yer memang betul.. memang tengah buntu campur dilemma.
tengah berkira-kira pasal breastpump ni.
asal-asal, memang dah set kat kepala mau sambar MEDELA FREESTYLER..
hehehe.. tgh masak pun, susu boleh di pam.. freestyler le katakannya kan..
tak kisah rege beriban nak membeli demi nak menyusukan anak dengan susu ibu.
tapi dah di bantah sekerasnya oleh mak saya.
ayat mak saya boleh tahan kejam juga.. hehehehe
"kalau nak anak ramai, boleh le beli pam susu riban-riban.
Ni setakat nak beranak sikit, toksah membazir"
makanya impian saya automatik terbatal.
dan sekarang minda saya macam teringin-ingin mau beli SPECTRA 3 ni pula..,
ermmm.. tapi macam 50-50 pulak terasa-rasa..
sebabnya memikirkan nak kena hantar service.. adoiii! boringnye la hai bila dah nak kene service-service ni.
yang dah sedia ada yang banyak berjasa kat saya zaman haziq dulu adalah Avent Isis Out & About ni.
kadang-kadang ade rasa nak pakai je pump yang lama ni..
performance pump ni memang meletop bagusnya utk saya.
saya yang bekerja, kerja kat sektor swasta, berjaya nyusukan haziq sampai ke besar 2 tahun 10++ bulan.
hasil dari pump AVENT kesayangan saya ni..
tapi pump tu dah hilang satu sparepart yg penting..
nak kena pergi ke kinderjik mau cari sparepart tu. aduss jauhnya la hai sri hartamas tu..
takut pulak dah takde jual lagi kat Kinderjik tu.
star valve ni dah le takde production lagi.. ikut pada review, dah di gantikan dgn duck valve.
tapi hasilnya kureng sikit dari star valve tu..
erm... dilemma..oh dilemma..
dah tinggal lagi 2 bulan lebih je dah ni ha.. memang dah nak kena betul² mencari dan buat keputusan ni.
ala.. mini peti ais tu pun tak pergi survey² lagi..
peti ais yang ade dulu dah rosak.. dua benda ni benda yang paling penting nak kena cari ni..
4 comments:
cepat buat keputusan terbaik demi ank tersayang...
cm fara senang...duk rmh je kan xyah ssah2 nk pam cm ieta keje kena la pumping.
dlu kita guna ameda..tp thp pumping tu tk kuat lah..rsa nk cri lain kot utk 2nd baby..hihihi
fara,
ha memang kene banyak memikir sedalamnya ni..
rasa-rasa dekat ke spectra3 ni je..
berat pun berat ler.. ku tahan kan aje la sok-sok mengendong.. hihihihi
fiza,
ameda tu pun boleh tahan mahalnya juga kan..
Post a Comment