it is true that the present is coloured by the past. It is also true we can choose the colours of the future..
Wednesday, October 6, 2010
sebab Blog
blog ni tempat pengantara diri saya letakkan memori utk saya,
sikit sebanyak nak bercerita..cerita ttg famili, ttg anak, tentang parents, tentang kegumbiraan,
kesedihan..
bonusnya blog ni pulak bila kale
seronok nye berjumpa & kenalan kekawan baru
yang sudi nak kongsi cerita saya walaupun tak pernah sua muka.
nak-nak saya ni kan all in one tukang.. kadang-kadang ade juga
masa yg di perlukan utk diri saya sendiri.
takkan la 1% masa privacy saya tu pun jadi hak orang.
pada siapa saya nak happy-happy??
nak berburak dengan kekawan, sape??
ade kawan pempuan opis yg sekepala?? Takde.
saye je le sensorang nya pempuan melayu kat tpt kerja.
kalu yg lelain tu ade le pempuan, tapi semuanya bangsa lain..
mana le reti saya nak menyembang bahser orang.. wakakaka..
takkan nak cerita bende terkini,
contoh macam, saya happy saya berjaya masak rendang hari ni..
takkanlah jam-jam tu saya telepon mak saya yg kat kampung tu nak share betapa happynya saya berjaya masak rendang.. kan dah menyusahkan orang lain juga..
kot-kot la dia tgh sibuk ke
tgh kopek kelapa ke tengah semayang ke tengah bagi ayam itik makan ke..
tak ke senang je pada saya, bila saya happy saya tulis je kat blog,
esok lusa saya leh baca semula,
pastu senyum gelak suka sendiri.
dan mula recall balik cemane perasaan bangganya saya yg berjaya masak rendang
sebab saya dah dari kecik jenis yang hari-hari tulis diari.
oleh kerana skrg ni ada bebanan tugas & kewangan, menyekat saya dari menjadi
seorang penulis diari.
bila dah ade gangguan² mental macam ni, mula la menyesakkan nafas, hati dan tenaga saya.
daripada muka berseri macam ratu kebaya, mula balik la jadi muka asam masin.
kecuutttt aje. sebijik dah asam masin.
seb baik asam masin tu menjilat jari..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ita: ada gangguan ker...? lantak ler. blog ita suka ati la nk tulis apa. org lain yg xsuka xpyh la baca. tak payah nk menyibuk. Eiii xsuka la org mcm tu
yg penting fara sukaaaaa ;)
fara,
biasala gitu kan..
ade jer..
mekaseh bebanyak suka bace eh..
mmuah!
Post a Comment