cuaca hari sabtu hari ni cantik sekali kan..
lapang je tengok langit.
bangun pagi, saya dah bacakan jadual aktiviti yg kami kena buat.
dalam mamai, en. abah iye..iye kan aje..
keluar lepas zuhur, wah cemerlang kami keluar di siang hari.
kami ni macam perasan puteri putera lilin sikit, nak keluar rumah biasanye lepas asar.
jarang sangat keluar waktu matahari tegak atas kepala.
memula kami ke kedai dobi. hantar 2 helai comforter
yang di bocori oleh kencing haziq..
lepas tu kami terus ke medan selera serdang,
saya teringin sangat nak makan nasi campur kat serdang tu..
tertangguh dari 2 minggu lepas punye planning.
lepas kenyang menjamu selera kami terus ke tmn meranti jaya, Puchong.
kami ke Warehouse Sale MyDear.
alhamdulillah, semua planning berjalan lancar.
dah puas belek sana sini, sudahnye 1 barang je yang kami beli..
hehehe, mini whiteboard utk haziq..yg berharga RM12 sahaja.
en.abah tanye saya, "kita datang MyDear ni sebenarnya nak buat ape"
entah saya pun tak tau ape tujuan kami kesini yg sebenarnye.
tapi kami survey la stroller yg sekali 1 set dgn baby carrier seat tu..
okey la juga harganya.. satu set RM370. Tapi kami dua tak terasa nak beli pun,
nanti-nanti lah.. kot terasa benda tu penting kena beli, baru kami fikir kena beli ke idak.
nilah dia whiteboard yg kami beli kat MyDear tadi.
khayal haziq menulis & menyusun puzzle A,B,C ni..
saya dengan en. abah tgh mood berperang ni.
eh bukan, saya dgn haziq geng perang dgn en. abah.
pantang silap sikit, komfem kene kondem kaw-kaw..muahahaha..
almaklumlah.. Negeri Sembilan lawan Terengganu kan malam ni..
saya tentu sokong negeri kampung halamanku Negeri Sembilan
en. abah op coz support tanah tumpah darahnye Ganu tu..
dan yang paling tak menahan, haziq tetiba mengaku dia lahir kat negeri Sembilan.
tak tau la sejak bile hospital serdang tu terletak dalam peta Negeri Sembilan.
dek kerana nak satu team supporter ibunya, suka-suka je haziq bagi statement tak menahan.
kalau adik haziq sok pun sekomplot dgn ibu & abangnya..
kesian juga en. abah takde geng nak support team bola negeri Ganu..
muahahahaha..sebagai ibu, ai cume tersenyum gumbira aje...
agak-agak negeri sembilan buleh menang tak eh? ermmm....
No comments:
Post a Comment