Monday, February 27, 2012

Resepi Kuih Lapis



bahan-bahan;

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
santan secukup rasa.. (kalau ikut saya punya resipi, santan dari sebiji kelapa)

cara-cara buatnya;
- bahan-bahan semuanya dibancuh dengan santan hingga likat & cantik
- bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian untuk buat lapisan pelbagai warna ikut suka
- boleh la di kukus selapis demi selapis
- dah siap semuanya, di sejuk dan di potong ke dalam piring
- sedia untuk di makan.. hahaha...

resepi yang di tepek utk panduan diri sendiri.
empunya diri ni pelupa sikit.. nak buat kodok pun kenkadang macam lupa ingatan.
tu yg bile tetiba teringat, terus tepek je resepi kat blog.. senang sok-sok nak refer..

betapa untungnya diaorang...

beruntungnya la hai ibu-ibu yang dalam pantang boleh pulun buat stok susu beku ber pek-pek.
saya belum berpeluang lagi..
macamne nak buat stok eh,
saya ni tak berenti anak nyusu.. hingga kan kosong.. siang malam pagi petang.
bila stress tengok stok susu orang yang banyak giile, rasa macam tertanya-tanya pulak
ape dorang ni anaknya tak menyusu ke ape? boleh pula buat stok susu banyak dalam pantang.
anak-anak saya ni tak berenti menyusu, cemane eh nak buat stok banyak-banyak.
haziq dulu dalam pantang, memang stress terlampau saya, siang malam menyusu.. sengah jam sekali.
sehari 2 jam je total saya tido.. bukan direct 2jam tidonye tau..
tu dah tambah-tambah masa punya kiraan sehari semalam. Betul dugaannya!

masa ziyad ni pula, adalah waktu rehatnya sikit. Tu pun terpaksa tambah alternatif.
Kalau idak, maunya kepeningan berdouble segala dari zaman haziq dulu.

sekali session di hari siang non stop menyusu
bermula dari side kanan hingga kosong,
pastu sambung lagi sebelah kiri pula hingga kosong.
masih lagi tak cukup, top up dgn formula 2oz pula.
barulah anakanda ku ziyad kenyang & puas.

jadual menyusu ziyad pula ade dua sesi, sesi siang lain, sesi malam lain.
sesi di siang hari kerap,  konsisten satu jam sekali..
sesi siang agak menyedihkan diri saya sendiri sebab tak 100% BF
(Breastfeeding kiri kanan sampai kosong dan top up susu formula 2oz setiap session.)

sesi di malam hari pula konsisten 2 jam sekali, tapi yang ni seronok sikit sebab 100% Breastfeeding.
malam hari kan production susu agak mengkagumkan.
alhamdulillah ziyad kenyang & puas.



ni muka kenyang budak montel ibu ni, kalau dah kenyang memang senang ibunya..
jangan tak kenyang & puas nyusu, confirm mengamuk yang tak boleh tahan punya.
boleh gegar satu rumah bila dia terjerit... muahahaha..

sambil-sambil tu nak update perkembangan berat badan arsyad ziyad juga la kat sini;
lahir       - 3.7kg
10 hari   - 4kg
20 hari   - 4.5kg

Sunday, February 26, 2012

1 hari yang berjaya

hari ni hari cemerlang saya..
rezeki ziyad murah harini..
boleh 100% bf tanpa top-up formula..
suke! suke! suke! macam dapat henpon baru je sukenye.

ziyad susu je.. burp kenyang tidur.
itu lah tanda kecemerlangan seorang ibu yg lemah seperti saya. Alhamdulillah.

mujur en. abah pun sama-sama memikirkan apekah bende yg membolehkan
susu ibu banyak bagi menampungi demand ziyad..
en. abah belikan longan kering..
pagi tadi tanpa lengah atok wan rebuskan, dan saya pun minum berulang kali air longan.
cemane le buleh lupe.. almaklumler kan, beranak sulong dulu adalah di lima tahun yg lepas.
sekarang ni dah mcm beranak sulong juga ler.. segala mende mcm dah tak ingat...kekeke..

Syukur.. rezeki ziyad..
bila ziyad menangis nak nyusu, rezki nya turut ikut sama menangis..  hihihi
(hanya org yg bf aje paham istilah menangis-nangis ni )

*saya yg cukup terharu dan over happy hari ni...YEYYY!!!*

Friday, February 24, 2012

11 April Hari Kelepasan Am Tambahan

KUALA LUMPUR – Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. – BERNAMA

sumber datangnya dari sini

Wednesday, February 22, 2012

mase dekat bergaduh aje.. merindu tak sudah bila berjauhan

rutin kami tiap malam sekarang ni adalah ber skype dgn en. abah.
almaklumlah kan kami sekarang dah jadi weekend family.
kami berkumpul berempat setiap hari cuti sabtu ahad aje.
nak tinggalkan haziq dgn en. abah kat sane, saper pulak yang nak tengok-tengok kan haziq.
waktu kerja en. abah tak tentu masa.
nak tanak terpaksa haziq pun join cuti pantang dengan saya sebulan.

biasanya haziq yang lebih menyembang dengan abahnya.
macam-macam dia bualkan. Ibunya tak larat lelama nyembang.. kejap je dah surrender.

tetiba siang ni haziq merengek nak ber skype dgn abahnya.
eh mana boleh siang hari en abah ber video skyping, beliau tu jenis yg tekun dgn kerjanya..
tak kan di layannye kalau kita ni nyibuk-nyibuk nak sembang kosong..
silap hari bulan,
baru je kita cakap hello, dah di jawapnya en abah.."MEETING. MEETING..." Klik (terus hang up)

jenuh juga ibunya memujuk..
dgn sebal je haziq merawat hatinya dengar lagu ring tone ibu berulang kali sampai tertidur..
alahai abang long.. comeynye la hai..


ni ha jadinya bila rindu-rinduan seminggu tak jumpa..
melekat aje berdua.. tak pandang kiri kanan dah.

cuba kalau hari-hari ade bersama, ade aje yg dorang gaduhkan.. pening kepala ibu jadi org tengah.
tu yg payah kalau muka sejibik tu.. cepat aje hanginnya.
sat lagi tambah si ziyad..
kan dorang takde yang lain.. sepesen je cetaknya..
muka same ni tak boleh salah sikit, ade je yg tak kenenya.
org tengah ni juga lah yang jadi pendamainya nanti.

Monday, February 20, 2012

jemput ya buk-bukkk sekalian..

hari ni dah hari ke 15 saya berpantang,
syukur alhamdulillah beransur sihat dan beransur tahan mata dari tidur..
syukur juga ziyad dah okey jaundicenya.
makanya bermulalah episod omak eh ber jamu kan dan mengakar kayu kan diri sendiri.

sepeket dituang ke dalam cawan,


lalu di campurkan dengan air yang suam
bagi sesedap rasa di tekak.
supaya setelah habis ditelan terasa kesan kepanasan pemeluwapan berlaku dibadan..
uh! nyaman sekali..


siap di minum..
waduhh enak sekali jamunya..


Produk Jamu selapan Air Mancur ni telah digunakan oleh keluarga saya dari turun temurun.
dari zaman atok saya dulu pun atok saya guna jamu ni,
pastu sampai ke mak saya.. hinggalah bawa ke saya..
nak di turunkan kat anak pempuan saya sok,
hero je anak-anak saya..mana datangnya anak pempuannya kan..
tengok la kot kot nak pulak menantu saya nak ikut jejak langkah saya ke kan.
boleh je ai rekemenkan produk ni.
yang paling penting saya memang pilih yang jenis serbuk.
pada saya, makan jamu jenis biji ni macam tak berapa terkesan kat saya.
sedap lagi makan jamu yang jenis serbuk.. sedap & bagus sekali!

Friday, February 17, 2012

pengalaman induce

sambil-sambil layan FB,
sambil-sambil men google,
sambil-sambil juga update blog.

tetiba macam terkenangkan nasib sendiri.. hiks.. sedih je bunyik nye kan.
bersalin secara induce memang ada kelainan dari bersalin secara normal.

ape yg buat saya rasa betul-betul rasa macam tak best nya bersalin dgn induce ni
tak lain tak bukan perbezaan kuantiti air susu.
huwaaaa!! rasa nak menangis tau.
kurang la susunya banding bersalinkan haziq dulu.. kesian Ziyad..
nak makan bende-bende milk booster supplement macam tak berapa berani
nak makan masa dalam pantang ni..
ye la.. saya ni kalau pantang bersalin ala-ala pantang orang kampung.
takut sikit nak makan itu ini.
badan nak pakai lama kan.. kena la lebih jaga sikit.

dah minta en. abah belikan oat, susu pas tu suruh dia carikan juga habatus sauda yg biji tu
mane tau ade lak jual kat tepi masjid mase solat jumaat tu kan.
harap-arapnya beliau idak le lupe senarai yg saya dah bagi kat dia suh bawak esok.
eh bukan saya aje tau yg order itu ini kat en. abah,
haziq tu pun dah siap remind nak suh abahnye belikan dia itu ini bagai..
dgn nak beli cekelatnya la.. fresh milknya lah.. honey starnye lahh.

harap-harap en. abah cargas sikit balik esok.
beliau ni kang ade je bende yg buat dia lambat.. tah hape yg di buatnye pun idak le saya tau.

dan saya akhiri gambar budak tembam ni..,




suka betul saya gomol pipi ziyad ni..
haziq tu pun suka benor menggomol ziyad. Sampai melalak si adik abang long nya buat.. muahaha...

Kiri dan Kanan ku

en abah yang ada kat rumah nun jauh di sana..
tatap ler muka anak-anak abang ni.
ni lah dia gaya dorang tiap malam.

kiri ibu si abang long..,



di kanan ibu si montel Ziyad..
tengok chin dia tu ha bang, dah berdouble dah pun..
nyenyak dia tidur dari lepas maghrib hingga ke pukul 12 malam.

tunggu nak tukar shift kejap lagi la tu..
start pukul 2pagi kang kami berdua overtime sampai siang.




nampak gayanya lagi sekali la ibu takyah sibuk2 nak beli stok eye liner dah lepas ni.
eye liner semulajadi bakal menjelma dengan sendirinya nanti.

Wednesday, February 15, 2012

Gigih

walaupun saya dah pernah ade breastpump avent.
saya tetap beli satu lagi pump avent yg baru..
gara-gara en abah yg tak jumpa-jumpa mencari mane letak duduknya pam saya..

tak kisah la berabis duit sikit membeli pam susu tak sudah,
asalkan misi saya utk breastfeeding sukses.. macam haziq dulu...
tu spectra 3 saya dok elok tersimpan kat tepi.
tunggulah esok-esok bila dah tak luka & sakit baru try guna lagi pam letrik.


Ziyad dah 10 hari umurnya..
dah beralih akal la kot..
dulu kalau dah susu, boleh nyenyak tidur lama, ibunya pun boleh rehat lama.
kali ni dah tak kasik chance ibu rehat dah.. sepesen haziq juga nampaknya.
konsisten setengah jam sekali nyusu..
kalau ibunya nak pergi mandi ke minum ke makan ke toilet ke,
kena pam susu satu botol dulu untuk stenby.

muka masuk hutan

aktiviti pantang saya kali ni bermakna sedikit dari pantang haziq dulu..
kalau dulu masa pantang haziq tak sudah berulang alik ke hospital selama 2 minggu..
alhamdulillah kali ni pantang bersalinkan Ziyad, 3hari 2 malam aje check in kat Hospital Jempol.

alhamdulillah Ziyad tak banyak ragam, bile kenyang susu terus nyenyak tidur.
ibunya dapat ler buat segala hal urusan..
berpilis, bertungku tanpa gangguan.

tapi ade lak gangguan kecik sikit..
gangguan dari abanglongnya si haziq..
kena sentiasa monitor abg longnye ni.. haziq jenis penggeram.
geram betul haziq dgn adiknya tu..

Muka Ziyad yang dah ranum.. 8hari umurnya sudah 4kg..
dan kulit nye sudah ala-ala gelap.. gara-gara jaundice phototreatment aritu.. masak anak ibu..

dan di akhiri muka masuk hutan saya... muahahahaha..
yang benarnya haziq la yg selalu cakap saya macam tu
bila saya colek kan pilis + bedak sejuk ke muka saya.
musykil betul dia bila tiap kali saya pakai bende2 ni.
semedang tanye saya pakai masker ni untuk nak masuk hutan ke..
sabar aje la kan..yg penting kita redho... muahahaha... *pinjam ayat Johan kejap

Tuesday, February 14, 2012

Pengalaman bersalin di Hospital Serdang - Wad Kelas Pertama 12 rabiulawal 1433

12 rabiulawal 1433 maulidul rasul membawa sejuta kemanisan..,

5hb Feb 12 masa 5.00am

setelah di kejutkan oleh nurse tadi, saya pun dengan kelam kabut pegi toilet
wash up & buang ape yang patut.
tengok ade 3 orang lagi yang sama2 menunggu untuk pemeriksaan doktor.
ade sorang tu tengah menahan sakit..
sebab dia dah masuk ubat sehari sebelum pagi tu, tapi masih belum ada rasa nak bersalin,
cumenya contraction beliau baru je nak mild-mild bermula pagi tu.
gerun pulak saya kenangkan beliau punye keadaan tu.. yelah.. ade orang tu kan dah masuk ubat induce berkali-kali masih tetap takde bukaan. at last terus kena c-sect.
prinsip induce yg insert kan cume di bolehlakukan sebanyak 3 kali aje.
kalau lah katakan lepas ubat ketiga dimasukkan, tetap tak jalan.. langkah yang akan di ambil adalah c-sect.
huhuhu minta dijauhkan dari ku.

yang lagi sorang tu pulak overdue dah 10 hari.. uh! lagi gerun.
tapi tengok akak tu rileks aje keadaannya. Dah le akak tu pangkat Kapten.

yang sorang lagi lupa lak nak beramah mesra. Saya memang kurang pandai beramah mesra sikit..
kalau orang tu sedia nak bercerita baru lah saya mendengar, untuk memulakan perbualan di awal perjumpaan
adalah amat berat utk saya lakukan.. hehehehe..mulut berat sikit. sengih je yg murah & cepat.

tunggu punye tunggu sampai ke jam 5.45pagi, doktor masih tak kunjung tiba..
sorang pempuan yg mengerang sakit tadi dah tak duduk diam menahan sakit.
hinggakan dia dah terjerit marah kan nurse..
disebabkan kerisauan, nurse cepat2 panggilkan doktor tah dari mane untuk periksa beliau.
sekalinya kan bukaan member tu dah 7cm engkau! darah pun dah meleret-leret kat kain.
Allah kesiannya tengok.. kelam kabut nurse & attendant uruskan itu ini utk tolak ke labour room.
dek kerana kami yang lain masih lagi sedia menanti doktor yang tak datang-datang,
nurse yang baik hati tu minta kami balik ke katil masing-masing.

dalam 6.30pagi tu, datang lagi nurse kejutkan saya,
doktor dah sampai.
saya orang kedua yang di periksa selepas akak kapten tu.
dan doktor telah mengesahkan yang saya akan di inducekan dengan satu tablet ubat.
lepas ubat di masukkan, saya pun balik ke katil dan baring.. cuba untuk lelapkan mata.
lepas 15minit saya dah rasa macam senak2..cuba lagi nak lelap.. Uh! masih tak dapat.
gelisah jangan kata.. serba tak kena..
tengok akak kapten tu pun dah menggelisah macam saya. Muka dia dah pucat betul.
tapi boleh lagi dia lelapkan mata..
saya ni dah macam cacing kepanasan.. kejap bangun duduk diri jalan meronda keliling ward.
selisih dengan doktor.. sempat lagi berbalas senyum.. selisih dgn nurse pun balas senyum lagi.

en abah masuk jam 12tengahri.. bawak makanan..
mase tu contraction saya usah di kata.. konsisten 5 minit sekali.. perghh..
dah merasa dulu mase bersalin haziq time contraction 5 minit sekali tu
masa dah time betul-betul nak pushing.. ni sakit tu datang masa bukaan baru menjangkau 3cm.
dah le mase tu saya ni masih lagi ditemani mesin CTG.
saya dgn mesin CTG dah macam irama dan lagu tak boleh dipisahkan dah..

dalam pukul 1tengahari lebih-lebih tu doktor-doktor, nurse berkejaran datang kat saya..
en abah dah macam cuak2.. sekalinye kami dengar la bisik2 lembut dorang sembang sesama sendiri..
kata dorang graf contraction saya kemain rancaknya, bila check bukaan sudah 3cm ke 4cm..
tanpa berlengah zasss di tolak ke labor room.
yes! saya pun dah tak sabor nak meneran dah ni..

sesampainya saya di labor room ade sorang doktor cina lelaki tu datang masuk bilik saya..
terus saya request dengan akak atenden yang dok prepare kan diri saya mase tu..
yg saya tak nak ade doktor/staff lelaki entertain saya. Alhamdulillah.

nasib baik saya dah research sebelum ni.. even kita ni bersalin di hospital kerajaan,
kita di bolehkan request dan ada hak untuk minta doktor / nurse perempuan sahaja
yang entertain kita semasa & segala proses yg berkaitan dengan bersalin.

oh bilik bersalin saya bernombor 13 tau.. bersempena tarikh lahir saya la pulak kan..
2.45pm saya di pecahkan air ketuban.. sambil2 tu dorang pasang drip kat tangan.. adoiii rimas nya rasa.
pastu mesin graf CTG masih lagi di pasang.. rasa macam nak aje cabut semua bende ni.

dorang kata jantung baby saya tak cantik dan tak okey.
disebabkan contraction saya kemain rancaknya lebih dari bukaan,
dorang menunggu saat2 untuk cucuk epidural kat saya.
tunggu punye tunggu jantung baby tetap tak okey..
tetibe mase starfnurse sorang tu dah get ready dah dgn injection epidural kat tepi,
doktor tu cakap bukaan saya sudah7cm... syukur lagi sekali, saya tak di suntik dengan epidural.

hati saya berdegup kencang mase tu.. kerisauan yang selama ni doktor dok kata
baby saya besar dan saya tak mungkin boleh bersalin normal.
dan detik2 yang ditunggu pun tiba.. time to pushing!.. wahhhh..
doktor yang membidankan proses bersalin saya adalah Dr. Wan Shahirah.
punya penuh nya doktor nurse dalam bilik saya mase tu..
doktor biase ade dua org. Yang sorang tu namanye dr roshini dan sorang lagi tu sape tah... lupa lak name.,
yg senior doktor mungkin pakar perbidanan ada sorang yakni dr Wan
dan sorang lagi doktor yg super pakar yang monitor proses bersalin saya mase tu,
starnurse ade 3 orang, JM ade 2 orang, bidan starnurse ade sorang.

rupanya kes bersalin saya agak berisiko tinggi..
semuanya adalah kerana baby saya besar dari saiz saya.
dek kerana tu lah dorang semua beramai-ramai menemani saya bersalin tika itu.
dorang bimbang kalau ade sebarang komplikasi berlaku.

2 kali push tak boleh.. sembelit sungguh..
dalam mase tu, dengar doktor yg entertain saya berkata dgn teamnya.
"mother is M but the inside is L".. mau nye saya tak rasa cuak masa tu..
dalam otak ni dah set aku tanak c-sect.. aku tanak c-sect...
hati saya tak henti-henti berdoa pohon permudahkan
tetibe lagi keadaan yang penuh syahdu,  dr Wan minta izin saya untuk tolong besarkan laluan.
gesa bersalin datang lagi.. saya cuba sedaya upaya meneran.. masih lagi tak berjaya.
tetiba dr Wan bagitau saya, jantung anak dah lemah, kalau saya masih tak berjaya pushkan baby
terpaksa di c-sect. AllahuAkbar.lemah terasa hati bila dengar cakap doktor tu.
tetiba dalam keadaan saya yang longlai, Allah permudahkan urusan saya di masa itu..
semangat dan kekuatan datang tiba-tiba dgn sendirinya, saya push sekuat & sehabis dayanya..,
dan alhamdulillah anak saya selamat di lahirkan tepat jam 5.12pm, 12 Rabiulawal.

bila baby dah di letakkan atas perut saya, saya 50-50 je dalam sedar tak sedar.
betul-betul terasa habis tenaga & kekuatan. tanpa sedar saya pun tak tau baby boy ke baby girl yang lahir.
doktor tu pun mungkin faham betapa letihnya saya, en abah yang tengok mula-mula jantina baby.

kali ni bersalin, en abah tak bersama-sama di sisi saya..
pada awalnya memang en abah temankan saya.. bila dah di confirmkan yang baby memang besar
dan takut ade komplikasi, en abah diminta duduk menunggu di ruang menunggu di luar bilik bersalin saya.

rupanya memang betul hasil scan ari tu.. 3.7kg berat baby.
walau pun banyak nya dugaan pendengaran yg saya terima dari doktor-doktor yg tak sudah-sudah cakap
saiz badan & tinggi saya agak berisiko melahirkan baby yg besar.
syukur alhamdulillah.. normal juga proses bersalin saya.

8.30mlm saya di tolak naik ke wad.
dalam pada menunggu kakak nurse tu hantar saya ke ward,
segan dan silu saya mendengar perbualan mereka-mereka
yang ade disitu bercerita kekagumankan pasal saya..
alhamdulillah..ku syukur pada mu Ya Allah..


ini lah dia budak montelnya..
saya baby boy.. geng abang long saya.
nama saya Arsyad Ziyad, ibu, abah dan abg long panggil saya Ziyad
berat saya 3.7kg
saya lahir pukul 5.12ptg.
hobi saya nyusu aje..



setelah selamat masuk ke ward 8A Hospital Serdang.
memandangkan Ziyad memang dah di didik untuk breastfeed dari dalam perut,
takpayah di ajar, pandai aje dia menyusu.


muka saya yang super mengantuk + lesu... hehehe..





mak saya yang baru je dapat makan..
siyan mak saya..dah tengah malam baru dapat makan.
kafe hospital serdang tutup la malam-malam.. terpaksa en. abah keluar untuk beli makanan.

saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada semua yang membantu saya di labor room hospital serdang bilik bersalin no 13, jam 5.12pm, 5 February 2012..
Dr Wan and teammate, sokongan & bantuan anda amat-amat saya hargai. Tanpa bantuan anda, tak tau la macammane saya mase tu..
Dr Roshini, jahitan mu amat bagus,.. sungguh i tak fobia untuk 'membuang'.. hehehe..
pada wad 8A, 1st class.. layanan anda-anda semua adalah superb sekali.
tak payah la ai damba-dambakan private hospital yang lain,
Hospital Serdang memang terbaik di hati ku..dulu kini dan selamanya.. Syabas!
1st class mu memang the first-first class service nya..berbintang-bintang saya bagi kat anda semua!

dan pada semuanya yang mendoakan kemudahan, kesihatan & keselamatan saya,
terima kasih saya ucapkan, hanya Allah saja yg tau betapa saya menghargai segalanya..
Alhamdulillah .. Subhanallah..

Monday, February 13, 2012

menarik nafas lega...,

#sambungan dari perut mengeras sekejap-sekejap konsisten 15 minit
dari jam 4 pagi..,

mengerekot le saya sensorang pagi tu nahan kan sakit.
cuba nak lelap kan mata je, gesa nak uk uk datang lagi.
tapi tetap same, tiada hasilnya..
jam 6.30, saya subuh lebih dulu, siap mandi dan pakai baju utk pegi kerja..
en. abah bangun pagi tu dia tengok kan saya macam something tak okey aje.
saya citer ler saya punye contraction bagai dari jam 4 pagi tu kan,
 wah en abah pun terus kelam kabut bangun, bersiap diri dan haziq. (cuak mcm 1st experience aje beliau)
terus tipon sepupu saya minta tumpangkan haziq. en. abah terus nak hantar saya ke spital pagi tu.
diskas punye diskas kami sebulat suara pilih spital serdang.
sesampai ke spital serdang, saya terus ke tempat analisis.
fuhh ramai nya orang kat dalam tu... nunggu turn.
tapi bagus no.. saya terus di panggil utk baring, nak buat CTG & check laluan.

result ctg superb & cantik grafnya.. ok fine..
pastu turn check bukaan pula, memula sorang doktor seluk.. dia check kate dah 3cm la..
eh? dah boleh nak beranak kalu gitu..
agaknya doktor tu macam was-was, dia panggil doktor sorang lagi.. mungkin expert sikit kot..
result check beliau baru 1cm bukaan..
pastu di suruhnya saya ke tempat scan. sebab nye kan doktor kat KK Sri Kembangan
ade bagi reference letter, isi surat tu kate air ketuban saya banyak.
mase doktor tu scan, dia cakap bende yang sama tentang baby saya beratnya 3kilo lebih,
measure gitu gini 3.4kg resultnya..tang air ketuban tu pulak alhamdulillah tiada yg berlebihan..
kandungan air ketuban saya dan besar baby just nice. not need to worry.
syukurr..

lepas scan, doktor benarkan saya balik..
merasa la juga baring sehari kat dalam ruang observation dewan bersalin hospital serdang..
sebab belum tiba masanye lagi kan, balik le dulu kan..
dan doktor juga bagi kebenaran saya utk travel pulang ke kampung.
mujur saya dah buat buku merah,
30hb nenek saya kembali ke rahmatullah.
memang setiap sesuatu kejadian ade perkara sebaliknya berlaku tanpa perancangan.
alhamdulillah 31hb saya balik ke kampung tanpa perlu kerisauan terberanak.

sebabkan saya dah register kat klinik kesihatan, pastu saya still tak beranak lagi,
1hb Feb saya ade check up appointment dgn KK seri kembangan.
buat aktiviti rutin antenatal check up hari tu.

esok harinya saya masuk office semula..
due saya 2hb Feb, tapi saya tetap kerja sampai 3hb Feb..
orang-orang office semuanya macam terkejut-kejut tengok saya masih sihat walafiat
macam tak de ape je yang berlaku.
member saya si Cek Puan Maya yang duenye 8hb Feb dah pun selamat bersalin 29hb Jan..
muahahaha cek puan ko potong que aku dah yer..bagus!

3hb February 2012..
kemain gigih saya menyiapkan kerja, mengemas meja serba sedikit..
yelah.. minggu tu cuti panjang, banyak bende boleh berlaku.
dengan cuti sabtu ahadnya, lagi cuti maulud nabinya, pastu cuti thaipusam nye kan..
dalam pukul 4petang gitu, saya sekali lagi rasa macam tak kena.
aktiviti pantau 10 kali pergerakan baby saya berhenti pada kiraan 7 pada pukul 3petang.
panggil-panggil baby pun tak de respond.. huishh cuak rasa.
nak bergerak pun terasa tersengkak aje kat rahim & celah peha.
telefon en abah, bagitau itu ini remind dia utk balik awal.

pergerakan baby tetap tak bertambah hingga ke pukul 8.30 malam,
sakit-sakit tu pun saya tetap cube pejamkan mata.. huhuhuhu sungguh tak bagus perangai.
en abah dah risau, berkali-kali en abah minta saya telefon kak long saya.
kak long saya kan sister, elok ler saya tipon nanyekan benda-benda cenggini.
bila dah story segala, kak long saya suruh saya ke hospital malam tu juga.
kak long saya kata sebab saya dah overdue, takut pulak ade risiko yang merbahaya.
bila dah dengar macam tu, saya dan en abah pun ape lagi..
terus bersiap, mula-mula hantar haziq ke rumah sepupu saya.
lepas tu terus ke hospial serdang.
check CTG, berkali-kali saya kene buat CTG.. adoiii letih.
dari jam 9.30 malam bawak ke pukul 1.00 pagi.
last-last okey juga dah graf ctg baby walaupun tak super cantik.
bila tima scanning, sekali lagi doktor katakan ikut ukuran bagai baby,
berat baby sudah 3.7kg di masa itu. *gulp
tapi doktor tak lansung bagi satement menggerunkan saya. Suka je saya.
Doktor tu sempat lagi calming kan saya jangan over risau.. sebab anak saya yang 1st lahir normal SVD,
so insyaallah semuanya selamat & mudah.
dan malam tu doktor terus warded kan saya.. dorang akan monitor keadaan baby.
sekiranya jantung & keaktifan baby agak kurang ok, saya akan di inducekan..
bila dan tika masanya saya di induce kan tidaklah doktor tu confirmkan harinya..
semuanya bergantung pada CTG monitoring nanti-nanti.
jam 2pagi saya di hantar ke wad..perkara pertama yg di buatkan saya sesampai di ward, adalah CTG.
rasa bersalah pula saya,
mcm menganggu patient lain di awal pagi tu dengan bunyi duk duk duk kuat bunyi jantung baby.

lepas dua puluh minit gitu baru saya dapat tidur.
jam 6pagi saya terkejut, nurse datang lagi buat CTG kat perut saya.
berlanjutan le sehari dgn keadaan sekejap2 buat CTG.
dah naik muak dah dengar bunyi mesin CTG tu.. semedang CTG.
memang graf CTG baby saya tak berapa memuaskan. berkali nurse kene buat CTG tu dalam satu-satu masa.

mak abah saya datang petang sabtu tu melawat saya.
oh terharunya rasa hati.. mak abah yang tak sihat melawat anaknya kat hospital.
sebelum ni tercuit juga rasa sedih di hati bila kenangkan kemungkinan mak abah saya
tak dapat nak teman & tunggu saya bila saya bersalin kali ni.

5hb Feb 2012
jam 5 pagi, nurse kejut kan saya..
"puan.., puan kena check doktor yer,..kalau rasa nak kencing pergi kencing dulu.. sebab takut nanti puan kena masukkan ubat.. nanti satu jam puan tak boleh kencing, berak & gerak"...

Sunday, February 12, 2012

Detik-detik yang terindah

nak mula dari mana eh... ermmm...
takpe la.. saya cerita je la yg mana teringat & terlintas .
sekurang-kurangnya boleh jadikan memori terindah saya di kemudian hari..

25hb January 2012
saya masih ke office macam biasa..
tapi keadaan badan saya tak berapa memuaskan.. kejap-kejap perut mengeras.
aktiviti pergerakan baby pun agak tak memuaskan.
terlintas di hati mungkin dah sampai waktunya untuk bersalin.
eh sebelum tu.. saya tak cerita lagi kan yang saya dah buat buku merah.
ala...buku antenatal klinik kerajaan tu la.. di akhir2 pregnancy saya register juga kat KK Sri Kembangan.

kebetulan mak dan abah saya masih tak sihat.
jadinya saya ambil kesempatan untuk register antenatal check up KK Seri Kembangan.
mane le tau, dlm perjalanan ke kampung nanti tetibe terberanak..
mane nak cari hospital KPJ kat kampung saya tu... makan satu hari juga nak uruskan pendaftaran segalanya..
terpaksa saya & en. abah EL satu hari,
memula kami ke KPJ, untuk minta releasekan ape2 report & reference letter dari Dr Maziah
settled mase tu dalam pukul 12 tghari juga.
terus kami ke KK Puchong Batu 13.. (yg benarnye tersilap batu...patutnye KK puchong ade kat Batu 14)
sebabkan kami ni mengejar mase, terus tak lengah saya ke KK sri Kembangan.

stori gitu gini, makanya sukses juga saya register antenatal saya kat KK Seri Kembangan.
dan-dan tu saya kene cucuk bagai..cucuk utk check HB, HIV test & ujian darah
eh sebelum tu kan, saya nak puji sangat2 la..
cucuk-cucukan jarum klinik kerjaan lansung tak sakit seperti mana yg saya dapat di KPJ... hik.hik.hik..
gitu gini check itu ini, sampailah masanya saya kene check dgn Doktor..
bila doktor check perut & scan saya.. statement doktor tu lagi menge downkan jiwa dan raga saya..
doktor KPJ dah memang kata baby saya besar & agak berisiko untuk saya bersalin secara normal
memandangkan saiz saya ni saiz M.

doktor KK sri Kembangan punya statement pula,
beliau mengatakan baby saya memang besar sama yg di diagnose oleh doktor KPJ,
berat baby 3.5kg memang takkan lari.. tambah satu lagi analisis yg tak best dari doktor tu,
dia kata air ketuban saya banyak..
Allahuakbar.. besar betul dugaan yg saya dapat  pregnant kali ni..
macam-macam perkataan yg tak bagus dan menggerunkan yg saya dapat dari doktor-doktor ni.
tapi naluri hati saya tetap yakin insyaallah semuanya tak ape-ape & selamat.

kami dua laki bini tarik napas lega dah bila dah settle buat buku merah.
at least kalau ade ape-ape emergency, saya boleh refer klinik/spital kerajaan.
malam tu saya surfing detail info air ketuban banyak.
huiii gerunnya saya, bila air ketuban banyak boleh buat baby cacat, *boleh refer kat sini utk lebih lanjut

esok paginya lebih kurang pukul 4pagi, saya dah seram sejuk..
perut mengeras.. badan berpeluh-peluh..
berak dah berapa kali.. tapi bila masuk toilet tak kunjung tiba hasilnya..
gesa nya aje yang lebih..

bersalin ke idak yer..? hihihihi meh tunggukan sambungan nye eh...

Thursday, February 9, 2012

assalammualaikum...



sempena Maulidur Rasul saya lahir..
ni gambar saya 10 jam lepas dilahirkan.
gambar ni pun dari tab busu saya. Ibu copy paste dari FB je.
banyak tau ibu saya nak story mori pasal saya.
hihihi.. nanti-nanti ibu saya cerita yer..
almaklumlah kan.. check up kat spital lain, beranak kat spital lain..
kita hanya merancang aje kan.. tapi Allah jua yang tentukan..hik..hik..hik..

ibu saya tengah surfing sensorang sekarang ni.. lepas susukan saya, terus ibu on lappy abg long.
dia tak reti nak guna breastpump spectra 3.. gigih tau ibu men surfing pasal pump ni..
tapi sempat gak ibu corner updet blog dgn online fb.. ibu..ibu...

nanti kite sambung cerita lagi eh... taaa

Friday, February 3, 2012

bilakah detiknya?

ermm.. arini ni sudah 3 February 2012
maknanya sudah overdue sehari dari tarikh bersalin.

bila ek masanye ...? saya pun takde jawapannya.
pastu rilek je pegi kerja macam biasa.
driving macam biasa pagi dan petang..
bila petang jemput haziq balik macam biasa.
semuanya macam biasa..

cuma yang tak macam biasa,
mood agak terlebih cepat membara aje.
badan dah berat, terasa panas sentiasa
bila dah semua serba tak kena, cepat aje rasa tak puas hati..