Monday, November 29, 2010

Makin Ramai wanita Malaysia di jangkiti HIV...

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - More Malaysian women are being infected with HIV, with most of them contracting the virus from their husbands or boyfriends.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie said although the total number of HIV cases in the country had declined over the past five years, the number of women and young girls infected had risen from 4% in 1995 to 18% by the end of last year.

"Most were housewives. In Asia, 25% to 40% of newly infected women and girls contracted the disease from their husbands or boyfriends.

"The data we have in Malaysia shows that this is already happening in Kelantan, Sabah, Sarawak, Kedah and Johor," she said at the launch of the State of the Malaysia HIV and AIDS Epidemic 2010 conference here.

berita selanjutnya di sini..

Friday, November 26, 2010

Pulangkan Tangan Ita,..

~cerita sedih yang penuh keinsafaan ini adalah di copy paste dari Halaqah.net, TQ~

************************ Abah!…….tolong kembalikan tangan Ita!!!

 Assalamualaikum teman-temanku sekalian,
Kisah ini untuk dijadikan pedoman dan pengajaran……
Sebagai seorang ibu, anda patut menghalang atau menegur
perbuatan suami anda memukul terutama sekali
terhadap anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2.

Kalaupun terpaksa, ikutilah seperti apa yang telah diajarkan
oleh junjungan besar Rasulullah SAW.
 Namun perlu diingat, dalam Islam memukul bukanlah cara terbaik didalam mendidik anak-anak!!

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar,
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya
yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.
 Suatu hari dia melihat sebatang paku karat.
Dia pun mencoret simen tempat letak kereta ayahnya
oleh kerana lantainya diperbuat dari marmar, coretan tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, coretannya tampak jelas.
 Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativinya.
Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya,
ada perayaan Thaipusam.

 Setelah penuh coretan yg sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri kereta.
Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,
lukisan ayam, kucing dan lain mengikut imaginasinya.
Kejadian itu berlangsung tanpa disedari si pembantu rumah.
 Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru sebulan
dibeli dengan bayaran ansuran.

Si ayah yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,
dia terus mengatakan “Tak tahu…!”, "kamu dirumah sepanjang hari,
apa saja yg kau lakukan?"herdik si isteri lagi.
 Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita yg membuat itu abahhh.. cantikkan!"
katanya sambil memeluk ayahnya ingin bermanja seperti biasa.

Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil
dari pohon bunga raya didepannya,
terus dipukulkannya telapak tangan anaknya berkali-kali .
Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
 Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah-olah merestui
dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah kebinggungan, tidak tahu apa yang harus dibuat.
Si ayah cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

 Setelah itu si ayah masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.
Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis.
Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
 Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak membengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan obat saja!" jawab tuannya, ayah si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak pun menjenguk anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu.

Si ayah kononnya mau mengajar anaknya.
 Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.
 "Kasih minum panadol ," jawab si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidurnya dia menjenguk kamar pembantunya.
Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah,
dia menutup kembali pintu bilik pembantunya.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya
bahwa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik, doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya yang serius.
 Setelah seminggu dirawat doktor memanggil ayah dan ibu anak itu.
"Tidak ada pilihan.." katanya yang menyarankan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu parah.

 "Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya
kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yg dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya,
si ayah terketar-ketar menandatangani surat persetujuan pembedahan.

 Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang disuntikkan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga hairan melihat kedua tangannya berbalut kain putih.
Ditatapnya muka ayah dan ibunya, kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

 Dalam kesakitan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata,
"Abah.. Mama… Ita tidak akan buat lagi.
Ita tak mau abah pukul Ita lagi, Ita tak mau jahat.
“Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,

sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeria.
 "Abah.. kembalikan tangan Ita, jangan abah ambil tangan ..
Ita janji tidak akan buat lagi!” Bagaimana Ita mau makan nanti?
Bagaimana Ita mau bermain? Ita janji tidak akan mencoret2 kereta abah lagi,"
katanya berulang-ulang.

Terasa tercabut jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi,
tiada manusia dapat menahannya!

  Pengajaran : 
Anak adalah amanah Allah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

p/s: itu Kalau anak yang buat boleh la di pukul sampai separuh mati, tapi kalau isterinya maupun si suami yang bersalah?? apa hukuman yang patut di kenakan yer..?? 

harta dunia..harta dunia.. kita mati sok pun tinggal kain kapan yang nilainya cuma beberapa ringgit aje semeter yang kita pakai ke liang lahad. masa tu, just babai aje kan segala kemewahan dunia.




Thursday, November 25, 2010

Mengetahui personality melalui tulisan?

Tengah membizi taip-taip nombor.. tetibe saya terasa kebolehan diri saya yang boleh menafsir personality orang .. chey..chey..cheyyyy.. Takde terror menafsir nya pun, cume teringat kenangan suatu mase yang dulu, .. mase tu saya keje jadi fasilitator kat Seremban. Betul² baru lepas grade kot.. masih segar lagi la kirenye kenangan ambik diploma kat dewan Sultan Iskandar, Sekudai.. nak jadi best lagi ceritanya, company tu menipu graduan² fresh seluruh Malaysia macam saya ni.. kekunun nya kami ni menjawat jawatan Fasilitator untuk cipta satu perisian alat bantu mengajar untuk subjek Math & Science dalam bahasa Inggeris yang mesra pengguna untuk di berikan kepada cikgu-cikgu sekolah seluruh Malaysia. Nak dekat sengah tahun gak rasanye kami tertipu.. siap pergi training 2 kali dah pun.. bukan calang-calang tempat training nye.. dekat Glory Beach & Palm Spring PD tu.. Rupe-rupenya company ni company yang takde pun Company registration dan juga takde connection lansung dalam kementerian pendidikannya.. Anis! Mesti ko ingat sangat-sangat pasal ni kan.. saya kenal Anis pun dari company ni la.. muahahaha kenangan paling buruk kami.. bukan kami graduate tempatan aje yang kena tau.. overseas graduated pun senasib kami, KENA TIPU IDUP-IDUP.. kerja tanpa gaji, buang masa & tenaga kami saja sepanjang mase tu.. kesian kat kami.. tertipu. Eh, dah lari jauh benar tajuknya ni.. saya berbalik semula pada cerita test personality melalui tulisan tu.. mase tengah-tengah kami bekerja dengan company penipu ni ,kami rajin la buat aktiviti berkumpulan.. aktiviti tu lebih kurang macam aktiviti yang boleh memotivasikan diri, minda & pemikiran. Ada satu aktiviti penulisan, lebih kurang macam ujian penulisan la kekdahnya. Tapi ketua kumpulan saya tak le bagitau tujuan sebenar test ni.. Dan sebagai fasilitator yang berhemah mase tu kami ni ikut ajela arahan ketua, menulis le memasing dengan tulisan masing-masing. Bila dah siap, setiap gaya & bentuk tulisan maupun huruf-huruf tu kita boleh tau macamna personality seseorang tu.. wahh! Mase tu kan macam bodoh-bodoh lagi kann.. tulisan saya pun mase tu tak konsisten sekarang pun masih tak konsisten, muahahaha.. kejap tu tulisan tegak kejap serong pastu satu huruf tu bersambung, dan tetiba lak sebutir-sebutir.. makanya, bila ikut pada result test tu boleh di tafsirkan saya punye personality ni :- 1) di katakan mempunyai sifat yang berubah ikut angin, tu betul sampai sekarang 2) dan saya ni perahsia orang nya.. daripada 10 rahsia yang saya ada, Cuma 0.5 sahaje yang saya share..tang perahsia ni katanya terjemahan daripada dalam satu perenggan ayat tu Cuma ade satu dua aje tulisan yang bersambung, bila dah macam banyak yang mengena, terus terfikir-fikir, "eh betul la.. terror la test ni.." cemane boleh terkena betul lak ni.. muahahaha.. Nampak sangat pemikiran mase tu muda benar kan.. Mana taknye kene tipu dengan mudah dengan company ni?? Wakakakaka! Gelak-gelak juga saya ni.. tapi bila fikir-fikir, dah itu ketentuan hidupnya yang dah dijanjikan untuk saya ni.. tak boleh tidak, kena hadapi aje la kan.. apa-apa pun saya bersyukur atas Nikmat-NYA. sekurang-kurangnya dengan pengalaman suka duka saya dulu-dulu tu, ia dapat mematangkan & mengelakkan saya selalu dari menjadi manusia yang alpa.

