Sunday, January 16, 2011

kena bebel yang tak di sangka

semalam, hari sabtu
en abah pagi-pagi ke perodua..
nak hantar kereta ibu utk major service..
lokasi centre adalah di jln chan sow lin.
dek kerana sang putera nya dan si ibu yang macam-macam kerenah,
en. abah langsung keseorangan sahaja yang pergi ke perodua tu..
dalam sejam sengah lebih-lebih sikit baru ler saya dan anak sampai
kat service centre chan sow lin tu..
saya dan haziq yg akan tukar shift en. abah tunggu viva siap di servis,
en. abah lak bergegas ke tempat lain. dia ade bende yg lain nak kena buat.
baru je kami melabuhkan punggung di kerusi di tempat menunggu,
haziq mengiyau nak shee-shee *kencing
makanya bergegas le saya bawa anak bujang tu ke toilet.
dah le mase nak masuk toilet tu, bising-bising dia komplen.. dia tak patut masuk toilet pompuan.
"ni toilet pompuan la ibu.. haziq kan boy.. tak boleh masuk toilet pompuan... ibu,"
setel service kat perodua, kami bergegas ke sri petaling pula..ke kedai tayar.
en. abah dah memang tunggu situ.
memang saya mau tukar tayar ke empat-empat tayar viva yg sudah kebotakan..
baru je sampai kat kedai tayar, haziq mengiyau lagi mau shee-shee..
terus automatik saya membebel kat dia,
"haziq ni kannn... baru je tadi shee-shee, dah nak shee-shee lagi.."
"ala ibu ni.. haziq sebab nak shee-shee la.."
setel uruskan haziq, saya pulak terasa nak shee-shee,
cakap le kat dia suruh tunggu ibunya..
dan tak di sangka-sangka,
"eh ibu nih! tadi baru je shee-shee, naper nak shee-shee lagi, haaa??"
adoiii!....sakit gak kene bebel ni kan..

5 comments:

Ena said...

heheh..

kelakar plak kan!..
copy paste je ayat kita.. ;D

MayaYunus said...

bijak,,,mmg bijak,,,,,,,

Rizziela said...

Haziq pulangkan paku buah keras kat mama ek?

ietams said...

Ena,
memang tepat terkena ibunye.

PuanMay,
bab mensaiko balik ayat org saiko memang cukup cepat dia ni

Rizziela,
memang sekeras² paku tu..
menahan aje le

ina's said...

ngeh..ngeh..ngeh..