Monday, October 31, 2011

Kopi Starbuck Hasil Tempatan

petang semalam kami ke KL.. dek kerana puan ibu sibuk
nak kopi starbuck.. tapi bukan original Starbuck yang mahal kebabom tu..
muahaha..
tekak saya nak kan kopi karamel yang pada saya rasanye sebijon dah mcm Starbuck tu.
kedainya dalam lori je kopi ni.. nama brand dia KopiSatu..
dorangnye lori tu sebelah Semua House..
sorry la yer, gambarnye blurr..
snap gambar sambil kereta berjalan.. tambah lagi tangan terketar-ketar..
maka jadi super duper blur gambarnya.



nilah dia kopi yang di idam-idamkan.
bagus la tekak & selera saya pregnant kali kedua ni,
semua makanan & minuman tempatan sahaja yang terasa-rasa mau.. hehehe..
masa pregnantkan haziq dulu, manjang nak western..
lambchopnye la.. kenny rogersnya la..nando's nya la..



en. abah saya sebagai model minum kopi yang sedap.
en. abah bawa saya ke taman tasik Perdana KL, berpiknik kat taman 3 beranak.
beli keropok, nugget & jagung.. lepak makan-makan.




tengah syok-syok saya sensorang bersantap di tepi sambil en. abah & haziq bermain-main
dengan playground, hujan turun dengan lebatnya..
apa lagi, kami sambung lepak dalam kereta pula.





ya.. en. abah saya sekarang sudah berubah yer..
kalau dulu, cukup susah saya nak ambik gambar dia seorang atau gambar mesra alam dgn saya.
tapi sejak dulu saya mengamuk komplen, alhamdulillah dia sudah bermesra dgn kamera saya..
baru la seronok saya rasa nak gambar-gambar berdua @ bertiga.
eh tapi sekarang en. abah dah ade pewaris la..
haziq pulak dah susah nak amik gambar.
kena paksa baru elok bergambar.
terpaksa pancing dia bergambar untuk bagi adik dia tengok esok-esok..

Sunday, October 30, 2011

Bodoh..Bodoh..Bengong

hah mulut en. abah tak sudah-sudah nyebut perkataan ni ..
ai senyum dengan ikhlas je..
bukan mulut saya yang kutuk tau..
supporter Ganu sendiri yang kata sebegitu rupa..
hahahahaha..*gelak secara besar-besaran

tahniah ye team N.Sembilan! anda menang piala Malaysia tahun ni.
untuk menenangkan sedikit hati sang suami,
saya cakap kat beliau, ramai ibu mengandung doakan kemenangan team N.Sembilan malam ni..
berkat... doa ibu mengandung... hihihihi..
Sharbinee si keeper ganu tu bule release je 1st ball N.Sembilan..
tapi 2nd ball terbaik punya gol dilontarkan dari Hai-O tu... perghh!! cayalah!..

petang ni ade mesyuarat persatuan penduduk la..
pukul berapa en. abah nak bawak saya minum kopi starbuck ni??
ish, tekak ni dah terasa-rasa dah ni...nyummmmmm lazat..

dan bila nanti..

saya teringin nak bergambar-gambaran untuk kenang-kenangan mengandung la.
bila la en. abah free yer..
nak ajak dia amik gambo saya yg tengah gemok ni..

Saturday, October 29, 2011

Piala Malaysia 2011- Negeri Sembilan lawan Terengganu.



cuaca hari sabtu hari ni cantik sekali kan..
lapang je tengok langit.
bangun pagi, saya dah bacakan jadual aktiviti yg kami kena buat.
dalam mamai, en. abah iye..iye kan aje..

keluar lepas zuhur, wah cemerlang kami keluar di siang hari.
kami ni macam perasan puteri putera lilin sikit, nak keluar rumah biasanye lepas asar.
jarang sangat keluar waktu matahari tegak atas kepala.

