Thursday, June 30, 2011

latest perfume

perfume the latest saya sekarang..
murah je. tak mahal.
muahaha.. takde dah bau wangi perfume hantaran ke ape dah sekarang.
bau balm semedang.

Tuesday, June 28, 2011

celoteh tika detik yang sejuk

petang ni, keadaan saya terlalu mengantuk,
niat asal nak tepek gambar-gambar,
gambar saya ke, en abah ke gambar haziq ke, takpun gambar family saya.
selak beg, rupanya, tak di bawa lansung memory card maupun kamera kompek.

so, apa yang nak di celoteh kan eh.
macam nak cerita pasal haziq saya... ermm.. okey juga cerita pasal dia.
bila kat office, seminggu ni.. rasa rindu sangat dengan haziq.
sampai rumah jumpa dia, ya Allah dugaan nya rasa.
aktifnya & keletahnye dia sekarang makin menjadi-jadi.
tak terlayan di buatnya. kusss semangat.

nasib baik en. abah memahami, sungguhpun beliau sentiasa didalam keadaan yang
terlalu bekerja, en abah la yang banyak handle haziq sekarang ni. Ibu memang surrender terus dah sekarang.

boleh la describekan en abah ni kerja 24/7.
tgh makan kenduri pun buleh lagi assist hal-hal kerja.
part paling membahayakan, tengah drive pun boleh lagi involve dengan kerja.
tangan ai ni dah biasa dah pun jadi asisten tukang pegang henpon dia masa beliau driving..
walau sibuk cemana pun, walau hangin cemana pun saya dgn en. abah yang sentiasa bz ni,
saya kene terima dan redha. "Dah itu tugas dia"  itu yg selalu mak saya lecture kan saya ni.
kalau dah en. abah tu sibuk sentiasa, dah tentu dia ade tensen & problem kan.
kalau balik rumah, saya lak yang marah tak tentu arah kat dia,
makin bertambah le tensen en. abah saya tu.
bila dah tensen dgn bininye, dgn anak-anaknye pun sok dia tensen.
tu yang mula cari alasan nak ngeteh sana sini keluar rumah tu.
dah kalau balik rumah bini menambah cari pasal tak sudah.
lagipun en abah ai ni si bungsu..
lambat sikit kebolehan mengawal kehanginan.. #muahahaha matik saya dia baca bininye ngumpat dia
ahad lepas, Hari Sukan Tadika Haziq.
5 buah centre bersukan together² secara besar²an.
tapi Haziq saya tak pergi pun, erm.. siyan dia.
tetiba Sabtu tu badannya naik panas demam.
berlanjutan sampai Ahad. Siap kena masukkan ubat bontot lagi..
terlalu panas.

takpe la kan haziq, agaknya belum sampai rezeki haziq untuk bersukan.
tambah lak ibu haziq sekarang ni bukannye sihat bebenor.
kang dibuatnya ibu pitam kat tepi padang tu kang. dah jadi satu kerja lak en. abah nak ngurus..

ada rezki, di lain masa & tahun insyaallah kita pergi kan sayang.

Tuesday, June 21, 2011

kejap aje

geram pulak tengok gambar budak ni..
bulatnye dia dulu-dulu..






sekarang sudah 4 tahun umurnye..
18hb, Sabtu lepas genap haziq 4 tahun.
Walau takde sape-sape pun wish haziq sabtu tu,
ibu & abah orang pertama wish Haziq, Happy Birthday.. muuahh! sayang anak ibu.
mekaseh yer acik sob sefamili bagi SMS wish besday tu yu untuk haziq saya.
terkojut ibu, ibu iman ingat besday haziq.. very the chemicalnya kan.. hik..hik..hik.. *terharu

kami tak buat celebration party-party pun hari tu.. hehehe
kitaorg pergi KLCC pergi tengok wayang cerita Kung Fu Panda II 3D.
pastu makan-makan lepak-lepak 3 beranak.

gambar takde, sebab ibunya dalam mood malas.
nak amik kamera pun rasa berat. muahaha..