Wednesday, November 24, 2010

birthday party cum house warming

Tarikh kejadian : 13hb November 2010 Masa : 4.30ptg Lokasi: Puchong lepas dah kelam kabut beli hadiah besday untuk Quezair tadi, dah siap parking kereta kat rumah, lengkang kangkung kami 3 beranak menuju ke rumah Yus & Zana. untuk bersama² memenuhi jemputan yang kami dapat dari awal bulan lagi aritu..
rumahnye kat deret depan rumah saya aje..
Yus & Zana ni la yang dtg beraya rumah saya bawa buah tangan almen landen aritu.
gambar budak yg kat belakang kerusi tu la dia birthday boynye quezair ni satu kindy dgn haziq kat Little Calliph BK5.. tapi sebabkan putera saya tu tak sihat.. haziq banyak mengepit saya je la mase tu.. kami antara jiran yang terawal yang datang, sekejap lepas tu, datang izzat & anaknye aril. duduk semeja dgn kiteorang, then datang pula Teoh's family bawak newborn girlnye.. duduk juga semeja kami.. -sembang-gelak-sembang-gelak- then datang pula Gary's family, dorang nak duduk sekali juga, tapi dah tak muat.. last sekali datang Cheong's family. lama juga kami stay sana.. sebab bukan selalu leh beramah mesra antara jiran tetangga.. comey kan cupcake ni.. sampaikan saya tak pandai cemane nak makan.. rasa tak sampai hati pun ye juga.. muahahaha. lebih dari 2 jam kami stay situ.. haziq dah berapa kali dah ajak balik. dia kan tak sihat.. tak selesa katenye.. tapi dalam pada tak selesa boleh pulak dia request pegi main bowling.. saya umpan dia main game henpon saya pun.. dah tak jalan dah.. dekat 2 jam dah kan layan game! tak ke berpinau mate hadap game.... mungkin juga tuan rumah bizi melayan tetamu, kek besday pun dornag tak potong lagi besday boynya pun leka main-main dengan kekawan dah.. di akhiri dengan gambar budak handsome kesayangan ibu & abahnya.. yang suka-suka hati dia siram pokok tuan rumah buat macam rumah sendiri di tengah² majlis.

misi mencari hadiah

hari Sabtu bersamaan dengan 13hb November, kelam kabut kami ke Jusco IOI Mall, puchong mau mencari hadiah harijadi.. haziq melepet mase ni.. baring je.. dia tengah tak sihat.. dizzy katenye.. kejap² dia rasa mcm nak muntah. demam, selsema & batuk. Siyan dia.. dah siap beli, saya minta dia bawakkan present. baru la terasa best bila haziq sebagai kawannya yang bagi kan sendiri hadiah kat birthday boy comey betul saya tengok haziq kat sini, nampak mcm cute-cute je gitu.. yg sebenarnya... kami nak pegi rumah jiran, ade jamuan makan-makan sikit, kawan haziq, Quzair birthdaynya 11 November. di majliskan mase weekend. eh tahun depan lawa la date birth dia.. 11/11/11.. wahhh! Khelllasss kannn..

Tuesday, November 23, 2010

Kitchen Cabinet Saya

tahun lepas masa pindah rumah, tak ingat pulak saya nak letak gambar kitchen Cabinet yang di buat oleh Patrick & Erny.. mase entry Projek Dekorasi Rumah Impian dulu, ade Anis minta saya tepekkan gambar kabinet² rumah saya yang dah di buat terdahulu. yang bawah ni la dia Kitchen Cabinet saya, yang kat atas belah kanan tu, cume berfungsi untuk kaver hos hood..
yang bawah ni pula, wardrobe 5 pintu, yang mana memuatkan 4 ruang sangkut baju dan di ikuti 1 ruang atas bawah untuk baju lipat 4 tier yang di sudut kanan tu study table dan kabinet buku di atasnya sekarang meja tu dah jadi meja saya menjahit.. hehehe
kabinet yang ini pula wardrobe yang ade dgn cermin utk dressing
2 pintu kiri tu ade 2 tingkat tpt sangkut baju..
totally khas utk baju & seluar en. abah
abaikan aje tulisan yang ade kat gambar² ni.. kes rajin bebeno nak ber watermark.
sampai terover menulis ayat bagai..
kabinet² ni semua tinggi nya sampai ke siling.
barang² saya terlampau banyak, kene le buat kabinet tinggi², senang nak sumbat barang.
kabinet² baru dah siap terpasang, nanti bila saya ada senang,
saya update lagi kisah dekorasi yang tak seberapa rumah saya eh..
p/s: gambar² ni gambar lama masa sebelum pindah masuk rumah lagi.

Sunday, November 21, 2010

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha dari saya sekeluarga.
terlambat sikit wish hari raya. saya cuti raya haji kat dungun, Selasa malam di malam raya, bergerak dari KL
balik KL semula jumaat malam.
Selamat sampai to our home sweet home jam 4pagi sabtu nya
lagipun internet slow sikit kat sana.
tak dapat nak bersiaran secara langsung nak wish Raya Aildiladha.. guna broadband aje.
connection amat selow.
*gamba sensorang sahaja yg ade di pagi raya.. ngeee..

Monday, November 15, 2010

Bye..bye..Haziq, I Love you..

muahahaha... belum cerita lagi omak eh gelak dulu.. muahahahaha... ~gelak lagi!.. ade satu kisah yang baru je berlaku, minggu lepas kot rasa, saya pun ingat² lupe bile. rasa kelakar ade, gelihati pun ade, risau pun ade gak.. tang risau tu over la kan.. haziq tu kan kecik lagi, so di ampun kan la utk sementara waktu.. muahahahahahah ~gelak lagi!.. okey, sambung cerita.., tepat pukul 6, saya sampai depan kindy haziq. teacher afni dah ready dgn haziq kat depan pintu. haziq pun dah ready dah dengan beg ben10 yg tersangkut kat bahu. haziq pun amik slipper Ben10 Lagi lalu memimpin tangan saya menuju ke gelongsor permainan kindy tu. seperti biasa haziq nak sekali dua menggelongsor, ibunya pun dengan penuh kesabaran teman si haziq.. lebih kurang 3 minit, saya pun menggesa haziq. mane boleh lewat balik, saya tak asar lagi.. habis timing saya karang. mujur juga haziq senang di ajak balik, bergedek-gedek le kami dua beranak jalan ke kereta, bila nampak ramai kekawan haziq berdiri kat tepi sliding door, saya pun suruh la si haziq ni greet babai kat kekawan.. haziq : babai kawan-kawan, hazik balik dulu.. kite jumpa esok tauu.. kekawan haziq : babai haziq.. (suara budak lelaki & perempuan secara beramai-ramai) tetiba, dengar suara budak pempuan.., "babai haziq, I LOVE YOUUUUU" dengan terkejutnya saya, sepantas saya tergelak sambil berpaling mau tengok siapakah kanak-kanak perempuan yang bersuara sebegitu itteww?? masa tu saya tengok teacher Afni (principal Kindy) tengah tegur budak pempuan tu Elina kot name budak tu, saya pun dah lupa.. ye la, elok juga teacher Afni tegur elina tu.. bebudak kecik lagi kan.. mane boleh cakap i love u, i love u dengan berlawanan jantina.. kalu tak di bendung awal², bahaya la pulak takut jadi kebiasaan nanti-nanti. masuk kereta, saya tanya haziq pasal Elina tu Saya : Elina tu kawan haziq ke? haziq kawan elina tak.. Elina cakap I love you kat haziq tu?? Haziq: a'ah kawan hazik.., tapinya haziq taknak kawan sangat Elina.. sebabnye elina suka sangat kawan dengan haziq.. adakah maksud ayat haziq "Elina suka sangat kawan" tu menunjukkan yang anak teruna saya tu sudah ada yang berminat?? muahahahaha... tergolek kami laki bini pasal kisah ni.. series geli hati tau.. p/s ~ kot la parent budak pempuan tu ter tengok /terdengar bende² cenggini, jangan pulak mak ayah budak pempuan ni over reaction..! sampai nak demand itu ini, mane tau kot siap letak syarat macam²~ selagi anak dara nya tu belum jadi hakim besar ke, selagi tak jadi pegawai pemerintah ke.. jangan kau mimpi nak masuk minang bagai.. huh hai! kecit lagi bebudak tu.. toksah ler nak amik series bende² cenggini kan.. tok sah over, ye dak??!

