. =)

itulah uniknya pempuan kan za..