Friday, June 17, 2011

pagi Jumaat yang sejuk

sejuk nya hari ni..
terasa liat nak mulakan tugas, hihihi..
dah seminggu saya rilek sikit di waktu pagi.
tugas hantar haziq ke kindy sekarang ni en abah yang ambil alih.
kurang lah sikit saya bergegas ke sana ke mari macam dulu.
dan alhamdulillah tiap hari saya datang awal ke pejabat.. ~suke!

dek kerana kerja-kerja yang ade dateline saya dah settle kan semua semalam,
pagi ni saya dah macam ,..eh dah habis kerja!! wahh lenggang kangkung je la nampaknye.. muahahaha..
banyak le lenggang kangkung nya kan,
ni nak tunggu PO dari customer pulak, dah dapat karang..
bermula pulak pulun arrange shipment.. adoi doi doi..
dah namenye tugas harian kan,
mana boleh di tidak-tidak kan. nak suka-suka hati sentap-sentap.
kadang² manusia ni macam-macam ragam,
dah dapat yang okey belah sini, dok berjaki dengan org lain belah sana.
kadang dia dah lebih dah dari orang yang kat situ,
yg sikit kurang dari orang tu yang di jeles-jeles nya sampai meroyan.

hai la... macam-macam...
terima & redha je la bahagian masing-masing.
rezeki tu Allah S.W.T punya kerja.
siapa lah kita untuk menyoal untung ruginya, kan..
setiap manusia tu dah ditentukan qada' & qadarnye.

Wednesday, June 15, 2011

transform! chak..!

jumaat tak sihat,
sabtu sihat sikit.. dapat gagahkan diri & syukur badan sihat di hari itu.
dapat saya laksanakan amanah dari Butik Zeaty untuk bersama menjayakan
event pertunjukan Fesyen Warisan Muslimah Butik Zeaty.


















ribuan terima kasih pada semua penaja, Butik Zeaty,  Kak Dina the main sponsor for Abaya,
busana pengantin dari butik Lestari Pengantin, Kak Linda Miswan untuk the gorgeos bags.

gambar-gambar saya amik dari pro photog Yusri Wide, dari azah (juara wajah pesona)
dan di ambil juga dari farha (pemenang ketiga wajah pesona)

yang paling penting, saya ucapkan terima kasih untuk mak abah saya yang datang
tolong jaga kan si lasak haziq saya, dan pada en abah tercinta, i luvv yu so much sayang..
tak lupa juga pada adik bungsu saya si manja yg dimanja-manja skrg sudah bujang besor dah,
mekasih dik, jemput & hantar mak abah dari kampung.. adik bungsu ku memang cukup memahami kakak eh yg eleh sorang ni..

tanpa sokongan dari keluarga tersayang & suami tercinta, mungkin susah untuk saya laksanakan
amanah yang di beri. Syukur..

angan-angan tinggal harapan...

semalam ye ye ah aje, saya nak ajak en. abah ke pasar malam
nak beli kelengkapan utk masak sendiri kuay tiaw goreng..

sampai rumah menggigil-gigil,
terus terlepet ketiduran..
mujur ade channel Baby TV, dapat ler anakanda tersayang terleka melayan tv.
siap pesan lagi, "haziq.. jangan kacau ibu yer.. ibu nak rehat kejap, demam ibu datang balik."

en.abah balik, menggelabah betul dia tengok
isteri kesayangan aka super women beliau terbaring lembik(ade pulak yg mencebik ni karang .. hihihihi)
kebiasaannya, setakat sakit sikit-sikit tu
rumah, anak & masak dinner mesti perfect.
tapi kali ni, memang series tak larat. semuanya non hado.
oleh yg demikiannya, kami ke pasar malam untuk beli juadah makan malam kami seisi keluarga.

eh, tau tak.. dalam demam-demam ni kan,
ai jadi model tau! runway model lagi... muahahaha...
nak tengok gambar² nya?? tunggguuuu..
syukur Allah permudahkan semua urusan ku, ..

Tuesday, June 14, 2011

datang mengada dah..,

tetiba nya hari ni
saya rasa nak makan kuay tiaw goreng la.
pastu kan pandai lak tekak ni nak demand, nak kuay tiaw goreng doli Taiping..
memang betul mengada yer..



Taiping tu kat perak, awok tu duduk mane?
selangor.. dari Selangor nak ke Taiping dah berapa kilometer?? tak ke gile jauh tu..

bila kenangkan hari ni Selasa, ade pasar malam kat rumah saya hari ni,
tipon-tipon en abah, tak di angkat teleponnya ha..
ni mesti tertinggal henpon.
seb baik ade alternatif lain,
cik puan bininya ini pun gigih  menaip emel inform en. abah,
kalau dia kelapangan petang ni, boleh dia balik rumah awal,
saya mau mengajak beliau bersama-sama ke pasar malam.
nak beli kelengkapan kuay tiaw goreng.. nyum-nyum-nyumm..

dah set dalam kepala ni, saya nak masak kuay tiaw banyak-banyaka,
letak udang & kerang banyak-banyak gak.. bagi puas makan,
buleh bekalan esok ke opis lagi.

minah yang pakai tudung bawah ni la yang mengada bebenonye sekarang ni,

pastu nak beli tempe banyak2 gak.. goreng tempe cicah sambal kicap...
wahh sedapnya!!!
dah demam beberapa hari ni, badan pun dah kesep.
maka tiba la pula masanya untuk menembamkan balik badan yang dah sekeping ni..

