Berita buruk bagi lelaki ‘mata keranjang’ yang suka menonton acara bola tampar pantai apabila para peserta wanita acara tersebut tidak dibenarkan memakai bikini pada kejohananan Olimpik London 2012 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sebelum ini, ramai lelaki yang ‘terbeliak’ biji mata menonton aksi-aksi peserta wanita bola tampar pantai yang begitu seksi mengenakan coli dan seluar renang yang nipis!
Menurut peraturan baru Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa, para peserta wanita bagi kategori tersebut diharamkan sama sekali untuk memakai bikini ketika bertanding bagi acara tersebut.
Bagaimanapun, badan tersebut menetapkan bahawa para peserta wanita boleh memakai seluar pendek yang berukuran 1.18 inci dari paras lutut dan mengenakan baju berlengan atau tidak berlengan.
“Seluar pendek yang maksimum ukuran 1.18 inci dari paras lutut, baju berlengan atau tidak berlengan,” kata badan sukan antarabangsa itu baru-baru ini.
Bagaimanapun, badan yang diiktiraf dunia bagi tanggungjawab menetapkan peraturan acara sukan itu enggan menjelaskan negara-negara yang melobi agar syarat baru itu dikenakan pada sukan Olimpik London itu.
Para peserta wanita bola tampar pantai dibenarkan memakai bikini di kejohanan Olimpik sejak mula ia diperkenalkan di kejohanan Olimpik Atlanta pada tahun 1996. – Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment