Friday, January 27, 2012

Gemersik Kalbu

setiap Isnin hingga Khamis, saya setia terpacak depan tv. ternanti-nanti kan 
drama ni.. dah macam orang angau pulak.
aqasya bawak watak suffian tu memang betul menjadik! syabas qasya..
lagu masa ending drama yang 
♫♪"Ingin Ku gigit-gigit cuping telinga kecil.. muuuuu"♫♪
sungguhpun nampak macam lagu miang-miang, tapi macam comey-comey lak dengarnya..




sinopsis;
Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri. Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? 

No comments: