Wednesday, May 18, 2011

Hadiah Hari Lahir yang awal sebulan

rentetan dari kisah kami ke Midvalley yang bertandas tak best tu,

lepas hantar wan dungun haziq naik bas ke Hentian Putra,
kami 3 beranak terus ke Midvalley Mega Mall.
utk meneruskan misi en. abah.
bersempena di hari itu abah mempunyai kelapangan masa,
maka mood nya amat ceria & kelakar sepanjang hari.. sungguhpun ketika itu, panas yg amat teriknya cuaca.

kami terus ke Toys r us,
cari punya cari, stok barang yg kami idam-idamkan sudah tiada lagi.


bila dah takde stok tu, saya & en. abah bersepakat terus ke subang jaya,
pegi ke Toys R us yg baru yg kat Subang Jaya, sebelah The Summit tu.
ape ke nama nya Mall tu, the Empire ke.. ye la kot.. Empire.

ya.. akhirnya jumpa juga kami. dgn Set Lego yang zaman dulu-dulu tu..
yang kita boleh decorate ikut bantai suka hati kita nak buat ape.
kita boleh buat robot, buat kapal terbang, buat burung? rumah? pistol?
dan berbagai-bagai lagi permainan kita boleh buat.

kami memang dah tak berkenan dgn LEGO zmn sekarang ni
Pada kami amat limited utk di ubahsuai. Harganya kan mahal.
kalau beli yg utk Jet, Jet aje yang dapat di hasilkan.
Kami lagi suka & minat dgn LEGO yg tradisional dulu-dulu.
petak segi empat semua, dan kita buleh adjust macam-macam permainan
ikut kreativiti kita sendiri.


Set LEGO yg ni Limited edition. yang ade mase tu cuma 4 kotak aje yang tinggal.
bila tanya dgn Sale Advisor, budak tu pun kata dah takde lagi keluaran yang mcm ini.
Tanpa berlengah, abah belikan juga Set Limited Edition Lego ni sempena birtday gift utk anaknya.
dia pejamkan mata aje membayar.. hihihi.
ralat juga sebenarnye, tak belikan set lego mcm ni awal2 dulu masa haziq baby.
terasa juga woh, harga barang dulu & sekarang,
semakin lama kan semakin mahal.

Happy Birthday in advance, Haziq..
abah hadiahkan Haziq Lego ni, biar imagination nya seiring dgn kreativiti.
hadiah gini memang sesuai sgt utk si exploration boy ni.

ibu & abah tak kisah orang lain nak cakap haziq mcm-mcm.
anak ibu naughty & tak reti duk diam sbb haziq genius, kan sayang.

biarpun gigi haziq rongak, badan haziq kurus kecik..
ibu & abah tetap bangga dgn haziq budak yg cerdik, penyayang, independant & fast learner.

moga jadi anak yg taat, soleh & berilmu ye sayang. Amin.

4 comments:

zaidah said...

tekun betul haziq membina lego tu....anak2 zai sekejap aje diorang tu bina lego lepastu habis disepahkan...

MayaYunus said...

haziq mang genius,,ensem lak tu ♥♥

lantak p kita lah anak kita noti ke, hyper aktif ke, kurus melidi ke, sbb itu anak kita, kan,,??

Izzatul Azma said...

happy bday in advancee haziq.. :)

yelah kak, lego zaman kekecik dlu lagi best nk buat macam2 boleh kann

Ena said...

happy birthday in-advance buat haziq..

yela.. lego skrg tak cam dulu.. tp sempat la beli masa anak2 kekecik dulu.. tp skrg dah tinggal bbrp ketui saje.. tu la jadinya bila suka bawka menan merata2.. yg tinggal hanya boxnya..adeihhh!!