antara haziq dan ziyad..
sama sama cepat development masa baby..
haziq dulu skip merangkak, pandai meniarap umur 4 bulan,
dari menarik terus duduk, dan berdiri di usia 5 bulan..
start langkah pertama berjalan 9 bulan. umur setahun dah pecut berlari..
tengok si ziyad ni lak advance lebih dari abgnya..
umur 2 bulan dah meniarap..
sekarang dah 3 bulan 4 hari dah setapak dua menarik..
nak kena kepong dgn bantal besar sekeliling,
takut terlepas pandang kang tak pasal duduk bawah meja.
mulut dah macam ape sekarang.. dah macam gatal gusi.. air liur menjejes jejes.
satu tangan masuk mulut habis lencun di hisap, tak cukup satu, dua tangan terus di hongges selalunya.
dah nak tumbuh gigi pulak ke.. huhuhu,
sesekali dia panggil "abb baaaah"
kusss semangat tekojut kami! pikir banyak kali betul ke idak ke perasaan aje??
tapi bukan saya je yg dengar, abahnya, haziq pun dengar gak dia cakap abah..bravo la ziyad!
bila tengok orang makan, dia pun bz mengunyah air liur..siyannya budak ni.. terliur tengok orang makan eh..
abg longnya segala bende semuanya nak di buat bersama sama adiknya..
memang two ways communication betul dorang dua beradik nyembang.
walau adiknya ckp dalam bahasa dia.
ahad lepas ziyad cucuk 3 bulan.. well done sangat bertuah ni tak nangis pun.
tapi malamnya agak dedar badannya.. 2nd dos DTAP ni berat sikit kot,
tu yg ziyad terasa sengal sengal badan gaknya.
berat ziyad naik ratus gram sket. masa 2 bulan hari tu 5kg kan, 3 bulan 5.4kg.. okey sangat le tu.
ibu suke ziyad nya berat naik gitu je.. ta yahlah berat besar sangat..
takuiitt ibu kalau ade anak kembong semacam. hihihihi...
advance sangat ni kan sebenarnya buat kami laki bini risau juga ..
sebab dah rasa masa haziq dulu.. cepat berjalan, risiko jatuh tu byk sangat
dek kerana haziq cepat berjalan & jadikan dia aktif,
tu yg rongak kekal 4 batang gigi depannya,
jatuh dalam bilik air kat rumah bbsitternya masa dia nak umur 2 tahun dulu,
syukur tak ape2..
jatuh katil pun tah berapa kali si haziq ni.. lebih 3 kali ade kot..
hai budak lelaki budak lelaki..