memula kami ke kedai dobi. hantar 2 helai comforter
yang di bocori oleh kencing haziq.. kes terbabas kencing .
lepas tu kami terus ke medan selera serdang,
saya teringin sangat nak  makan nasi campur kat serdang tu..
tertangguh dari 2 minggu lepas punye planning.
lepas kenyang menjamu selera kami terus ke tmn meranti jaya, Puchong.
kami ke Warehouse Sale MyDear.

alhamdulillah, semua planning berjalan lancar.
dah puas belek sana sini, sudahnye 1 barang je yang kami beli..
hehehe, mini whiteboard utk haziq..yg berharga RM12 sahaja.

en.abah tanye saya, "kita datang MyDear ni sebenarnya nak buat ape"
entah saya pun tak tau ape tujuan kami kesini yg sebenarnye.
tapi kami survey la stroller yg sekali 1 set dgn baby carrier seat tu..
okey la juga harganya.. satu set RM370. Tapi kami dua tak terasa nak beli pun,
nanti-nanti lah.. kot terasa benda tu penting kena beli, baru kami fikir kena beli ke idak.



nilah dia whiteboard yg kami beli kat MyDear tadi.
khayal haziq menulis & menyusun puzzle A,B,C ni..

saya dengan en. abah tgh mood berperang ni.
eh bukan, saya dgn haziq geng perang dgn en. abah.
pantang silap sikit, komfem kene kondem kaw-kaw..muahahaha..
almaklumlah.. Negeri Sembilan lawan Terengganu kan malam ni..
saya tentu sokong negeri kampung halamanku Negeri Sembilan walau tak pandai ckp Nogori
en. abah op coz support tanah tumpah darahnye Ganu tu..

dan yang paling tak menahan, haziq tetiba mengaku dia lahir kat negeri Sembilan.
tak tau la sejak bile hospital serdang tu terletak dalam peta Negeri Sembilan.
dek kerana nak satu team supporter ibunya, suka-suka je haziq bagi statement tak menahan.
kalau adik haziq sok pun sekomplot dgn ibu & abangnya..
kesian juga en. abah takde geng nak support team bola negeri Ganu..
muahahahaha..sebagai ibu, ai cume tersenyum gumbira aje...




agak-agak negeri sembilan buleh menang tak eh? ermmm....

Thursday, October 27, 2011

Layan Filem Tamil di Hari raya

raya semalam korang pegi mane?
ade pegi raya tak..
kami bertiga duduk rumah aje.
macam biasa aje.. bile cuti je kami duduk diam kat rumah sahaja.
layan tv.. hihihi pastu layan haziq.

tapi bersempena semalam raya Deepavali, kami bertiga terjebak layan Filem Tamil..
tah cemana le boleh tersangkut tengok cerita tamil ni.. siap tengok sampai habis lagi.
siang hari nya kami layan channel 100 yang Fiesta, cerita pasal roh jahat yang dendam tak berkesudah.
tajuk cerita nya Arundhati.


pastu malamnya lak kami 3 beranak layan cerita Endhiran The Robot kat tv2
punya lamanya nak habis. adoii.. sampai pukul 12 lebih tu ceritanya.
Cerita ala-ala Matrix.. kalau Rajnikanth yang berlakon kan.. of course le banyak sound effect yang mengagumkan yg mcm tak logik.. hehehehe..


apa-apapun terhibur la jugak layan cerita tamil ni.. raya kan, keluar le cerita best-best kat tv.

ucapan dari saya, Selamat Menyambut Hari Deepavali pada semua yang menyambut perayaan ini..

Tuesday, October 25, 2011

mengidam



hari ni menu brekfes saya McDonnalds.
semua org opis saya macam kagum pelik tengok saya bawak makan McD pepagi.
muahahaha..
tak pernah umur pun saya brekfes McD kat office ni.
baru ni lah sekali.
memang betul nampak macam selera orang mengidam. hehehehe..

alamak! tengah hari ni nak makan ape pulak?
ishh jammed la nak fikir..

