it is true that the present is coloured by the past. It is also true we can choose the colours of the future..
Thursday, December 30, 2010
Azam Tahun Baru
Victory! Victory!..Victoryyy...
Wednesday, December 29, 2010
FINAL! FINAL! FINALLLL...
Percutian Kami
Tuesday, December 28, 2010
percutian sekeluarga kami akhir tahun 2010
Tuesday, December 21, 2010
apa yang patut buat??
cantik kan polycarbonate awning ni?? saya ambil juga kaler hijau ni, setelah mendapat full recommended dari Cik Puan Sob. sejak rumah ku telah di pasang awning ni, memang hasilnya seperti kata-kata nasihat dari Puan Sob rumah jadi sejuk, redup, cantik & berseri. setiap kali masuk pagar lapang je rasa..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
kita dah buat mahal-mahal.., sekali jiran sebelah kita buat macam ini?? cube tengok ???
pagar ni pembahagi antara rumah saya dan rumah jiran saya, makcik yang pernah jadi babysitter haziq dulu, yang tiba-tiba masam muka dengan saya selama seminggu terakhir haziq dijaga oleh beliau, dan tiba-tiba juga bagitau saya masa dua hari lagi nak cuti raya masa tu, yang beliau tak dapat nak jaga haziq lagi.. kalau tak puas lagi, layan lagi gambar pemandangan ni..
dua gambar ni adalah di ambil dari pintu rumah saya, keluar masuk pintu rumah sejak petang semalam hinggalah ke pagi tadi nak keluar rumah pergi kerja, terus membengkak sakit hati ..
saya bagi lak pandangan yang lebih dekat & terang di ambil dari pintu grill.
kalau nak tengok view yang semak dari depan rumah lak, saya bagi pemandangan yang di ambil dari porch,
gambar bawah ni pandangan dari jauh.., kan buruk nak mampus kan..
Saya Sakit Hati!!
Monday, December 20, 2010
20 haribulan Dua Belas
sejuk mate memandang...
Thursday, December 16, 2010
Disember menjelma lagi
setiap kali hujung tahun, makanya kesibukan akan melanda saya.. dengan pelbagai report nya, dengan statement itu ini nya.. nak kene prepare itu ini.. AllahuAkbar,
okeylah, itu je nak cakap.. tak tau dah nak cakap ape, bizi sangat sampai nak cakap ape pun tak tau.. muahahaha...
Friday, December 10, 2010
belum rezki saya agaknya
Thursday, December 9, 2010
melucah di petang khamis
Wishlist ujung tahun
Ketibaan Mereka, dan Mereka..
walaupun saya kepenatan kelam kabut sana sini, tetap di sambut jua panggilan dan juga bergegas menuju ke en. abah itu.. saya sendiri pun musykil apehal pulak ler en. abah ni suka nau manggil² saya masa dorang ni semua sampai. Padahal buleh je dia tu entertain orang-orang tu kan.
tetap naaak juga dia manja-manja panggil saya..
haziq takde kat rumah mase ni, dia ade kat kindy dia.. kami berdua amik cuti hari jumaat. kalau ade haziq kat rumah, memang lagi pengsan saya.
Wednesday, December 8, 2010
rindu dgn si comey
Monday, December 6, 2010
banyak keje tapi M.A.L.A.S
Friday, December 3, 2010
Tak patut kau complain macam ni..
Hari apa yang paling tak berapa di gemari ???
Thursday, December 2, 2010
Dramatic Storm Clouds
Monday, November 29, 2010
Makin Ramai wanita Malaysia di jangkiti HIV...
Kuala Lumpur (The Star/ANN) - More Malaysian women are being infected with HIV, with most of them contracting the virus from their husbands or boyfriends.
Deputy Women, Family and Community Development Minister Senator Heng Seai Kie said although the total number of HIV cases in the country had declined over the past five years, the number of women and young girls infected had risen from 4% in 1995 to 18% by the end of last year.
"Most were housewives. In Asia, 25% to 40% of newly infected women and girls contracted the disease from their husbands or boyfriends.
