malam tadi saya buka kedai makan.
customernya en. abah dgn haziq jer.. hehehe..
main coursenya kangkung goreng belacan, daging masak merah dan telur dadar.
gambar telur dadar takde pulak mase ni.
sampai cramp² kaki saya masak menu² ni malam tadi.
gigih betul.. nak pegi makan menu ni kat kedai, secotet aje dah berpuluh ringgit terbang,
dek kerana saya sekarang kuat makan, rela lagi masak sendiri & puas sikit. Boleh tambah lauk banyak kali.
sekarang saya dalam proses menghadkan limit makan atas saranan Doktor & en. abah.
tak boleh ikutkan sangat selera makan yang besar...
Doktor pun udeh cakap baby dalam perut saya sekarang besar & berat..
ayat doktor yang menggerunkan saya,
"kalau u nak bersalin kan baby u 4kg over, u boleh maintain makan macam sekarang.."
saya sendiri pun rasa berat & besar perut saya pregnant kali ni agak berbeza masa peknenkan haziq dulu.
tapi as usual, anak-anak saya pandai menyorokkan perut ibunya dari ketara di tatapan umum.
rata-rata mereka yang memandang
meng komen perut saya tak ketara sangat macam orang sarat mengandung.. hihihihi..
berselera en abah & haziq menjamu selera malam tadi hingga tersandar.
yang best komen dari haziq.. "sedapnya ibu masakkk.. macam orang lain masak la.."
en. abah ni bile le gaknye dia nak balik dari kerja awal ni ek..
hari-hari lewat juga balik. paling awal pukul 8.30 malam.
takkan la sampai ibu dah cukup hari sok pun abah balik lewat gak..
ade esok haziq je yang hantor ibu ke sepital..tak pasal haziq yang jadi bidan ibu bersalin sok.
4 comments:
ermmm marbeles.
ui takut jgk doc cakap gitu. control2 la yer. kang xpasal2 czer pulak.
fara,
betul tu fara.. memang kene control diet pemakanan skrg ni.. tatutttt
takut haih kalo baby besar sgt..kalo 3kg bwh 4kg ok lg kot..
Fiza,
a'ah, sebab tinggal lagi dua bulan aje kan. Kalau makan ye ye sangat naik mendadak, tanggung sendiri.. adoiii!
Post a Comment