Monday, October 24, 2011

Facial muka

saya tak pernah pergi buat rawatan muka.
kadang-kadang rasa teringin,
last-last tak pergi.
sebab rasa rugi je nak pergi facial-facial.. hehehe..
en. abah & mak saya selalu kata, muka dah elok, jangan nak gatal² pergi facial.
sok dah termula sekali buat, bila tak buat.. double triple muka jadi teruk.
betul juga cakap dorang..

teringat kisah malam tadi,
tengok cerita serasi bersama.. artisnya pasangan Dato Jalaludin Hassan,
pasangan Nora & pasangan Faizal Hussein.
tertarik dengan soalan yang Suhaila wifey Faizal Hussein,
apa kah daya penarik anda yang suami paling suka (soklan lebih kurang ajele kan.. ai lupo dah)
jawapan suhaila bentuk tubuh & potongan badan 
bila turn faizal hussein ditanya soklan yg sama, dia bagi jawapan yang sama.
Memang mereka berdua Sherashi..

terus saya sibuk-sibuk bertanya soklan yg sama kat en. abah.
eleh.. orang pompuan kan memang macam tu..

saya,       "abang, apa daya penarik ayg yg abg paling suka?
                 cutting gak ke macam faizal hussein punya jawapan tu?"

en. abah, "mestilah.. kalau badan ayg montel tp muka ayg menten cun pon..tak rasa menarik mana pun.."

haziq,      "ibu kan cantik la abah"

en. abah, "ye ibu memang cantik.. kalau tak, takdenye haziq hensem.."

haziq      "tapi kan muka ibu ade lobang-lobang laa..."

tertelan air liur terus saya.. dengar anak bujang saya yang baru 4 tahun
dah pandai komplen pasal muka emaknya.
muka saya sekarang ade 2-3 parut jerawat kaler cekelat gelap,
dah di katanya muka saya ada banyak lobang-lobang... uwaaaa! sedih ai tau..

2 beranak terperangkap di luar pagar

petang jumaat lepas hujan lebat woh!..
scary sungguh perjalanan pulang saya dari Bulatan Lumba Kuda menuju ke Bdr Kinrara.
jalanraya dari Bukit Jalil sampai ke area Golf Kinrara dinaiki air..
dengan berkelajuan 40km/j berani-berani takutnya mengharung air tu..
tenggelam suku badan Viva saya..
tengah-tengah harung banjir tu, tak berenti doa "jangan la sangkut..jangan la sangkut".

sesampainya kami depan rumah, ingat boleh le terus beristirehat di rumah.
sekali tekan-tekan remote pagar tak jalan.
ah sudah! setengah jam menekan-nekan remote pagar masih tak terbuka,
terus telepon en. abah. macam ler en. abah boleh jampi dari office & pagar boleh terus buka.
pot-pet.. bising+ngadu+kondem gitu gini..
agaknya en. abah pun tak larat dah nak layan telepon asyik berdering je..
saya tepon dia banyak kali pun cerita yang sama..
sudahnya en abah cakap "ha tunggu lagi sengah jam, kang abang sampai"

dah ler hujan lebat kan, beliau dari TTDI..
sepatutnya sengah jam dah boleh sampai rumah, dek kerana hujan,alamatnya 1 jam le baru sampai.
haziq & saya dah sampai kebosanan tahap maksima dah..
dari terang langit sampai le ke gelap, baru ler en. abah sampai dengan basah lencunnya beliau.
kesian la pulak tengoknya.. hehehe..

lama tu kami dua beranak duduk dalam kereta, dari pukul 6ptg sampai la pukul 8.30mlm..
kalau saya "ringan" memang saya dah ajak haziq lepak kat giant.






Friday, October 21, 2011

Bos Kesayangan saya...

tetiba saya mengingati anda, Taka san...
sungguhpun anda seorang workaholic dan selalu mentensionkan saya,
tapi saya tahu saya adalah staf kesayangan anda.. uhuks...*sedih
saya juga lebih suka anda jadi bos saya.
sekurang-kurangnya anda tidak memilih bulu.. tak kira tua muda staff pempuan tu..
anda menilai seseorang staff perempuan tu dari segi attitude & performance kerja.
kalau performance seseorang tu bagus, anda memang suka gile-gile orang itu.
suka anda pada seseorang staff wanita itu bukannya sebab staff itu muda atau single.
ape yg saya tengok kalau bos melayu lelaki ni.. pantang nampak yang muda,
perhatian tu adalah tertumpu lebih kepada yang muda dari yg berumur macam saya
saya sungguh tak suka orang yang sebegini.
kekadang nampak gaya orang tu dah macam alim dah..
tapi bab melayan pempuan, melebih-lebih pulak bila ade pempuan yang suka melayan. *dasar kan..

kenapa la kamu terpaksa return ke Jepun, wahai Bos ku.
tidak kah boleh anda maintain aje di Malaysia. huhuhuhu sedih tau..
sebagai tanda ingatan saya kepada anda, bos kesayangan ku...,
ku tepek kan gambar-gambar di farewell party anda, Taka-san...



mesra betul bos saya dengan saya masa farewell ni..
saya macam perasan pulak yang taka-san mcm sedih nak berpisah dengan saya.
mungkin dia terlalu menghargai saya selama ni kot.
tak pernah-pernah umur nak bergambar & bersalam dengan saya..


tetiba masa farewell party ni bersungguh² dia bergambar² dengan saya.
bersalam dengan saya sampai 3 kali..agaknya kalau dia hilas waras,
mau di peluknya saya kot.. *ahaks!
 


dari kiri saya, local bos, Taka-san (former-MD), Sammy-san (new-MD)



gambar sefamily kami ALAM Malaysia,


(version takde flash)



(version ber flash gambar dibawah)
dari kiri, ainun, saya, din (local-bos), Taka-san(former-MD), Sammy-san (New-MD), man (AM), Take-san




2 gambar ni gambar dorang berfestival tonggang wine beras..
kira macam tah hape tah dia nya adat la..


huhuhu sedih la ai Taka-san..
kalau u still ada, ai yang tua ni tak rasa tersisih tau..
u tegas & adil je sama rata. lansung tak sisih² kan orang tau.

Wednesday, October 19, 2011

Jatuh Cinta dengan Mu...




Fallin In Love - Dato Siti Nurhaliza


Once in a life time
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Disappears before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
It feels so familiar that I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams
You’re taking me higher
When I hear you say my name
I’m trying to tell you
That I never want to let you go

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

Over and over again
It plays out in my mind, I can see it clearly
You’ve given me something new to believe in
Come take me away
Oohhh (Come take me away)
Away
Come take me away
Away (Come take me away)
Away, away

(2x)
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

(3x)
I’m falling in love

Love love.. with you..

# lagu favourite haziq & saya sekarang ni.. ahaks!

Tuesday, October 18, 2011

Gaji dan Hutang



*yg di red circle tu adalah en. abah saya tgh beratur nak ambik makanan. saya tgh duduk amik gambar, *
gigih kami bertiga masa ni..cuba tengok gambar atas ni.. tengah hujan lebat pun, kami sanggup harung tau
semata nak makan Nasi Kandar Fareed Line Clear, Bkt Rahman Putra.
ala.. katering yang selalu taja Melodi tu la.. ni la dia kedainya.
menu yang meriah, rasa yang lazat dan yg pasti ongkosnya tak semahal kedai nasi kandar yang lain kat KL .