Tuesday, November 9, 2010

Selamat Pengantin Baru Siti Surimah aka Ateh

tahniah yer teh..
sebabkan tak dapat datang majlis belah pempuan
yang berlangsung pada 31hb Oct 10 kat kampung saya, Kg air hitam, N9..
semalam bersamaan 7hb November 10
sempat saya meraikan rombongan menghantar pengantin pempuan
ke majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki yg berhampiran dgan Tmn Dato Senu, Sentul Selamat Pengantin Baru & Moga berkekalan dunia akhirat, Amin

Monday, November 8, 2010

projek Dekorasi rumah impian

setelah berkali juga designer Mr Patrick & Erny emailkan design kabinet² ~sorry ye nicole! :p yang mengikuti kabinet cadangan impian kami,..makanya setelah di finalised, jadi le seperti gambar² .., ..."tapi sebelum tu kan, meh saya cerita dari mana datangnye en. Patrick Looi& Erny Looi ni.. dorang ni dulu adalah pakar kitchen cabinet yang bergerak secara on9 je dedulu. walaupun dia aktif dalam forum & internet sahaje, dia punya hasil kerja memang sangat² berkualiti & berpatutan harganya.. kalau anda semua nak gunakan khidmat mereka ini, adalah sangat² di recommendedkan. antara forum yg mereka amat aktif ni termasuk lah forum Cari, Forum Low Yat, dalam forum Wanita Melayu pun ade gak topik pasal Patrick Looi ni.. ramai juga yang guna khidmat Patrick ni..ape tak nya, orang² yg pernah guna khidmat Patrick ni, memang sangat² kagum & puas hati dengan kualiti hasil kerja beliau. Memang tak rugi ye korang, kalu appoint dorang utk buat kabinet rumah kita.. kualiti tip top, kerja tip top, deal pun ber tip tip top (senang runding). Confirm tak menyesal! so sekarang, mereka dah ade showroom kat prima saujana.. dekat je dgn McD Prima saujana tu.. tepi jalan tu dah nampak dah dia punye sign board kaler ijo Unity Design. dorang ni dah buat kitchen cabinet, study table & wardrobe bilik saya tahun lepas.. mase nak masuk rumah dedulu..memang dah penah deal pun dgn dorang. dek kerana memang dah rasa tersangat puas hatinya dengan kerja dorang, kami dengan besar & senang hatinya menjadi return customer yg setia kat dorang. pada mulanya ade gak rasa takut nak panggey en Patrick & Erny ni datang untuk quote TV cabinet rumah saya.. sebab dorang ni dah glemer, dah penah masuk majalah Impiana lagi.. huhuhu very the takut makcik.. makanya ahad minggu lepas lepas set itu ini appointment, dan seperti yang di janjikan, Erny Looi dengan senang hatinya sudi datang rumah saya untuk ukur & design segala kabinet utk rumah saya. Patrick tak dpt datang mase tu, baru je balik dari oversea... dia ke Taiwan, company trip. Erny datang lone ranger jer.. mujur le Erny sudi datang turun padang mengukur & meng quote utk kami. sekarang ni Erny & Patrick dah jadi bos besar, dorang dah tak turun padang lagi, kebiasaannya designer dorang yang akan datang ke rumah customer utk ukur-mengukur dan bagi quotation. Mungkin juga sebab kami adelah return customer dorang suatu mase dahulu, adalah macam sepesel previlege gitu.. big bos sendiri datang rumah saya bagi quotation. kami sungguh terharu! kami ni memang berterima kasih sangat la kat erny ni, nasib dia ingat lagi kat kami.. so, ade chance ler dia bagi quotation baik punya cilok Memang terbaik la Erny! fuh lega".... gambar ni saya candid Erny Looi mase dia tgh lukis design tv cabinet, console & meja keje en. abah. gambar bawah ni lak, Erny tgh ukur bay area saya utk pasangkan small workstation utk en. abah boleh refer illustration gambar no (5) kat bawah nanti.. ~kalau perasan kan, setiap sudut dlm gambar ni ade nampak sepah² barang mainan haziq kan.. ampun kan saya yer.. tahap kesepahan alat mainan tu persis macam taska dah.. muahaha... makanya ini lah hasil final 3D illustration utk kabinet impian kami.. mai saya review satu persatu, tema kesemua kabinet kami adalah wall mounted, wall mounted ni kan dia punye kelebihan untuk saya ade dua tau i) bahser directnye senang nak nyapu kat bawah kabinet ii) tapi bahaser santunnye pulak, ni kire satu usaha untuk menjadikan saya lebih rajin menyapu rumah yo... pas ni jgn malas² puan ibu haziq yer.. kang kalu tak bersapu, sah² kene chop rumah orang pemalash.. kene chop tu ampun lagi, pencemaran pemijak kaki tu yang jadi tak menahan.. kot tak bersapu. penuh segala habuk.. Ngeri! gambar (1) tv cabinet utk master living,..
Gambar (2)
tv cabinet utk master room, yakni bilik ibu & abah haziq..,
Gambar (3)
console table dekat dining area
Gambar (4)
meja kecik tepi katil yang boleh di ubah, Untuk di letak dalam master room.
study table yg sedia ade sekarang ni,
tak cukup ruang utk en. abah letakkan kerja² nya..
Gambar (5) small workstation utk en. abah..
letaknya kat tepi tangga,
situ bay area, jadinya kene custom design kan satu area utk en. abah buat keje
mase tgh nonton tv.
idok le beliau nanti guna meja makan letak segala dokumen/laptop
oleh itu, kita nantikan hasilnya bile siap installationnya nanti..
idea tu dari saya, tapi output yg mengdesign jadi macam meletop ni adalah
hasil dari kepakaran Erny..
tu yang kami suke kat dorang ni..
ayat saya yg sentiasa kedengaran,
"saya nak yang macam ni macam tu.. erny, u tolong suggest, okey tak?"
itu je la ayat saya...
muahahaha..
dah kata tangan kayu & keras bab hiasan dalaman kan.. ;p
what do you aspect la kan.. ni pun dah kira bangga & seronok yang amat dah
masih lagi berpeluang guna khidmat Unity Design..
Thank you Erny & Patrick!

