saya ni kan selalu blurr.
bukan lah makna sentiasanya blur.
ade masa-masa memang totally blur,yg lansung tak boleh nak fikir.
teruatamanya masa tu keadaan saya yang haram tak bersedia.
keadaan saya blur gile-gile punye blur
adalah di kala bersama anak-anak, ehem! *cough
sekarang sudah ada 2 org anak, harus ler sebut anak kuasa dua.. ;') hakhakhakhak..
anak saya si haziq tu kanak-kanak riang yg aktif.
tak makan gula-gula mase tu pun boleh aktif lagi,
kalau makan gula, lagi pengsan nak kontrol.
haziq tu aktif, pastu satu hal lagi ade je bende dia fikir nak buat.
memang tak reti duduk diam, saya memang tak boleh tinggalkan dia sensorang.
kalau dekat Mall tu dah berapa kali dah dia hilang. alhamdulillah dapat jumpa lagi.
contohnya macam semalam., mase jemput haziq dari sekolah..
mcm malu pulak nak cerita, sebab teacher2 skull haziq ade baca gak blog ni..
hihihi... tu yg silu pulak rasenye.
k, sambung balik citer,
principalnya jumpa saya nak discuss kan pasal payment.
sebab kan haziq ikut ibunya cuti pantang 2bulan aritu, hihihihi..
jadinya en abah ade la tanyekan kat teacher tu boleh tak bagi pengurangan sikit daycare fees tu.
masa tu ziyad ade dalam kereta, haziq pun dah masuk dalam kereta.
berenti sat je kat tepi pagar, dah macam sembang ahli mesyuarat tingkap pulak dah saya dan teacher afni.
sambil dengar teacher tu explain sambil mata saya kejap-kejap pandang anak-anak dlm kereta.
sekali jeling nampak haziq cium adiknya. okey tak bahyer..dia cium elok.
sekali jeling dia berdiri dekat sunroof nak babai kekawan, okey jugak.
sekali jeling lagi nampak dia duduk kat seat co pilot, pun okey jugak
jadinya minta lagi teacher tu explain..tengah-tengah teacher tu explain,
try jeling sekali, Hah ko dia picit-picit adjuster side mirror! kuss semangat..
dah elok dia duduk bahekk je kat seat driver sambil tekan sana sini dan pegang steering.
makanya keadaan saya yang ooh haa haa ye ke tu dek explanation si teacher
totally masuk kiri kuar kanan.. tak tau ape bendenye dah..
untuk elak dari misunderstanding, saya suruh en abah yg pergi jumpa
tanye dan paham betul-betul kan semula bende-bende tu.
jaga haziq seorang ni kan dah macam jaga anak sepuluh.
famili saya pun poning dgn ragam si haziq. sebulan lebih dok kampung aritu,
kejap-kejap terjerit atok-atoknya dengan haziq. macam-macam betul bende dia nak buat.
dengan aktifnya, imaginasinya, pot pet mulutnya, pastu idea kreatifnya lagi..
orang lain semua dah zasss tido, dia menten segar boleh lari marathon sensorang diri.
Ya Allah, kuatkan la ketabahan hati dan kekuatan tenaga ku ini utk ku guna mendidik dan menjaga anak-anak ku ini, Amin.
2 comments:
salam.moning dear,hehe blur ngan anak2 erk..kusss mmg kena bersabar,double triple sabar,yg penting bila anak2 hyper cam terlebih karbo especiallay pas makan coklat n candy hehe..kita kena kontrol supaya tak stress juga..ni yg mak saya slalu remind kat saya,kalau tak,anak stress kita pun stress..serabut rumah.
saya bersyukur sebab Amirul bukanlah jenis yang terlebih gula tu. Saya nak kongsi dengan awak di sni. memang org ckp anak lelaki memang aktif compare ngan pompuan.
Saya amalkan, setiap hari baca alam nashroh "baca hingga habis hembus di telinga kanan. pas tu baca lagi hembus di telinga kiri. Bila dia tidur. gosok ubun ubun & baca Ar rahman.. I 'allah dengan niat yg tulus Allah akan membantu.
Post a Comment