Tajuk tak kena dengan gambar kan.. ampun yer..
tajuk adalah berkenaan dgn saya yang tengah nak buat cek gaji & hutang-hutang company sekarang ni.
gambar tu gambar 2 minggu lepas.
lepas habis check up kat KPJ damansara, straight away to Bkt Rahman Putra, bersantap.
dek kerana berhujan lebat makan nasi kandar, sampai tertinggal dah payung.
sudahnye payung-payung dalam kereta semua dah yilek.
dengan kaki payungnya patah la.. spring jumper payung tu tercabut la..macam-macam hal dah.


thailand sekarang banjir teruk kan. banyak kilang tutup.
termasuk kilang saya juga.. tutup sampai ujung bulan ni. huhuhu cepatlah recover hendaknya..
hujung-hujung tahun ni.. risau la sales tak kencang..

Friday, October 14, 2011

panduan,

pimp myspace profile
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Taala".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.

Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang asar pula ialah
"Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah,
"Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.

Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
"Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"

Niat untuk sembahyang isyak ialah,
"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

♪♫ bekojo la kito.. sekuek Nyoo...! ♪♫

balik dari kenduri staff en. abah,
saya & haziq memang ketara keletihannya,
akan tetapi, takde pulak rasa mengantuk..

en. abah pasangkan tv,
kekunun buleh buat saya & haziq tertidur.. tapi tak berhasil.
jam dah pukul 5 ptg, kami berdua masih tak tidur.
ikut kata en. abah, petang sabtu semalam..
tenang je hatinya menebas hutan kat belakang rumah masa kami dua beranak tgh sedap tidur.

sudahnya, en. abah teruskan juga kerja yg terbengkalai ptg sabtu semalamnya tu.
bila ade Haziq menolong.. maka kepenatan menebas tu double triple la..
sambil dia menolong, sambil juga dia tambah sepahkan..

sejak puan ibu mengalami penambahan berat badan ni,
kerja-kerja keras adalah tidak digalakkan sama sekali.
makanya, tanaman-tanaman yang ade kat rumah tu paham-paham je la apa jadinya,
ada yang dah terus lenyap pun ada,
ade juga yg tumbuh hidup lansung tak terkawal.


tanah yang suku kangkang kera belakang rumah yang sudah dibersihkan.
baru ler sedap mata memandang..
sampai kan dah nak maghrib baru sudah kerja. hehehe..





sempena dengan penat lelah en. abah membersihkan kebun belakang rumah kami..
dengan rasa besar hatinya,
saya sediakan hidangan dinner utk en abah
nasi goreng main hiris-hiris pecah yg penuh dgn ikan bilis..


peknen kali ni, saya memang tak berapa larat nak berjalan ke sana kemari.
cepat betul letihnya...

cerita weekend - ke Cheras Baru





kami ke Kg Cheras Baru, Ahad lepas.
menghadiri jemputan kawin staff en. abah. Meriah!.
1st time saya attend kenduri kahwin di bandar
yang pasukan kompangnya berkompang secara meriah dan lama
macam kat kampung.
selalunya, paluan kompang kat bandar² ni cume utk di iring semasa pengantin berarak.
tapi kompang majlis ni, dari mula pengantin berarak, pengantin bersanding kat pelamin
dengan upacara merenjis dan hingga la bawak ke pengantin makan beradab.
baru habis kompang berkompang.
baru la rasa best kenduri kahwin nya..

Wednesday, October 12, 2011

Tiket Yang Terlepas

"Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at
TGV Cinemas!

As part of the
TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 7 October 2011(Friday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays),
"


Dapat email ni awal bulan September.
tapi saya baru perasan email ni 2 minggu sudah.
nak pergi sendiri, tak larat..
minta tolong en. abah ambilkan.
dari hari ke hari en abah tak sempat & tak cukup masa.
sudahnya terlepas dengan begitu sahaja.. uhuk! *sedih

Monday, October 10, 2011

Mak mabuk Anak yang jadi mangsa

sape ade tengok berita siang semalam,
ade kisah suami mabuk belasah isteri sampai mati..
huh! scary kan..
tragis pun ye gak bila dengar berita cenggitu.

tajuk saya ni pun ade kene mengena dgn orang mabuk..
tapi bukan mabuk arak.
mabuk hamil kata orang indonesia.. hihihi..
saper lagi yang dimaksudkan, tak lain tak bukan kisah saya sendiri.

minggu lepas adalah minggu assessment utk kindy haziq.
rasanye semua centre Little Caliph memang exam minggu lepas.

memo pun teacher dah bagi kat kami bulan lepas.
dan telah di innitial oleh puan yang berhormat Ibu haziq.

di jadikan cerita,
isnin minggu lepas bersamaan bermulanya hari pertama exam.
sejak tak sihat saya keluar pagi terus ke pejabat.
kerja hantar haziq ke sekolah telah diambil alih oleh en. abah.

di malam harinya, semasa saya, haziq & en abah enak menjamu dinner kami..
en. abah pun cerita lah kejadian yang berlaku hari tu.,

"ibu tau tak haziq pergi school hari ni pukul berapa?"

"pukul berapa? kul 9? "

"tak lah.. pukul 11."

"HAH?! biar benar abang ni"

"betul.. abang tak boleh keluar awal pagi tadi. tetiba system problem.
Abang kena support kat rumah dulu.. betul² settle dah nak dekat pukul 11"

"suka la haziq dapat pegi lewat.."

"memang rileks je dia.. siap tengok kartun sambil makan lagi, sikit pun tak kacau abang"
"ibu tau tak hari ni haziq ada paper?"

"paper ape? exam ke?? eh kan 4 years exception. 5 & 6yrs je yg ada assesment"

"tak la bu.. 4yrs pun involved. masa abah hantar tadi,
teacher tanya abang ingat tak hari ni ada exam"

"lorr ye ke.. alahai.. abis macamne haziq ek..kena tanya teacher nye la esok"

dan esok harinya saya dengan rasa cuak menanyakan kisah exam haziq dgn teacher.
nasib baik haziq dah buat dah pun exam tu, cuma dia lewat sedikit dari masa yang sepatutnya. hiks!

gara-gara ibunya kejap sihat kejap idak, seluruh aturan hidup kami bertiga agak kucar kacir.
mujur haziq baru 4 yrs, masih playschool method. Lega!



**gambar lama sebagai hiasan.. =)


Badak Melepet dalam rumah

dah lama dok idam-idam..
mase bulan puasa yang lalu, tiap ari pesan dgn en. abah
kalau ade nampak kat bazaar ramadhan belikan utk saya.
tapi sedihnya, tiap hari ari juga badak berendam tiada dijual di bazaar area rumah saya


bila dah raya, tak ingat nak minta mak saya buatkan..
permintaan penuh dgn makanan yang lain.
dek kerana dah macam orang angau bercinta..
dalam tido pun termimpi-mimpi,
nak balik kampung manja-manja minta mak buatkan entah bilanya nak balik.
jumaat balik kerja minggu lepas, singgah kedai beli tepung pulut, sanggup redah hujan-hujan.
dah siap inti kelapanya,

sementara nak nunggu inti sejuk, saya uli tepung pulut.
sekali macam pelik pulak, badak dlm mimpi saya kaler purple.
kenapa tepung saya kaler putih.
macam mane nak kalerkan tepung tu jadi purple..

telepon mak saya terus, dah habis buat aduan rakyat.. bla..bla..bla.. gitu gini..,
rupanye.. ade tepung khas ler..mmg tepung tu tepung pulut hitam. Aiyoo!
muahahaha.. gila lupa daratan terus cara-cara memasak.




nak elak kempunan, saya proceed kan aje badak berendam saya yang kaler putih..
masa nak masak kan tu, telepon mak saya lagi..
gitu gini mak saya tunjuk ajar kan cara masak & kukuskan.
Aiyo lagi sekali..



setelah berhempas pulas, akhirnya badak saya melepet juga di dalam mangkuk;


Encik Badak,..walaupun paras rupa mu hodoh.. rasa mu tetap enak..
Syukur.. hasrat ku tercapai.

bila la gaknye nak ke Giant ni.. nak beli tepung pulut hitam.. nak buat lagi sekali..
lidah ku terkecur-kecur lagi suda.. uhuk!