Wednesday, November 3, 2010

kehidupan kami berubah semenjak ada "dia"

seminggu dua ni memang kehidupan saya berdua berubah, seminggu dua ni juga saya kurang tertekan.. nak² di waktu pagi yang indah seminggu dua ni banyak menceriakan hati saya, seminggu dua ni juga muka saya kembali segar seminggu dua ni juga muka saya tidak lagi pucat, sudah boleh meng ayukan wajah dengan solekan yg tipis. seminggu dua ini saya tak lagi berlari² macam orang hilang arah naik atas turun tangga rumah seminggu dua ni suara saya kembali ayu dan sopan di waktu pagi. (kalu idak terjerit² mengamuk² macam nak belasah semua orang) saya dah boleh bangun pagi subuh², boleh sapu² sikit rumah, boleh kemas sikit², boleh rilek tunggu azan subuh & solat dengan tenang tanpa gangguan teriakan tangisan si haziq yang perasan dia masih "baby" Ziq, esok dah beso.. bace blog ibu ni eh.. haziq betul² menduga ibu.. dari baby sampai sekarang ni, haziq suka bagi cabaran yg tinggi utk ibu. Terutamanya waktu pagi. Haziq melalak taknak duduk sendiri..melalak juga tanak abah Semuanya haziq nak buat, mesti dengan ibu.. nak bangun dari tidur, menangis nak ibu dukung. sebelum bangun tu pula, haziq minta ibu baring peluk haziq dulu yang kesejukan, ibu kene tunggu dalam 10-15 minit buat² baring, *kadang² ikut terlelap haziq nak mandi kene ibu yang dukung bawak ke shower, bila dah brush kan teeth haziq, ibu shampoo & bubble kan badan haziq.. bile ibu dah siap rinse kan haziq, ibu let haziq main² bubble & air dalam 5-10 minit. tapi mase tu haziq nak ibu tunggu haziq sampai sudah mandi.. *Mana Boleh sebenarnye. tapi ibu senyap² bersiap cepat², pakai baju cepat².. dan sudahnye secalit mekap pun takde kat muka ibu ni.. betul² suci muka ibu tanpa apa²..itu yang sentiasa pucat je muka ibu pegi keje.. orang lain yang berkarier, paling tidak pun bibir ade kaler.. yang macam ibu ni?? sikit pun takdak. Haziq punya penangan.. Syukur alhamdulillah, sejak haziq dah school.. semangat wake up Early in Morning kemas tersemat dalam hati haziq.. Weekdays haziq ade school, jadi kene early wake.. kalu banyak ragam, slow movement.. haziq kene pegi school dengan abah. bersyukur ibu, haziq dah boleh pegang pada janji, so, here we are, see our cheerfulness in morning time..?? sebab "dia" lah kami segar di waktu pagi.., gambar saya berdiri perasan cun sensorang depan cermin besar ni mase tengah nak sambar "Si dia" la.. asal² nya saya nak amik gambar berdua dgn haziq. tetiba dia boleh ilang. bile tengok gamba balik, sekali dia berdiri tepi cina ujung tu.. haziq la tu yang budak kecik pakai baju kaler biru kat kiri gamba ni. jam loceng ni la penyelamat saya di kala pagi. Kalau tidak.. manjang terbabas je keje.. gamba ni di googled. tapi warna jam tu sama.. jam loceng saya panjang sikit. brand tak sama kot.. ke same? eh entah.. en. abah yang beli.. kang kalu saya cakap takde brand.. mau saya kene fire dek en. abah.. mahal gak en. abah beli. Dan jam ni ade warranty sampai setahun ke sampai 6 bulan ek.. saya tak berapa ingat sebenarnye.. apa-apa pun, saya ucap banyak² terima kasih en. abah belikan jam loceng ni untuk kami. kali ke dua dah beli jam loceng ni.. jam loceng pertama dulu, habis ranap dah alarm timing nye.. selamat di tangan haziq juga la.. sedap² rasa je dia baling sana sini.. jam loceng ni betul² menyelamatkan saya di permulaan hari.