Dah takde Isi badan ni..

dari Jumaat sampai Senin saya cuti sakit.
huhuhu siyan kami anak beranak.
jumaat malam sampai sabtu malam kami sihat walafiat.
sebab mak abah saya datang, automatik ler sihat.
ngeh.ngeh..ngeh.. makan sedap, hati pon senang.

ahad pagi saya mula demam balik.
pegi klinik, takyah minta MC, doktor yang terus bagi MC kat saya dan en. abah.

sebab terfikir dah dua hari saya tak kerja,
jumaat & Isnin,
rasa tanggungjawab tu menebal terus untuk
gigihkan diri sendiri ke pejabat hari ni.
dalam pada badan terhuyung hayang demam tak berapa nak kebah tu,
saya buat juga kerja-kerja tertunggak yang dua hari lepas punya.
haziq tu pun bukan larat sangat nak pegi sekolah,
tapi teachernya dah cakap minggu ni minggu tak belajar, minggu training untuk sport day,
baru bersemangat budak bertuah tu ke sekolah.

lunch time kang saya nak baring kan diri kat surau. huhuhu ketar nya rasa badan ni.

Friday, June 10, 2011

Channel 618 Baby TV


tak perasan pula rupanye channel 618 di Astro dah ade rupe-rupenya.
itu pun haziq yang jumpa channel ni.
bagus la Astro dah adakan channel Baby Tv ni.
leka haziq tengok.
selalunya kami buka Cd segala baby genius untuk tontonan haziq.
haziq ni susah sikit nak suruh dia tengok tv dengan kusyuk.
kartun-kartun yg tak berapa thrilling takde nya nak tengok secara penuh tumpuannya.
bila ade channel Baby Tv ni, memang kagum dgn minat haziq menontonnya.
sambil menonton, sambil dia ikut dari segi perbuatan, nyanyi dan juga sebutan.
omaknya ni kan banyak malas dari rajin, elok gak baby tv ni , dalam tak sedar
buleh jadi alat bantuan mengajar untuk anak-anak kecil.
bagus untuk toddler, infant maupun baby yg masih dlm kandungan.
apa kata org tu, good for brain development...
saya yang tua ni pun enjoy gak tengok channel ni.

Thursday, June 9, 2011

bila di suruh baca masa dia tengok cerita favourite


abis semua kucar kacir.. muahaha..
elok baca alfatihah, tetiba ending dengan surah al-asr.
takpe la sayang, ibu saje je nak haziq recap apa yang haziq dah pandai.

video kenang-kenangan haziq di umur 3 tahun 7 bulan..

Tuesday, June 7, 2011

lagi Dua lagi..,

sekarang sudah Jun, 2011..
bulan ni byk tarikh penting untuk saya.
meh nak listkan untuk diri saya sendiri,


1st  ~ 6hb Jun birthday mak saya
2nd ~ 5hb June anniversary saya
3rd ~ 18hb Jun birthday haziq anak saya
27th ~ birthday adik bongsu saya.

erm.. tahun ni bulan Ramadhan bulan Ogos kan,
tak lama lagi dah.
puasa saya tinggal 2 hari je lagi nak bayar.
bila la gaknya nak buatnye ni yer..
Allahuakbar... malass, syuhhh!! jejauh dari saya..plzz..

Sunday, June 5, 2011

special nya hari ini..,

hari ni bersamaan dengan 5 June, dengan besar hatinya
saya wishing a happy anniversary untuk saya dan suami,
harapan kami agar kebahagiaan akan berkekalan & kesihatan yang baik 
mengiringi kita selamanya, 
dan moga hubungan kita beroleh keberkatan & di murahkan rezeki sentiasa..
kami tak celebrating apa-apa pun hari ni,
duduk berehat aje di rumah.. 
"p/s; hadiah anniversary kita tahun ni paling special kan en. abah ku sayang.."

dalam pada saya yang keletihan & kekuatanmakanan yang tak sudah-sudah hari ni,
jauh di sudut hati saya sentiasa berdoa abah saya sihat walafiat macam biasa.
harap-harap abah saya tak apa-apa 
dan arap-arap dah boleh discharge esok, Amin ..


Friday, June 3, 2011

Fatigue

malam-malam, saya memang keletihan.
makanya banyak tugas-tugas seharian saya tertunggak.
kerja-kerja rutin mcm membasuh baju, sidai baju, lipat baju,
kemas rumah,dapur, menyapu & mengemop lantai.

satu je kerja yang saya tak tunggak.
cemerlang je tiap hari 2 minggu ni,
masak memasak utk dinner.
sebabnya saya rasa saya yakin boleh buat.. hehehe..

aritu saya terasa nak makan kuey tiaw sup,
walaupun saya rasa tak sedap, tapi incik suami & incik anak kata sedap, tu dah memadai la kan.
pastu ada satu aritu lak,
saya teringin nak makan spaghetti ala-ala yang mcm dalam cerita korea 49 days.
rupa macam dah sama, walaupun licin en abah & haziq suka
piawaian tekak saya cuma limit 2 sudu je yang masuk dalam perut.. hihihihi..

tu tandanya tekak mengada kan.

semalam lagi best, teringat² cik dayah (opismet) punya maggie.
padahal dayah makan maggie tu awal tahun aritu.
boleh teringat² sampai sekarang... over betui mak budak ni.
jadinya semalam dinner saya maggie ruski perisa tomyam.
uiii sedapnya.. satu mangkuk licin sampai titisan terakhir.

dek kesedapan makan maggie tu, tengah malam nak tidur tu
2 kali masuk toilet ter bery... huhuhu
pagi ni pun perut very not good.
kalu still tak boleh tahan, nak tanak kena pegi klinik ni..
takut dehydrate..

eh esok saya cuti dari sabtu sampai isnin la.. yippie!
orang yang paling happy of coz si haziq.
takpe la.. sekarang ni ibu & abah bagi chance kat budak sorang ni.
emosi haziq sekarang adalah keutamaan kami.
kami tak kisah, ramai orang dengki ke jeles ke,
kena kutuk ke, kena kata berbakul-bakul pun..
kena fitnah ke... kan,
banyak² dapat kutukan dari orang pun takpe.
insyaallah rezki berganda bahgian saya di sebalik segala nya.

sekian, salam jumaat dari saya.
Shukur Alhamdulillah, atas rezeki dari-Nya..

Wednesday, June 1, 2011

How to measure high heels height

There is a general categorisation for heels:


Flat from flat mm to 25mm
Low from 25 mm to 60 mm
Medium from 60mm to 85mm
High from 85mm to 100mm
Very High over 100mm

Also here, like for sizes, there is not a standard. There are 3-4 ways to measure them, usually localized.


American way:

The measured is taken placing the heel, with heel tip, on a flat surface and then measure from the surface to the top of the heel (in the back of shoe).

You can see it here:


Italian way:


The measure is taken on the heel axis (about the middle of the heel) without tips.



Italian way #2:


The measure is taken on the heel axis (about the middle of the heel) with tips.



Continental Industry way:


the measure is taken as in fugure and with tips.

An important thing to say is that the standard heel measurement is taken for all styles from a standard measure (usually 38EU/8USw). So when you have a 5" declared heel this is the measurement for the size 38EU/8USw. For bigger sizes the heel will be highter, for lower sizes the heel will be lower.


This choice has a reson: a 5" real heel over a 34EU will give an highter arch than for a 38 and you feel to be, for that small size, to highter shoes; ie: heels height will decrease or increase according to size.

Usually the height varies with about 2-3mm for each size. For exemple: a 10cm declared heel will be 10cm for a size 38, 9cm for a size 35 and 12cm for a size 45.

Many scientist have tried to find a formula for the perfect heel.


This is a funny one:

The basic formula is : H = Q X [12 + (3 X S/8)]
H is the maximum heel height, in centimeters.
Q is the sociological factor and S is the shoe size;it must be a good enough base of support to keep you upright.
The Q factor of the formula encompasses several variables and gets a bit complicated.

Here a extended version of Q:

Q = [P X L X (Y + 9)] / [(T + 1) X (A + 1) X (Y + 10) X (L + 20)}.

To further decode: P is the probability the shoes will land you a date or other flattering attention.
L is the price of the shoes, in British pounds.
T is the time elapsed since the shoe was the height of fashion (zero means it's red-hot).
A is the units of alcohol consumed while wearing the shoe.
Y is the years of experience wearing high heels.

Use this to decide if you have to buy a pair of high heels?
Surelly not, the main factor should be to be more sexy!

Sumber adalah di Googled