Saturday, January 29, 2011

sabtu hari ni

saya ada program.. plan terkejut-kejut ni memang best. komfem jadik je.. mood hari ni amat menyeri-nyerikan saya. yeyy! sukanya.. eh, baju mandi takde la.. HOWW??

Friday, January 28, 2011

Bharat Tea Plantation

dah keluar dari ladang teh BOH dan EQ Strawberry Farm, kami ke Bharat Tea Plantation pula..
lokasi ladang teh cameron valley (Bharat Tea) ni tak berapa adventure,
hanya di tepi jalan besar sahaja.. kalau dari Tanah Rata nak ke Ringlet,
jumpa ladang ni di tepi jalan belah kanan..
senang aje..
lokasinya pun cantik & luas..
haziq dah penat berlari² melompatmasa berenti kat Bharat Teashop ni.. sebab tu dia ontok je kat dlm buggynya.. ladang bharat ni agak selesa untuk berjalan-jalan, berlari-lari.
Tidak berapa curam lereng²nya seperti di Ladang teh BOH.
en. abah dah penat, tak mau dia snapping bertiga kat sini..

teashopnya mase ni dah tutup..
kalau tak silap jam 5ptg kot dia tutup.
duduk sini pun tak lame,
cadangnya nak beli teh Bharat ni, bila dah tutup makanya dlm perjalanan pulang keesokan harinyalah baru kami menyinggah ke sini semula..

letaknya EQ Strawberry Farm Cameron

saya nak sharing info ni dan juga sebagai panduan saya di masa akan datang lokasi kebun strawberry yang saya pegi aritu.. banyak kan kebun strawberry yang ada, boleh jadi pening nak pilih yang mana satu, untuk elak pening yang sedia pening di masa itu saya sorang je yg terlebih pening kami pilih tempat yang senang. paling senang aje.. landmark nya Hotel Equatorial.. betul² sebelah jalan nak masuk hotel tu. masa tu nampak kebun ni yang nampak macam lengang tak ramai orang.. berbanding kebun-kebun lain. kemudahan parking keretanya pun lengang, besar & ada jarak sikit dari jalan besar. letaknya sebelah hotel best. merasa juga ala-ala best.. ahaks! Jadi, inilah pilihan kebun yang terbaik bagi kami..

Thursday, January 27, 2011

kerjasama berganding bahu..


semua gambar ni candid.. mereka berdua memang susah nak bergambar.. bila tengok gambar² mereka berdua bekerjasama petik strawberry ni kan.. oh sweet nya..

Pick Your Own Strawberry

kene bayar RM20 utk setengah kilo.. dah siap petik, kene timbang.. kalau dah terlebih dari setengah kilo, kena bayar lagi ikut berat yang terlebih tu.. tips pekerja situ, cari strawberry yang dah nak pecah belah tangkai tu baru dapat yang manis cantik kan.. penuh dengan pokok strawberry... yummy..., harum strawberry je masuk sini. petikan yang pertama saya.. excited!
ranum kan!
hasil petikan kami..
terlebih berapa gram tah..
kena bayar lagi RM8.60.
tapi syiling yang ade cume 40 sen sahaje..
bangla tu pun bagi cincai aje..
dapat la diskaun 20 sen. sedapnya strawberry!
manisss.. kat kereta tu dah habis setengah..
nanti nak pergi lagi la...

tiada lawatan ke kilang

tunggu masa lawatan.. dah 5-10 minit macam boring², pegi baca papan notis kat belakang tu, rupenye sudah tiada lawatan ke kilang lagi dii masa itu.. sudah time utk cleaning, meybi dorang mau pulang sudah..
cuma amik gambar serba sedikit aje la..
tengok² mesin proses teh zaman mula-mula dulu,
dengan penimbang nya juga.., sudah dahaga, berhenti seketika di tea shopnya utk menikmati teh yang segar, dalam suasana yang segar, sejuk, dingin..
*perasan ala-ala mat saleh kaya sekejap* setelah mau pengsan+menyirap melayan kerenah orang bujang sorang ni,
kami pun berjalan pulang..
eh! ke kebun strawberry pula la..

english vs malay

kisah 1, "mana ketiak haziq? cube tunjuk ibu yang mane ketiak??" *...blurr je mamat tu terpinga-pinga...* saya try ubah soklan yg lain, "show ibu your armpit, ziq..?" "ni ampit ibu.. lef ampit.. rait ampit.." lef = left rait=right ampit=armpit kisah 2 lepas mandi, "angkat tangan haziq.. ibu nak pakaikan towel" haziq mase tu = *muka selamba* saya try yang ni pulak, "raise your hand ziq.. ibu nak cover your body" otometik cargas dia ikut arahan .. kisah 3 masa dia tak sihat demam & batuk 2 minggu lepas.. mukanya pucat sangat mase tu, mungkin dia pening.. saya cuba tanye, "haziq pening ke..?" senyap je dia.. tak menjawap pun soklan ibunya.. saya tanye lagi.. haziq pening ke..? "tak lah ibu, haziq dizzy ni.. rasa nak muntah.."

Wednesday, January 26, 2011

meredah ladang teh

gambar² hasil dari Nikon D7k bersama tools yg basic sahaje....

mereka comel tanpa l.e.m.a.k.

mencelah sekejap entry yang lain selain dari entry cameron highland..
penat dah nak watermark segala gamba..

sebab pagi tadi tengok gamba² budak bertiga ni kat FB Cik Puan Sob..
terus teringat entry ni dah berzaman ade dalam draft..

dari pada lapuk, baik saya publish kan sekarang..

mereka yang kembar 3 berlainan ibu & bapa..
dari kiri, iman anak puan Sob, miyoi anak adik puan sob, dan paling kanan adalah haziq anak saya.. Comey je diaorang.. betul² macam kembar, saiz same, tinggi lebih kurang, tahun lahir pun same.. cume beza bulan aje..


dorang bertiga masa ni ade larian pecut 50meter..
tu sebab muka masing² super berlengas..
padehal rumah cik puan mase ni penuh dgn orang, jamuan makan-makan birthday celebration..
tak peduli kiri kanan, dorang bertiga bersukan acara bebas..

sekepala la katekan.. suara tak berbunyi, tapi masing² buat aktiviti bersama-sama..
rasanya dorang interaksi guna perbualan dalam hati la kot..
ape kata orang tu.. kalau dah sekepala.. hati pun sejiwa gituu..

Ladang Teh lagi..,

citer cameron saya tak abis lagi.. banyak gambar yang ade.. kasi tepek byk² utk cuci mata & buat kenang-kenangan.. en. abah yg sedang meng ejas kan tripod.. dah datang jauh² meredah denai kan, kena la amik gambar secara banyak. yer tau..., gila adventure perjalanan nak masuk ke ladang ni. jalannya ber selekoh², dan kebanyakan laluan nya cuma muat-muat utk satu kereta. pemandu kereta kalau nak masuk ladang Teh Boh ni kena ada sifat bertolak ansur dan berhemah yer.. jangan la ko nak mengada-ngada eksyen kereta ko best, besar, hidung tinggi, selamba badak je ko nak speeding sensorang kat jalan tu.. memang saja nak masuk curam le jawap nya kalau begitu. dan macam biase, kalu dah ade signboard sebegini, kene wajib bergambaran..baru la nampak kita sampai kat mane kan.. bila bergambaran kena pegang haziq betul-betul.. memang tak kasik dia lepas.. siksa sungguh nak bergambaran sekeluarga.. haziq ni tak suka ambik gambar. Rata-rata gambar candid, tak pun kita kene kelentong dia macam-macam.. sebagai contoh ayat kelentong kami, "eh kenapa butterfly tu ade banyak wing kat kepala abah??" "ya allah.. lizard tu jumping pulak kat belakang abah...!" dan haziq pun terus dengan rasa terperanjat & teruja baru la dia boleh pandang kamera, kalau perasan... , pasal tu muka dia banyak muka terperanjat aje... hehehe kelakar kenkadang bila pikir² balik.. tapi mase kat cameron ni, dia dapat expression muka baru lak. buat muka ganas ala-ala ganas rock kapak la gitu.. walaupun keadaan & udara amat sejuk masa ini, kami bertiga tidak memerlukan jaket, berpeluh senantiasa.. sebabnya,
  1. haziq sentiasa berlari melompat sana sini
  2. ibu dan abahnya pula sentiasa bersedia utk berlari mengejar haziq..