Thursday, October 6, 2011

Sepahtu Ganti Kumpulan Sepah


KUALA LUMPUR – Juara Maharaja Lawak dan juara Raja Lawak Musim 3, kumpulan Sepah seperti yang dijangkakan telah dibubarkan secara rasminya semalam.

Namun Jepp dan Shuib, dua ahli Sepah yang asal mengambil langkah membentuk kumpulan baru yang diberi nama Sepahtu (SepahTwo).
“Umum mengetahui yang Jepp sendiri baru-baru ini mengakui bahawa Mamat adalah punca perpecahan kumpulan Sepah. Maka dengan tertubuhnya kumpulan Sepahtu ini, diharap Jepp dan Shuib akan mampu memberikan yang terbaik tanpa gangguan daripada pihak lain,” seperti yang dipetik dari laman web Beautifulnara.com.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Jepp dan Shuib di sidang akhbar bertajuk “Sepahtu Bikin Album” di sini semalam.
Kumpulan Sepahtu bukan hanya akan menyerikan dunia seni lawak tanah air, mereka juga akan mengeluarkan album lagu setelah memetrai perjanjian bersama MW Entertainment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records.
Album itu akan diedar dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia serta dijangka siap pada penghujung tahun.

Antara komposer dan penulis lirik yang bakal memberi sentuhan pada album itu adalah Datuk M.Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan juga kumpulan Sepahtuh sendiri.
Mereka akan mengetengahkan genre pelbagai rentak terdiri daripada pop, rock dan beberapa genre yang lain.

Itu adalah langkah ke hadapan yang pasti dinanti-nantikan peminat kumpulan berkenaan.

P/s: pendapat saya, Memang dorang patut berdua je..
Mamat tu ade pun tak nampak ape functionnye dia.
tak menjadi pun lawak si mamat dalam Sepah.. Dorang berdua ni je yang bagus melawak.
Go Sepahtu Go!!



Sumber adalah di copy dari sini

Monday, October 3, 2011

Mines Shopping Complex

jom layan gambar..

gambar-gambar ni di ambil mase saya 3 beranak bersama-sama ke Mines Shopping Centre
3 minggu sudah.
kak long saya mau membeli laptop.
oleh kerana en. abah adalah pakar & minat dalam mencari gadget² IT² ni.
maka perkara memilih spec & requirement yg berpatutan dgn harganye di serahkan kepada beliau.

sambil-sambil en abah, kak long & along saya di dalam kedai..
saya sebagai penjaga kanak-kanak hanya melepak di luar kedai sahaja.
paham-paham je le anak saya ni tak reti dok diam & setempat


comey kan gambar 3 orang kanak-kanak di bawah,
dari kiri haziq, kakak thirah (kakak feberet haziq) & Kakak nana



nana - dengan muka yang lesu..
siyan dia. berjalan sekali sekala tetiba perut nya tak sihat, sampai panas badannya.




gambar kami
tengah menunggu along & kak long.
hehehe, rekues kakak thirah, mau makan KFC.. nyum-nyum sedappp..

tengok anak dara sebelah en abah..
dah besaor panjang dah dia..
dorang 3 beradik ni dulu masa kecik² melekat je dgn kami suami isteri.
sekarang masing-masing dah besar.. kejapnya masa berlalu kan.

en. abah dah suruh saya list downkan barang² yang perlu di beli utk bakal newborn baby.
masalahnya kan.. saya blurr la sekarang ni..
apa yg nak kena beli ek??
yang saya tau nak kene cari certain² sparepart utk breastpump Avent saya & kain napkin,
selain pada tu nak beli ape ek?