siapa esok yang turut serta dalam perhimpunan sambutan Hari Malaysia yer..?
saya ucapkan Selamat berhimpun la yer..
saya tak ke mana pun esok,
merehatkan diri aje.
paling kuat pun mesti nak kemas rumah serba sedikit..
basuh baju sidai baju
end up lipat kain & susun² baju dalam lemari *kerja rumah yang paling ai tak suka*
tapi esok petangnya saya ade jemputan makan-makan..
hehehe, jiran depan rumah buat open house.
kami sekuarga kena la menghadiri dengan rasa gumbiranye kan,
sejengkal je rumahnya dengan rumah saya,
memang tak patut kalau tak pergi.
Open house rumah saya? Hah?? usah di tanya.
rumah saya tahun ni sama seperti tahun lepas,
masih rumah tertutup. tiada open house raya.. hehehehe..
belum mampu nak buat keramaian sempena hari raya.
kalau tahun sudah disebabkan haziq chicken pox,
tahun ni pula saya yang belum berapa sihat.
nak masak-memasaknya pun rela dalam terpaksa.
kalau tak saya yang paksa-paksa usaha masak, macamna lak saya nak makan??
dah en. abah balik sampai rumah pukul 10 mlm..
takkan le ibu mengandung ni tahan kan lapo sampai lewat malam kan.
tapi tulah.. dalam paksa-paksa tu flat lah juga..
hari ni masak, esok dah lembik badan.. muahahaha.
ape yg nak meng open house nya kan.
ucapan ikhlas dari kami,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri.."
eh! tahun ni blog saya takde gambar raya kami sefamili la..
alahhh.. macam rasa tak best pulak.
erm... ni macam nak kene paksa-manje-manje en. abah bergambaran aje ni..
Nantikan gambar raya kami yer... daaa!
2 comments:
gambar ngan haziq tu pun cantik..
suka tengok umah dier.. kemas jekk..
terima kasih na..
kemas sikit-sikit je.
saya ni jenis tangan kayu hias rumah cantik-cantik..
stended rumah kampung aje. :)
Post a Comment