"The data we have in Malaysia shows that this is already happening in Kelantan, Sabah, Sarawak, Kedah and Johor," she said at the launch of the State of the Malaysia HIV and AIDS Epidemic 2010 conference here.
berita selanjutnya di sini..
Friday, November 26, 2010
Pulangkan Tangan Ita,..
************************ Abah!…….tolong kembalikan tangan Ita!!!
Assalamualaikum teman-temanku sekalian,
Kisah ini untuk dijadikan pedoman dan pengajaran……
Sebagai seorang ibu, anda patut menghalang atau menegur
perbuatan suami anda memukul terutama sekali
terhadap anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2.
Kalaupun terpaksa, ikutilah seperti apa yang telah diajarkan
oleh junjungan besar Rasulullah SAW.
Namun perlu diingat, dalam Islam memukul bukanlah cara terbaik didalam mendidik anak-anak!!
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar,
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya
yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.
Suatu hari dia melihat sebatang paku karat.
Dia pun mencoret simen tempat letak kereta ayahnya
oleh kerana lantainya diperbuat dari marmar, coretan tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, coretannya tampak jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativinya.
Hari itu ayah dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana kesesakan jalan raya,
ada perayaan Thaipusam.
Setelah penuh coretan yg sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri kereta.
Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,
lukisan ayam, kucing dan lain mengikut imaginasinya.
Kejadian itu berlangsung tanpa disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru sebulan
dibeli dengan bayaran ansuran.
Si ayah yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerja siapa ini?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,
dia terus mengatakan “Tak tahu…!”, "kamu dirumah sepanjang hari,
apa saja yg kau lakukan?"herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari biliknya.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita yg membuat itu abahhh.. cantikkan!"
katanya sambil memeluk ayahnya ingin bermanja seperti biasa.
Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil
dari pohon bunga raya didepannya,
terus dipukulkannya telapak tangan anaknya berkali-kali .
Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah-olah merestui
dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah kebinggungan, tidak tahu apa yang harus dibuat.
Si ayah cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Setelah itu si ayah masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.
Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu.
Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis.
Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si ayah sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak membengkak.
Pembantu rumah mengadu. "Sapukan obat saja!" jawab tuannya, ayah si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak pun menjenguk anak kecil itu yang menghabiskan waktu di bilik pembantu.
Si ayah kononnya mau mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
“Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.
"Kasih minum panadol ," jawab si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidurnya dia menjenguk kamar pembantunya.
Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah,
dia menutup kembali pintu bilik pembantunya.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya
bahwa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik, doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya yang serius.
Setelah seminggu dirawat doktor memanggil ayah dan ibu anak itu.
"Tidak ada pilihan.." katanya yang menyarankan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan yang terjadi sudah terlalu parah.
"Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya
kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si ayah dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yg dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya,
si ayah terketar-ketar menandatangani surat persetujuan pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang disuntikkan habis,
si anak menangis kesakitan. Dia juga hairan melihat kedua tangannya berbalut kain putih.
Ditatapnya muka ayah dan ibunya, kemudian ke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam kesakitan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata,
"Abah.. Mama… Ita tidak akan buat lagi.
Ita tak mau abah pukul Ita lagi, Ita tak mau jahat.
“Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeria.
"Abah.. kembalikan tangan Ita, jangan abah ambil tangan ..
Ita janji tidak akan buat lagi!” Bagaimana Ita mau makan nanti?
Bagaimana Ita mau bermain? Ita janji tidak akan mencoret2 kereta abah lagi,"
katanya berulang-ulang.
Terasa tercabut jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi,
tiada manusia dapat menahannya!
Pengajaran :
Anak adalah amanah Allah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
p/s: itu Kalau anak yang buat boleh la di pukul sampai separuh mati, tapi kalau isterinya maupun si suami yang bersalah?? apa hukuman yang patut di kenakan yer..??
harta dunia..harta dunia.. kita mati sok pun tinggal kain kapan yang nilainya cuma beberapa ringgit aje semeter yang kita pakai ke liang lahad. masa tu, just babai aje kan segala kemewahan dunia.